Friday, December 31, 2010

Gudbye 2010! Welcome 2011!!


Bismillahirahmanirahim,

1st of all, cplud ingin mengucapkan syukur pada Yang Maha Esa kerana dipanjgkan umur mengharungi tahun 2010 dengan penuh kenangan manis dan pahit terpalit di ingatan. Anda juga mesti merasai perkara yg sama cm cplud kan?? Alhamdulillah, family, kawan2 dan kenalan juga dikurniakan limpahan rahmat dariNYA. Walaupon kita dengar dan tengok berita tentang tragedi2 yg berlaku tahun ini terutama kemalangan ngeri melibatkan bas ekspress, bas yg wajib cplud naek tuk pulang ke kampung halaman. Sesungguhnya setiap yg berlaku tersirat hikmat di sebaliknya. Kita yg dikurniakan akal harusla mengambil iktibar di atas setiap suratan kejadian yg berlaku.

2010.....Pelbagai cabaran, dugaan yg dihadapi cplud. Cabaran kerja terutamanya menjadikan diri ini matang lantas menghasilkan mutu kerja berkualiti. 2010.....Blog ini mula dilahirkan, dengan pelbagai entri dan kehadiran kalian sebagai pengunjung menyemarakkan lagi semangat cplud utk trus mencoret yg terbaek tuk ingatan akan datang.

2010..... Engkau datang ku sambut dengan Alhmdulillah. Engkau pergi jua direlakan. Azam?? Biarlah aku berazam untuk memajukan diri pada Tahun Baru Maal Hijrah 1432 yg lepas, itu lg bermakna buatku. 2010..... Career ku dimantapkan ke permanent position. Sesungguhnya diri ini tidak menyangka rahmat yg dikurniakan, Alhamdulillah. Setinggi syukur dipanjatkan padaMU.

Selamat tinggal 2010!

2011.... Selamat datang diucapkan. Alhamdulillah, masih diberikan nafas menikmati hidup tahun baru. 2011... Dengan rahmatMu, dapatku memiliki Myvi ku pada awal tahun baru, Alhamdulillah. 2011..... Pelbagai agenda disusun rapi, perancangan ku. Ku mengharapkan limpahanMu Yang Maha Esa, restuilah perancangan ku. Permudahkan segala urusanku. Rahmatilah hidupku dan org2 kesyanganku. Panjangkanla umur ke2 ibu bapaku. Sesungguhnya yg terbaek itu adalah dariMu, yg kurang itu dari hambaMu yg lemah.


Akhir kalam, Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua readers pelbagai agama. 2010 melabuhkan tirainya, 2011 menjelma. Jangan terlalu taksub duniawi, ukhrawi juga perlu dititik beratkan. Sekian, wasalam ;)
Read More

Arini sangat bosan!

Assalamualaikum readers,

Arini, 31st December 2010 merupakan cuti umum sempena kejuaraan Malaysia dalam perlawanan Piala Suzuki AFF. Thanx PM di atas cuti yg diberikan.



Cuti arini di isi dengan menonton drama korea My Girl

"
"
"
"

Bukannya cplud xpenah nonton, tp sebab bosan sgt td. Tengok2 kt laptop ni de simpan my girl, so tanpa membuang masa, ptg td bukakla citer ni. Korang sume mesti dah tgk punye citer ni, mmg xbosan nengok citer ni, kelakar sgt ;)

Ohh, arini dahla cuti, pas solat Subuh sambung tido sket, best dpt tido blik. Bukan pe, tiap hari keja & bangun awal. Ni la masenya dpt baring2 lame sket. yuhuuu~ Arini mls, nk kuar mls, nk masak pon mls. Aper punye anak dara la cmni. Takper2, arini jer. Esok InsyaAllah akan rajin blik. kuikuikui~ Azam baru tahun baru, xley mls2 tau!

Tengahari td, bunyi org ketuk pintu rumah, rupanya jiran dtg bg lauk Ayam Masak Lemak Cili Api kt umah ank dara ni, thanx makcik. ;) Makcik tu bg sebab nk pulangkan pinggan yg cplud antr bg keropok lekor T'ganu tempoh hari.

Tadaaa~ Thanx makcik jiran atas lauk sedap nih. Cplud tinggal masak nasi jer ;)

Nanti penghujung 2010, cplud akan post pasal kenangan terbaek sepanjang 2010! Huhu~ Okeh la korg, nk smbung tgk My Girl ;) Adioos

P/s: Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 buat semua readers kt luar sane!


Read More

Thursday, December 30, 2010

Air Tangan Ayahanda & Bonda ;)

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum pembuka bicara,

Alhamdulillah bersyukur dengan kurniaanNYA dapat lagi cplud menaip entry di penghujung 2010 ni. Actually, cplud masih xpuas pulang ke kampung bercuti pada minggu lepas ;( Kalau la T'ganu tu dekat, sekelip mata jer dpt pulang sane. Kali ni, nak citer pasal air tangan ayahanda dan bonda mase balik ritu. Okeh, cplud bermula ngn ayah.

Ayah cplud sorang yang pndai masak, sekarang buka warung kecil2 kt sebelah umah. Alhamdulillah, ramai pengunjung ke warung ayah. Murah rezeki, moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat ke atas kami seluruh keluarga, amiin ;) Aritu ayah tnya, cplud nk mkn pe? Cplud ckp xkisah jer sbb ayah masak ape pon mmg sedap. Then, mak ckp mintalah mee bandung. Disebabkan cplud ni selalu merantau dan jarang rasa masakan ayh, cplud pon request Mee Bandung. Mee ni bukan berasal dari bandung tau, ni T'ganu punyer k ;) Tapi lupe lak cplud nk minta resepi dari ayah. klu tak boleh cplud masak kt cni bg kawan2 rasa. Hurrm, xperla. Orang ckp, laki ni bila masuk ke dapur, hasil masakan die mesti ade ummmp. Mmg betul pon ;) Bawah ni pic mee bandung ayah yg pekat dan sgt sedap ;)

Mee Bandung Ayah. Sedap wa cakap lu ;)

Sekarang cplud nak citer pasal bonda tercinta pulak. Mak cplud sorg yg baek sgt3 walaupon kadang2 slalu membebel pada yg xdengar ckp die, kuikuikui~ Cplud agk rapat ngn mak berbanding ayh, mase mula2 de boifrend dulu cplud luah kt mak, xberani gtau ayh sbb tkut ayh marah. Mane tak nya, umur 19thun dah pandai bermaen cintan cintun. Aduuyai~ Tapi skrg ayh dh tau, yela anak pempuan bongsunya ni dah semakin matang. huhu~ Berbalik pada masakan mak, ritu cplud pulang ke kampung sampai awal pagi Jumaat. Ayah dtg ambik, then salam mak tggu azan jp dan trus solat Subuh. Pastu tido. Dalam kul7 pagi terjaga sebab terhidu aroma yg sgt sedap kt dapur. Menggamit hidung yg xbape nak mancung ni mengikut rentak aroma bau kt dapur. Rupanya mak masak Nasi Minyak. Sdp sgt nasi minyak mak beserta lauk gulai tuh. Cplud try buat pon xbpe nk jadi cm mak punya. Nampaknya kene belajar lg sampai betul2 menjadi. Teringat lg nostalgia mase sekolah dulu, tiap kali cplud blik asrama, mak mesti masak mknan sedap2. Nasi minyak, beriyani dan macam2 lg. Smpai adik pon jeles, soh cplud blik tiap minggu, leh mkn sedap2 ;)

Nasi Minyak air tangan bonda tercinta. Sangat sedap okeh ;)

Sesungguhnya cplud sgt merindui kedua org tua yg cplud sgt syg ni ;( Rasa xpuas pulang ke kg bermanja ngn mak, sekejap sgt rasenya masa berlalu. Semoga mereka dikurniakan umur yg panjang, dikurniakan kesihatan tubuh badan dan dimurahkan rezki ke atas kami sekeluarga, amiin ya Rabbal A'lamin ;) Sebak rasa sewaktu menaip entri ni, sesungguhnya cplud amat merindui mereka ;( En Ariffin dan Puan Asmah, you are the best parent in da world!

P/s: Kepada korang sume, hargailah ke2 org tua anda, berbaktilah selagi mereka bernafas di muka bumi ini. Ingatla, tanpa mereka, tiadalah kita. Sentiasalah berdoa utk kesejahteraan mereka. Amiin

Read More

Solehah's Wedding + Jenjalan Bagan Lalang

Assalamualaikum sekalian readers,

Huhu~ Lame betul cplud peram nk update pasal entry nih. Actually kenduri my frend, Solehah ni pada 18hb Disember ritu. Semoga Solehah menjadi isteri yg solehah seindah namanya dan berbahagia bersama suami tercinta sehingga ke akhir hayat ;)

Cantik manis pengantin bersama pasangan terchenta ;)

Kami bergambar bersama pengantin ;)

Kalau pegi kenduri, cplud paling suka bab2 makan. Huhu~ Dats why berat asyik naek jer, aduyaaai ;) Nasi minyak kenduri mmg ade ummmp. Sedaaap wa ckp lu. kuikuikui~ Lauk pauk disediakan mmg memenuhi citarasa tekak cplud nih, ape lg layan jerla pic nasi minyak kt bwh nih yer ;)

Nasi minyak bersama acar buah dan nenas masak kuning ;)

Nak dijadikan citernya, kenduri Sol ni diadakan kt Sepang, mmg dekat bangat ngn Bagan Lalang. So, kami pon plan ke BAGAN LALANG after balik kenduri tuh. Pantai mmg penuh xyah nk cakapla, almaklum ler cuti sekolah time tuh. Khemah memenuhi ruang pesisiran pantai nan indah. Ditambah pulak air pasang time ni. Syok tgk org bermandi manda time nih. Kitrg pulak xbawa persalinan tuk mandi or men air laut, terpaksala menjamu mata sajer. Tanpa membuang masa berceloteh panjang lebar, jom kita pakat ramai2 saksikan pic kt bwh. Peaceeee ;)

Ini geng ex classmate kt uni dulu. Masing2 udah berkerjaya dan ade yg sambung master ;) Alhamdulillah, berjaya semuanya

Posing lagi.. Lihat diriku, pipiku yg tembam. Adooyai ;( Ade ker cara nak kuruskan pipi yer??

Kak Ni + Cplud + Kema + Fatin@Cikngah

Last pic yg sgt xley blah.. Konon silau matahari, tp nampak sgt cplud cam tabik spring jer nth kt sape2. Aduuyai ;)

Okeh, sekian tuk kali ini. Paling bestnya esok, 31hb Disember 2010 diisytiharkan cuti umum ;) Pada kesempatan nih, cplud nk ucapkan Selamat Tahun baru 2011. Ade sesuatu yg membahagiakan cplud tahun depan. InsyaAllah semoga ape yg dirancang diberkati olehNYA. Amiin ;) Sekian, wasalam

P/s: Cuti 3 hari ni nk ke mane yer? Mr A sedang menikmati panorama indah kt kampung. Tinggalah daku kesorangn di sini ;( Still xder perancangan tuk weekend ni.

Read More

Akhirnya Piala Suzuki 2010 Malaysia Punyer!

Bismillahirahmanirahim & Assalamulaikum pembuka bicara,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya setelah 14 tahun menanti, Malaysia Juara untuk Piala Suzuki AFF 2010 semalam. Tgk sensorang pada mulanya coz my housemate sume g makan kt kedai. Sanggup bungkus makanan after balik keja semata2 nk tgk bola kt umah. Ooh, cplud sungguh bersemangat!


Indonesia bertindak garang dengan serangan demi serangan dilontarkan ke kubu Malaysia, tetapi dengan ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi, serangan tersebut berjaya ditangkis dengan sempurna. Wah, cplud sungguh teruja menulis entri ini ;) Huhu~ Cplud bukanla seorang pengulas, tp semangat sebab esok dapat cuti. Yuhuuuu~ ;) Mesti sume suka kan?? Walaupon kalah 2-1 kepada Indonesia untuk final ke2 ini, tetapi bebekalkan 3-0 pada final pertama memberikan kedudukan selesa buat Sang Harimau Malaya. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yg bertungkus lumus memberikan kejayaan bermakna sebagai penyudah manis 2010! K Rajagopal selaku coach Harimau Malaya bertindak bijak dengan membarisi pemain muda untuk beraksi pada kejohanan ini. Akhirnya kemenangan buat Malaysia dengan aggregat 4-2!!

Tahniah!!!

Okeh, sekian selingan pada pg ini.Saya bangga menjadi anak Malaysia! K, Sambung keja balik ;)

P/s: Yuhuuu! Esok cuti umum ;)
Read More

Wednesday, December 29, 2010

Award from aiNulHusNa

Assalamualaikum,

1st of all, thanx to Una sebab sudi tag akk utk award yg sgt cumil nih ;) Kali ni xder soklan2 yg perlu dijawab. Akk ambik ya award ni una cumil. Thanx sgt2 tau!


Thanx Una

Okeh, cplud nk tag

Cikngah
Fiza
Aada

Masdena
Makteh

P/s: Harap korang sudi terima ya ;) Cam bese, tinggalkan url tanda korg terima award nih. Bye..Oppps,korg,jgn lupa tgk bola mlm nih. Yeah! Chayook Malaysia!!

Read More

Debaran Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010...


Assalamualaikum sekalian readers,

Malam ini......Detik keramat menyaksikan Sang Harimau Malaya [Malaysia] yg bangkit bersemangat menentang Sang Garuda [Indon] pada peringkat akhir pertama 26hb Disember lepas. Perlawanan akhir kedua dijadualkan berlangsung kat Jakarta mlm ini. Cplud tak sabar nak tengok games pd mlm nih.

Bersama2 la kita sebgai rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada team negara. Semoga kemenangan berpihak kepada kita. Ape2 pon, chayook & Gud Luck utk Harimau Malaya!!

Chayoook 4 barisan Harimau Malaya!

P/s: Jangan lupa tgk mlm nih ye kengkawan ;)
Read More

Monday, December 27, 2010

QUICK CONTEST MUSLIMAH ANGGUN 2 KEMBALI! :)

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum pembuka bicara,

1st of all, thanx to Miss Ayung coz tag cplud tuk join Quick Contest Muslimah Anggun 2. Huhu~ Rase diri xla anggun pon, tp saje suka suki nk men'join'kan diri. Kalau kengkawan nk join contest ni, sila klik SINI. Masih berkesempatan lagi, tarikh tutup 30th Disember 2010 at 10.00 am. Ade gift tau. Kalau nk tau lebih lanjut, juz klik link yg cplud bg tuh yer ;)

Jom kita mulakan contest yg best nih. Antara syarat2 nya adalah seperti berikut:

1) Muslimah
Yup, cplud adalah seorang muslimah ;)

2) Follower blog cerita si gadis
Yup, cplud udah follow blog tersebut

3) Add blog nih dalam bloglist korang, *supaya korang lebih alert*
Dah add dalam bloglist Plud's Corner

4) Letak banner dalam entry sahaje, xperlu letak sidebar tau!

Cplud dah letak ;)

5) Tag at least 3 persons, makesure dorang tau tau!

Kali ni cplud nk tag Byna, Eija, Byzura Mj

6) Sekeping gambar muslimah yg sopan yer [PENTING]

Huhu~ Cplud juz terjumpe pic nih jer. Takpela, sekadar mencoba ;)

7) Free to wear any kind of hijab
Yup, i am ;)

8) Sertakan 1 ayat yg menggambarkan diri anda [PENTING]

Kecantikan yg abadi adalah terletak pada adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya ;)

Okeh, dah siap ;) Sesape berminat, joinla contest nih yer. Lihat link kt atas. Berbagai hadiah menarik menanti anda ;)

Read More

Sunday, December 26, 2010

Konsep "Buang Rezeki" Dalam Penjagaan Berat Badan?

Credit pic to En Google ;)

Assalamualaikum to all readers,

Kali ni cplud nk berkongsi 1 artikel berkenaan konsep 'Buang Rezeki' dalam penjagaan berat badan. Moga perkongsian kali ni akan menyedarkan dan sebagai peringatan untuk kita semua umat Islam di muka bumi ciptaanNYA ni ;)

"Jangan buang rezeki!"

"Tak baik membazir!"

"Tak baik buang rezeki"


Ah itu selalu kata-kata yang membuat kita rasa bersalah untuk mengelak daripada makan atau minum terlebih. Contoh, anda berada di mamak dan meminta nasi separuh. Tapi bila dapat pinggan nasi, ia masih terlebih. Atau anda pesan teh tarik tapi yang saiz hidangannya agak besar. Jadi macamana? Apa hukumnya? Patutkah anda "membazir" atau boleh tinggalkan "rezeki" demi kesihatan?

Allah SWT Maha Memahami

Kita semua tahu bahawa salah satu sifat Allah SWT adalah Maha Memahami. Jadi dalam situasi ini niat anda sangat penting. Semasa kita buat pesanan nasi putih mahupun teh tarik, kita boleh berusaha (niat dan amalan) untuk memesan kuantiti ataupun saiz hidangan yang sesuai tetapi akhirnya jumlah saiz hidangan bukan di tangan kita ... melainkanlah anda ke dapur restoran mamak dan ambik lauk sendiri.

Lagi2 kalau pesan air, sudah pasti akan dapat gelas penuh, dan nak kongsi dengan orang lain memang susah. I mean, siapa nak share dengan kita :)

So di sini, kalau niat anda adalah untuk menjaga kesihatan dan keadaan tidak membolehkan anda menjimat (elak dari membazir), Insyallah Allah SWT memahami keadaan anda.

Tapi kalau niat anda memang nak membazir, sudah pasti anda yang bersalah.
Yang penting adalah niat anda.

Sumber artikel didapati di SINI

P/s: Sekian perkongsian ilmu utk malam ini untuk igatan kita semua. Sesungguhnya yg baek itu dari Allah swt dan yg buruk itu dari kekurangan kita sebgai hambaNYA. Wassalam ;)
Read More

Saturday, December 25, 2010

Snapshot End of 2010


Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum pembuka bicara,

Lame betul rasenya tak update blog kesyangan nih, bizi sgt belakangan nih. Actually, cplud kt kg @ Kuala Terengganu. Mmg kebizian sket la. Kali ni nk update tentang snapshot hujung tahun kt my opis. Lazimnya aktiviti bergambar ni diadakan pada awal dan akhir tahun. Berbagai peristiwa dan kenangan tercoret dan terlipat kemas dalam ingatan cplud yg xmampu nk dicoretkan pada ruangan ni. Pejam celik pejam celik, dah nk abes tahun 2010, bermakna dah setahun lebih cplud bekerja kt cni dalam suasana yg serba serbi supportive dan kondusif. Thanx rakan2 sekerja yg sgt best dan sgt happening. Walau apepon, cplud tetap bersyukur dengan setiap kurniaan yg telah Allah swt kurniakan. Alhamdulillah. Tanpa membuang mase berceloteh panjang, jomla kite lihat aktiviti bergambar kami ;)

Hadapan bangunan terchenta cplud punyer opis

Gambar rasmi semua staf. Skema sket time nih

Ni pic xrasmi. Sempoi sket kali nih. Ni sume my opismate terchenta ;)

Ni sume rakan sekerja Bahagian Sistem Aplikasi

Ni rakan sekerja untuk unit cplud

Staf wanita bersama pengarah jabatan kami

Staf lelaki merangkap team bola sepak jabatan kami

Ni sume AJK kelab keluarga untuk jabatan kami

Bersama rakan2 sekerja ;)

Gegurl @ my opis ;) Boleh dibilang dgn jari sape yg blom kawen. kui kui kui

Bersama Hajar, Dhea dan Isma

Sume menunjukkan kehebatan 2 jari ;)

Last skali, pic kitrg tgh sibuk2 nk bergambar satu jabatan. Tapi si manis bertudung hijau tu sempat lg menunjukkan kehebatan 'peace' nya. ;) Kak Ina pulak manis bertudung pink dan senyum meleret ;)

Okeh la, sekian jer utk coretan kali nih. Babai ;)

P/s: Credit to En Sufian atas pic yg sgt canteek ni ;)

Read More

Wednesday, December 22, 2010

AutoPing Entri di BlogLarian FB



Assalamualaikum kpd semua pembaca Plud's Corner,
Amboih, maleh bebenor nak hapdet en3 ni sejak 2,3 hari ni. Adooyai~ Juz menjalankan aktiviti blogwalking dan follow blog org jer. Tapi hari ni bersemangat pulak nk update pasal Autoping en3 di BlogLarian FB. Caranya teramat sonang, ikuti langkah dibawah:

  1. Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian
  2. Alhamdulillah, Plud's Corner dah tersenarai di BlogLarian

  3. 'Like' BlogLarian FB
  4. Cplud udah like BlogLarian

  5. Buat satu en3 bertajuk ' AutoPing Entri di BlogLarian FB' dan letakkan banner di atas dalam en3 anda
  6. Selesai sudah

  7. Letak no rumah anda dalam BlogLarian
  8. Rumah sewa bernombor 51

  9. Kongsikan keburukan atau kebaikan BlogLarian yang telah anda rasai (Ringkas je sbg feedback untuk admin)
  10. Bagi cplud, tiada keburukan melainkan kebaikan belaka..huhu~ Sebabnya, melalui segmen ni, blogger2 akan saling kenal antara blogger laen dan dpt berkongsi idea serta kritikan blogger laen ;)

  11. Komen di en3 ini berdasarkan format berikut.

    1. no. rumah: 51

    2. nama Blog: ♥ Cplud Miera @ Plud's Corner ♥

    3. link en3 anda: http://pludcorner.blogspot.com

  12. Penyertaan di buka hingga 24/12/10

  13. Jangan lupa beritahu jiran anda jika berkelapangan :) nanti diaorang merajuk susah lak :p

Okeh, selesai sudah siapkan entry ni. Sumber didapati di SINI. Pada sesape yg blom join dan berminat, klik link yg diberi tuh ye. Sekian, yg baek dari Allah swt, yg buruk dari cplud sendiri. Wasalam ;)

    Read More

    Sunday, December 19, 2010

    Domino's Pizza

    Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum pembuka bicara,

    Malam Khamis yg lepas, kami ber5 (Ain+Yaniez+Yani+Ct+Cplud) aka my housemate, ke Domino's Pizza yg terletak kt Bandar Baru Nilai. Actually kami de dpt vouchar discount sempena pembukaan cawangan Domino kt Nilai nih. Cplud balik keje ptg tuh, tetiba dorg ajk kuar mkn pizza, huhu~ Ape lg, join jerla. Oooops, kate nk diet?? Takperla, demi utk tidak menghampakan my housemate sume, cplud join korg mlm tuh. Cewah ;) Nak tgk kitrg mkn per? Jom terjah.......tp sebelom tgk makanan tuh, sila lah lihat posing kami sementra tunggu pizza siap ;)

    Cplud + Yani...Peace ;)

    Giliran ct + yaniez menunjukkan peace dorg ;)

    Sila lihat ain yg manjer..kui kui kui~ jgn mrh yer ain, hanya gurauan semata ;)

    Ini bil kami mlm tuh. See, there is no tax tau! 2 regular pizza+spicy tomyam+banana kaya pancake+sprite with 5 cups

    Setelah 18 minit menunggu, tetiba nama miss amirah dipanggil tuk ambik pizza yg di'order' ;)

    Regular size of Meat Mania Pizza

    Classified chicken yg sgt sedap. Paling sedap antra pizza laen ;)

    Banana Kaya Pancake

    Spicy Tom Yam with a Tangi Cheese Dip!

    Sekian sahaja juadah kami kt Domino's Pizza. After mkn2 dan perut pon teramatla kenyang, kitrg ke Dataran Nilai. Oooh, ramai jugak org melepak kt sane, family bw ank2 kecik jenjalan citu. De jugak student yg wat study group kt situ. Mmg happening sgt tgk environment kt situ. Kami berjalan2 kt situ sambil memecahkan sebahagian lemak after kekenyangan mengisi kekosongan perut yg kelaparan b4 that.

    Jam bosar menjadi icon Dataran Nilai

    Kami melepak kt tepi b4 berjalan2 keliling Dataran Nilai

    Muka happy sumernya ;)

    ~ 5 of us ~

    After penat berjalan2 smbil berborak2, kitrg pon balik ke umah sewa. Tak balik lewat sgt sbb cplud kne kerja Jumaat esoknya. Hakikatnya, best mlm tuh ;) Hargai masa bujang anda, nnt dah de ank leh tunjuk kt dorg kehidupan mase bujang ;) Okeh, sekian sahaja tuk kali ni, jumpa lg di laen entry ya! Wasalam ;)

    Read More
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Peringatan dr Empunya Blog

    To all readers,
    Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
    Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
    Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
    Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
    Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
    P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

    © ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena