Friday, February 25, 2011

Blog Coklat


Assalamualaikum to all readers,

Cplud datang lagi!! Huhu~ Setelah sekian lame menyepikan diri. Bukan menyepi sebenarnya, tp banyak sgt kekangan dan sgt membataskan masa seharianku ini ;( Tapi takper, kali ni cplud sgt excited nk update blog sebab................... cplud mau join Kumpulan Blog Coklat kt Blog Pilihan Malaysia, kalau xtau, meh kite pakat2 klik SINI ;)

Thanx to BPM coz menaikkan semangat cplud tuk update Plud's Corner nih. Dahla jarang update, pengunjung lagi la sket ;( Actually cplud pilih kaler coklat ni bukan sebab cplud ni suke mkn coklat cm pic kt bawah nih....

Pic got from Pakcik Google yg baek hati ;)

Okey okey, kite teruskan ke topik sebenar. Asyik melencong jer minah cplud nih yer. kuikuikui~ Cplud suke kaler coklat sangat2, sesape yg kenal cplud kt dunia nih mmg tau kaler kegemaran cplud nih. That's y background Plud's Corner ni kaler coklat. huhu~ Kawan2 cplud pon klu nk bg hadiah mmg akan beli kaler coklat, bukan cplud mintak pon. Tapi obvious la cplud ni mmg suke kaler nih. Kalau buka almari, mmg kaler coklat je yg byk, aksesori kete pon nk kaler coklat. Seb bek kete bukan kaler coklat, nnt muak pulak. Aduuuyai ;) My Dear MR A paling kenal cplud nih penggemar coklat, sampaikan die pon kne tempias gk suke kaler coklat. heheheh ;)

Antara syarat laen nk join kategori ni adelah wajib tag 2 org rakan yg blog die kaler coklat. Tapi........ ;( Kawan2 cplud xder yg blog die kaler coklat nih. Mintak maaf ler BPM coz cplud tak tag sape2 pon tuk join segmen nih. So, sesape yg rase dorg suke kaler coklat, cplud alu2 kan korg tag korg kt cni & join contest nih tau ;)

Okey la setakat nih jer. Mau sambung koje pulak yer. Babai. Salam ;)
Read More

Monday, February 14, 2011

Merancang Majlis Perkahwinan Sederhana

:: Pic ehsan en Google ::

Assalamualaikum to all readers,

Alhamdulillah, esok kite semua sebagai umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul Nabi junjungan kite semua, 12 RabiulAwal. Dan esok jugak merupakan cuti umum. Berbalik pada tajuk entry cplud kali ni, adalah berkaitan dengan merancang majlis kahwin yang bersederhana sesuai dengan tuntutan agama Islam. Tapi bagi golongan berada yg byk sgt duit tak tau nk watpe duit tuh, bolehla klu nk wat majlis yg gah dan besar2 an. huhu~ Asalkan majlis korang tidak bercanggah dengan hukum2 Allah swt.

Okeh, tuk pengethuan semua, info sgt berguna ni cplud dapati sumbernya di SINI. Thanx to empunya blog kerana berkongsi tips2 tuk perancangan majlis kawen yg sederhana. Yang paling utama, say NO!! to buat loan untuk majlis kawen yg 1 hari tuh. Nanti anak dah 4, utang pinjaman xsettle lg. Aduuuyai

:: 7 TIPS MERANCANG MAJLIS KAHWIN SEDERHANA ::

1) Rancang dari Awal

Zaman sekarang rasanya lebih dari 97% pasangan adalah yang dah lama bercintun-cintun, makwe-pakwe, couple2 sebelum kahwin. At least mesti ada target nak kahwin dengan kekasih hati. So rancanglah dari awal tentang majlis perkahwinan, alah, mana ada orang esok nak kahwin, hari ni baru decide. Kalau dapat merancang majlis perkahwinan dari awal (bukan rancang macamana nak tuuutttt~~~), dapatlah survery2 mana katering paling murah, mak andam paling murah, doorgift paling murah. Barang2 hantaran pun mungkin boleh cari masa diskaun jualan murah.

2) Mula Menabung

Biasanya bila sampai masa nak merancang majlis perkahwinan baru sibuk nak menabung. Sepatutnya awal2 lagi ‘tabung perkahwinan’ dah masuk dalam budget. Letak seringgit sehari pun dan OK. Takpe, tak gatal pun, nanti menyenangkan kita juga. Ini, kahwin nak meriah, poket kosong apa cerita. Kalau cplud, tiap bulan tu mmg dah asingkan simpanan utk kawen daripada gaji.

3) Dapatkan khidmat Wedding Planner secara percuma

Ini mudah sahaja. Cari saja mana2 kawan yang baru selesai langsungkan majlis perkahwinan. Jadi, boleh dia tolong kita merancang majlis perkahwinan kita pula. Dia pun mesti excited nak kongsi pengalamannya.Tapi kalau kawan tu budget kahwin RM100k, tak payah la ikut. Atau boleh pinjam ke mana2 alatan kahwin dia yang masih boleh pakai :D

4) Majlis Perkahwinan di luar Masa Puncak

Masa-masa puncak (peak hour) untuk majlis perkahwinan biasanya pada hujung minggu, musim cuti sekolah, musim perayaan dan sebagainya. Rancang sebuah majlis perkahwinan di luar dari masa2 kebiasaan orang buat kenduri. Buat hari Selasa ke, Rabu ke, atau hari2 yg bukan waktu cuti, jadi tak adalah kena ajak ramai2 sangat jemputan. Yang dekat2 je, orang jauh2 susah nak datang sebab kerja kan. Jadi boleh jimat duit jamuan.

5) Jimatkan Wang Hantaran atau Mas Kahwin

Kalau orang Kelantan atau Terengganu, secara tradisinya kami tak ada hantaran, sebaliknya yang ribu2 tu dikira sebagai mas kahwin. Tak kita lah hantaran ke, mas kahwin ke, kalau rasa sebelah lelaki kurang mampu, jangan minta melebih2, kesian kat dia. Tapi orang sekarang kalau minta sikit2 jadi buah mulut pulak kan? “Haaa, kau ada degree hantaran 2 ribu je? Si Tipoh tu SPM je pun RM10k tau!” Hehehe, taraf pendidikan menjadi ukuran hantaran kahwin T_T. Gunakan kombinasi nombor yang unik supaya bila orang mengata, kita boleh jawab “2,103.82 tu tarikh lahir saya, 21 haribulan 3 tahun 82. Saja nak abadikan dalam hantaran kahwin. Bila lagi.” Settle. (sekadar contoh nilai hantaran yg tidak membebankan golongan Adam nih). Duit hantaran tuh boleh digunakan untuk keperluan selepas kahwin, beli perabut umah ke, sewa umah dan sebagainya.

6) Pakai Baju Biasa2 Aje

Kalau kahwin tak pakai songket sepasang tu tak boleh jadi, kan? Pakai je baju biasa, baju raya ke, cantik jugak. Dah jimat duit sewa baju. Nak cantik jahit la labuci ke, letak manik2 rhinestone, pakai veil letak bunga je tak payah tiara bagai. Ni klu yg kurang bajet sgt. Tapi klu de bajet lebih sket, tempahla baju kawin/ akad nikah. Leh wat raya kan??? huhu~

7) Ikut Tuntutan Syariat, bukan nafsu, masyarakat dan sebagainya

Kadang2 yang rancang majlis perkahwinan beriya-iya ni bukanlah apa, tapi sebab orang keliling kadang2 mengata, banding2 dengan majlis orang lain. Lagi2 kalau parents yang terlibat adalah dalam golongan yang sama camtu jugak, hmmm susahlah. Budget ciput je tapi majlis mengalahkan Erra Fazira. Nak kasik impress Mak Jah sebelah la katakan, “Majlis kahwin anak aku lagi meriah, lagi hebat!” sudahnya berhutang sana-sini. Mak Jah tu takpela dia jutawan

MLM, nak buat majlis macam ape pun dia tak heran, hehe.

Apa-apapun, majlis perkahwinan tu memang dianjurkan dalam Islam, untuk menghebahkan pernikahan dan ikatan sah tu. Tapi berpada dan besederhanalah. Tak perlu nak berhabis sakan dengan alasan ‘sekali seumur hidup’. Kalau budget banyak tak apa. Ini dalam nak memenuhi tuntutan dalam pernikahan tu jadi member setan pulak bila dah terbazir sana-sini akibat nak majlis yang grand sangat.

Kehidupan selepas kahwin itu lebih banyak memerlukan duit. Nak memulakan hidup baru, walaupun dah couple dating2 10 tahun dah, tak sama bila dah kahwin.

Majlis perkahwinan yang melampau, bukan saja menyusahkan bakal pengantin, tapi juga merendahkan hikmah perkahwinan itu sendiri. Ya lah, kahwin itu disyariatkan supaya dapat menyalurkan kasih sayang, nafsu syahwat dengan cara yang betul, untuk menjaga keturunan, memelihara kesucian diri, sebagai medium pendidikan Islam dalam keluarga, membina silaturrahim dan sebagainya, tapi menjadi dilema bila terpaksa ditangguh-tangguh sebab tak cukup duit untuk majlis perkahwinan yang grand.


P/s: Sekian perkongsian ilmu kali ini. Diharap dapat menjadi panduan buat cplud dan anda semua. Ingatla! Kehidupan selepas kahwin yg lebih penting, bukannya majlis perkahwinan yg cuma 1 hari tuh! Semoga kita semua di bawah lindungan dan naungan Rahmat dan KasihNYA. amiiin ;)






Read More

Friday, February 11, 2011

Ke Mane Hilangnya.....................My Blogging Mood ;(


Assalamualaikum to all readers,

1st of all, nk mintak maaf sgt kt my blog sendiri sebab tuan die sgt malas meng'update' Plud's Corner. Memang cplud akui, sgt tiade mood tuk update pape entry. Padahal byk benda nk di'share' kan ngn korang. Cplud tau korang mmg lame dh tak berkunjung ke cni kan?? Takperla. Entry ni klu boleh biarlah menjadi pencetus semangat tuk update my blog after this.

Tiap hari cplud buka Plud's Corner, tp bila sampai nk menaip entry, tibe2 mood tu ilang. Then, trus ttup blog jer. Actually banyak benda dah berlaku sejak 2 menjak nih. And sgt memerlukan ketabahan untuk menghadapi dan menerima ketentuan Qada' dan Qadarnya. Dulu selalu berpikir, nape benda ni harus jadi kt aku??? Mungkin ade hikmah disebalik yang berlaku. Sebagai hambaNya, kita hanya mampu memohon doa agar dikurniakan ketabahan menghadapi setiap ketentuanNya. Amiiin

P/s: Semoga pasni cplud akan terus rajin menaip coretan2 disini. ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena