Wednesday, April 20, 2011

Camping @ Hutan Lipur Sg Sendat Part 3...

Bismillahirahmanirahim & Assalalmualaikum to all readers,

Seperti yg dijanjikan, kali ni Plud's Corner akan menyajikan kesinambungan camping part 2. Bagi yg belum mengikuti episod / part 1 & 2, dipersilakan klik SINI dan SINI yer. Dah baca?? Kalau dah baca, jom kite mengembara ke episod kemuncak camping at Hutan Lipur Sungai Sendat ni.

Sebelum memulakan aktiviti di malam hari, kami bersantai2 riang di kala mentari sedang melabuhkan tirainya. Bergosip dan bersembang adalah lumrah alam bg memeriahkan suasana. Hepy sgt sbb mase ni mmg terbang sume masalah kerja kt opis. Alhamdulillah ;)

Selesai bersantai, kami mengerjakan solat Maghrib dan juga Isyak. Untuk pengetahuan korang, kt cni mmg tak der letrik even kt toilet pon tidak dibekalkan bekalan elektrik. Sebab tu klu family yg bw anak2 kecik tak digalakkan tuk ber'camping' tidor cni. Kalau balik trus tu sgt direkomenkan oleh kami ;) Setelah membaca yasin bersama dan seterusnya mendirikan solat Isyak, kami memulakan aktiviti kemuncak iaitu BBQ. Camping mmg xlengkap tanpa BBQ ni kan korg. ;) Rempah BBQ kami dah sediakan dari umah lg dan ayam kami dah siap bersihkan dari umah jugak. Sambil2 sang teruna menghidupkan api tuk BBQ, kami yg gegurl ni sume menyediakan ape2 yg patut utk hidangan malam hari. Kami sama2 bergilir2 tuk tlg masakkan BBQ ayam nih. Sebahagian kami menyediakan salad dan ade jugak yg goreng nugget serta french fries. Thanx to all coz sama2 bekerjasama merealisasikan camping kite. Bak kata wonderpet, 'Ape yg penting..........KERJASAMA!!!'

Okeh, dah masak sume makanan, kami sume berkumpul kt ruang rehat yg disediakan pihak berwajib Hutan Lipur Sg Sendat. Masing2 mengambil tempat dalam bentuk bulatan sambil makanan di tengah2 sedia terhidang. Sebelum makan, Kak Ija memulakan sesi ucapan buat sume. Majoriti kami kt cni adalah pelajar thun akhir master dan bulan ni adalah bulan terakhir sebelum masing meneruskan karier pekerjaan dan sebagainya. Oleh demikian, sesi ucapan kali ni adalah ucapan perpisahan. Ade yg sampai menitiskan air mata sgt terharu sbb pasni tak tau bile lg boleh berkumpul dan ber'camping' cmni sbb ade yg akan mendirikan rumah tangga dan bakal melahirkan anak. Tahniah and thanx to all. Korang mmg sporting!! 2 tahun mengenali korang cm kite dh kenal lame and sgt serasi bersama especially my housemate. ;)

Selepas sesi ucapan, kami menjamu selera bersama2. Terlalu byk hidangan untuk dijamu menjadikan perut kami tersgt kenyang. Alhamdulillah dgn rezki pemberianMu Ya Allah. Untuk kesempatan ni, cplud mewakili kengkawan sekalian tuk mengucapan Hepy Belated Besday to Kak Ija iaitu pada 18hb Mac yg lepas. Sgt lewat tuk diraikan tp nilah masenye yg dpt berkumpul bersama setelah masing2 bizi ngn tugasan seharian.

Actually, ade kisah di sebalik sambutan besday to Kak Ija ni. Cadangan kami tuk mengadakan kejutan tuk Kak Ija, beli kek pon tanpa pengetahuan Kak Ija. Punyerla kami letak dlm keta, mlm tu baru gi ambik. Sedang masing2 seronok menjamu selera, cplud minta jasa baek Kucing Oren tuk tlg ambikkan kek dlm kete. Tapi, malang telah menimpa di mana Kucing Oren kiter ni terjelepok ke tanah dlm perjalanan balik ke tapak camping kami. Almaklumla, gelap pulak tu takder letrik dan lampu jalan sume. Maka, kek telah berubah rupe menjadi seperti pic di atas. Sory to Kak Ija yer and thanx to kucing oren sbb tlg ambikkan kek tersebut. Jgn marah yer en kucing oren yg cumil ;)

Selesai makan2 dan perut pon kenyang, kami basuh pinggan2 kt tepi sungai dengan diterangi cahaya torch light. Siap basuh2 dan kemas sume barang2, kami ke toilet tuk bersihkan diri. Kami sume yg pempuan pegi beramai2 ke toilet tersebut dgn ditemani cahaya bulan mengambang dan beberapa torch light. Walaupon agk menguji kesabaran, tp saat ni la yg paling diingati oleh cplud. Kepayahan yg menguji kesabaran dan sangat diingati.

Siap2 bersihkan diri, kami move to sesi bergambar bersama semua. Dengan menggunakan teknik Light Trail yg diajar kucing oren, kami berposing mengikut arahan tuan pengarah. Maka, terhasil la pic2 seperti di atas. Amazing dan sgt canteek! I like it.....

Alhamdulillah, sgt bersyukur kerana diberi kesempatan dan kehidupan oleh Yang Maha Esa utk merasai kenikmatan ber'camping' bersama kengkawan sume. Memang akan diingati sampai bile2. Lepas ni, ssh dh kot nk camping cmni sbb masing2 mesti dah berkeluarga sume dan klu ade gathering pon, mungkin aktiviti makan2 jer kot. Wallahuallam.

Okey la korang, setakat ni dulu la tuk Part 3 ni, nnt ade kesempatan cplud akan update yg final pule iaitu hari terakhir kami sebelum pulang ke Nilai. Sekian tuk kali ni, salam ;)

P/s: Tunggu update kesinambungan part 3 ni yer kengkawan. Mungkin yg final kot, papepon nntikan la yg seterusnya ;)



Read More

Tuesday, April 19, 2011

Camping @ Sg Sendat Part 2...

Assalamualaikum to all readers,

Kali ni cplud nk update kesinambungan entry Camping @ Sg Sendat Part 1, klik SINI tuk lihat balik entry tersebut. Bagi yg mengikuti kisah pengembaraan kami ni dimana episod lepas, cplud hanya bercerita sampai kami tiba ke Hutan Lipur Sg Sendat. So, entry kali ni lebih kepada aktiviti kami sepanjang siang hari 16 April 2011. Sesampainya kami di tempat camping nih, Subhanallah, sgt terpegun dgn keindahan Maha Pencipta, sgt tenang mendgr kicauan beburung dan deruan air terjun yg sgt mendamaikan.

Sungguh besar kuasa Ilahi dengan penciptaan alam flora dan fauna yg mewarnai kehidupan makhluknya seharian. Untuk pengetahuan korg, keadaan cuaca pd waktu pg yg agk kurang baek dgn ujan renyai2 menyebabkan tapak perkhemahan tidakla terlalu padat dgn org ramai. Keadaan ni sgt menguntungkan kami kerana Alhamdulillah kami mendapat tempat perkhemahan yg sgt strategik. Di samping itu, kwsan perkhemahan kami berhampiran sungai sekaligus memudahkan kami utk melakukan aktiviti harian seperti memasak dan membasuh pinggan mangkuk.

Gabungan pic di atas menunjukkan betapa girangnya hati2 kami setelah sampai ke tapak perkhemahan tersebut. Sgt tenang dan mendamaikan. Terlupa sebentar kekusutan dan hal2 kerja di pejabat dengan ketenangan di sana.

Setelah meninjau2 tempat di sana, kami akhirnya jumpe port yg agk strategik seperti yg telah cplud ceritakan td. Ape lg, kami punggah barang2 yg agak byk kt tempat rehat tersebut. Setelah penat, kami lepak2 dan rehat sambil menghabiskan mihun yg dh kitrg mkn separuh kt umh Leman sebelum tuh. Cari2 jugakla makanan pe yg ade yg boleh dikunyah tuk menghilangkan lapar dan dahaga dalam perjalanan td.

Aktiviti seterusnya adalah memasang khemah oleh kawan2 laki kami. Kami yg pempuan sediakan pape yg patut utk hidangan petang kami. Akhirnya setelah bertungkus lumus, khemah siap didirikan, Alhamdulillah ;)

Selepas budak laki dirikan khemah, sebahagian kami terjun sungai tuk mandi. Waduh, kesejukan ngn air sungai tuh. Sejuk sgt tp sgt best. Berendam hampir 1 jam la jugak smbil maen2 teka teki antra kami. Dah penat mnd, kitrg terjah dapur pulak, tlg2 ape yg ptt dalam usaha menyiapkan hidangan petang. Nasi dah siap2 masak dari umh. Ayam pon dah siap2 bersihkan kt umh. Sebahagian kami masak sambil ditolong oleh ahli2 yg laen. Cplud tukang rasa lauk jer, kuikuikui~

Tadaaaa~ Inilah hidangan kami petang tuh, Ayam Masak Lemak dan Sambal Kentang. Sedaaaap ;) Pic kt atas tu menunjukkan lauk yg dimasak dlm kuali dan juga sebahagian bekalan makanan yg dibawa dari umh ;)

Hurrm, rase cukup setakat ni dulu kot, nnt cplud update Part 3 pulak. Kite terjah pulak pe aktiviti kami mlm tuh. Aktiviti petang berakhir disini dengan mkn petang kami ;) Sekian dulu, nantikan kesinambungan Part 3 pula yer kengkawan. Wasalam ;)

P/s: Nak tau pe aktiviti kami mlm tuh?? Nantikan kesinambungan entry ini ;)



Read More

Sungai Sendat Real Nature

Salam to all readers,

Cplud juz wanna share a video created by MrA aka Kucing Oren about the nature of Sungai Sendat. Bagi korg yg teringin cari tempat tuk camping, boleh pilih tempat nih. Kebersihan mmg terjamin, Alhamdulillah. Yang pnting, enjoy! ;) Okey guys, leh play video kt bawah ni tuk tgk keindahan Hutan Lipur Sg Sendat ;) Layaaaan...

Sungai Sendat Real nature from Azuan Ahmad on Vimeo.



P/s: Credit to my dear MrA coz bg kebenaran cplud tuk share this amazing video ;)


Read More

2 days 1 nite Camping @ Hutan Lipur Sg Sendat Part 1....

Bismillahirrahmanirahim & Assalamualaikum pembuka bicara,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana perancangan camping kami (Kak ija~Bel~Shu~Ain~Ct~Yaniez~Yani~Cplud~MrA~Syauki~Leman~Syukor~Sumaiyah) menjadi realiti pada weekend lepas, 16 to 17 April 2011. Berkat kuasa Ilahi, cuaca yg pada paginye ujan turun dengan lebat akhirnye berhenti setelah sampai ke tapak perkhemahan Sg Sendat, Alhamdulillah ;) Awan mendung bergerak pergi diganti dengan awan biru menenangkan hati2 kami semua.

Berkumpul di Nilai seawal jam 7.30 pagi tapi bergerak dlm pukul 9 pagi sebab nk kne pastikan keperluan camping mencukupi agar percutian kami betul2 bermakna. ;)

Kami berkonvoi dengan 3 buah kereta, 2myvi + 1saga. Sume ahli jemaah kami adalah seramai 12 org dari Nilai. Perjalanan sungguh mendamaikan kerana ujan turun renyai2 gitu pada awal pg. After masuk je KL, ujan terus mencurah2 lebat, nasib baek x banjir. Perjalanan diteruskan hingga ke hentian pertama kami. Nak tau mane hentian kami?? Okeh, jom lihat pics di bawah ;)

Ni kat Perkarangan Masjid TUDM, tggu leman kt cni. Sampai cni area kul10 pagi. Tapi sebab ujan terlalu lebat, kami move ke umah leman jerla, 2myvi + 1saga meluncur perlahan sbb jalan licin dan masuk ke perkarangan kediaman TUDM, and berkumpul di rumah leman which is hentian rehat ke2 kami. Kat cni, kami sempat berpicnic pulak. kihkihkih ;)

Kami pon sempatla ber'photo's bebanyak kt hentian rehat ke2 nih. Duk lepak2 kt umah Leman sambil nunggu ujan benti, tp cam xder tanda2 ujan nk benti. Kami hampir2 nk batalkan camping ni & bebudak laki sempat search kajicuaca nk tgk keadaan cuaca hari tuh. Sempat gk dorg planning nk tukar tempat laen la, tp nasib bek x tukar tempat laen. Ape tidaknyer, bhn2 masak & bbq kami dh siapkan. So, mmg kne jugak camping kt Ulu Yam nih.

Aksi2 kami yg kelaparan, makanla mihun yg dimasak yaniez dan juga ct. Maka, makanlah kami akan mihun tersebut nk alas perut sementara nk sampai ke tempat camping kami.

yummy.. syedap bangat mihun nih, mmg sume tgh lapar, so bedal la mihun nih. ;) Perjalanan diteruskan jam 12 tghari. 3 kereta berkonvoi dengan diketuai kete dinaiki leman sbb die yg suggest tempat tuh, so die la tau jln ke sane tu. Kami follow dari belakang.

Wah, dh nmpk sign board dh. Hati2 melonjak girang, kami xdpt membayangkan cmne keadaan kt sane. Mesti syok bangat siyh ;) Perjalanan diteruskan....

Dah start mencabar perjalanan kami, ujan masih renyai2 sgt menguntungkan kami sbb xramai yg nk ber'camping' time ujan2 cmnih. Kami menikmati panorama indah dalam perjalanan menyelusuri bebukit ke Ulu Yam.

Alhamdulillah, jam 12.30 tghari kami smpai ke tempat dituju. Kete dah jadi cm pajero dh meredah lumpur dan jalan2 yg tidak bertar. Tapi ini tidak mematahkan semangat kami. Akhirnya, mase yg di nanti2 telah tiba. ;) Hutan Lipur Sg Sendat!! Here we come!!!

Alhamdulillah sampai juga kami ke sana. Cuaca agak baek bila dah sampai sane. Okehla, nk tau ape aktiviti kami?? Tunggu sambungan episod ni di Part 2 nnt. Byebye ;) Wasalam...

P/s: Korang, nntkan sambungan ke2 kisah kitrg yer! Any komen dipersilakan ;)
Read More

Friday, April 15, 2011

Kenapa perlu ada orang macam ni????


Salam to all readers,

Entry ni sekadar untuk meluahkan rasa yg tak terluah pada manusia yg langsung tiada adab untuk bercakap dengan org laen. Ape salahnya ko cakap elok2 sbb aku pon boleh cakap elok2! Susah sgt ker? Kami dah buat benda yg menyenangkan ko, ko tak ley ke cuba explore dan buat sendiri!! Mintak maaf sbb terlebih emosi pulak. Tension ngn sorg my client pengguna sistem yg telah my team develop utk kumudahan pengguna sume. Tak bole ke nak paham benda yg sgt senang? Atau pon kalau x paham, x bole ke ko nk beradab sket bile ckp ngn org yg dah mudahkan keje ko??

Mane perginya .....

yg ko dan kerajaan laung2 kan tuh?? Cplud tak nak ckp byk pulak, nnt bertambah sakit hati. Mmg manusia tersebut xkan bc entry in my blog coz cplud pon bkn kenal sgt ngn sorg user nih. Kalau die ckp ngn lembut, mane kite nk marah & sakit hati. Cakap ngn suara yg sgt melenting cm monyet kepanasan sbb makan cili xminum air. Came on la... Korang kt luar sane jgn ikut perangai sorg hamba Allah ni.

Walaupon cara dan perlakuan org tu agak kasar dan sgt menyinggung perasaan, cplud tetap berdoa agar die berubah dan tau menghargai hasil kerja org yg telah bersusah payah sampai balik keje lewat malam nk siapkan sistem utk kegunaan anda. Renung2 kan la.

Semoga lepas ni, cplud akan tabah menghadapi perangai dan karenah user yg melampau2 nih. Actually, ni 1st time dpt user yg sgt kerek perangai die, walaupon dah setahun lebih di dalam bidang nih. Okey la, tak nak mengutuk lebih2, biar Allah je yg balas dan semoga org tu diberi hidayah utk berubah dan lebih beradab bila berdepan ngn org laen. Sekian, wassalam
Read More

Thursday, April 14, 2011

Rindu.................

Salam & nite,

Another quick update from me. Ohh, sy sangat rindu my parent! Can't wait to back home at Ganu. Agak lame jugakla xblik kg, last pon time raya cina ritu. Cplud sgt sygkan mereka, semoga mereka sentiasa dikurniakan kesihatan, dilimpahkan rahmat dan dimurahkan rezki buat kite sekeluarga. Really miss them!!

1 lg yg menjadi kerinduan adalah masakan my mum. Air tgn ibu adalah yg terbaek the best sepanjang hayat kita! And................ Lauk kegemaran cplud adalah seperti kt bwh nih ;)

Waduuuh. Ade lauk ni, orang lambai tgn depan mata pon tak perasan ;)

Ni lagi satu my feveret. Cplud suke daging masak merah yg mak masak jer, org laen masak kureng sket. huhu~

Actually, lauk2 kt atas tu cplud snap time buka pose Ramadhan tahun lepas. Best berbuka pose ramai2 ngn semua adik beradik. Arrrrrrrrrrrgh! I really miss that!! Sabor2 cplud. Tak lame dh nk blik kg, tp cuti pon tak apply lg + tiket pon den tak beli lg. ;( Kuang kuang kuang~~ Sekian update kali nih, wasalam

Read More

GOMENASAI....AND GUDLUCK!!


Salam to all readers,

Petang ni rase diri agak lemau tidak seperti selalunya. Bila duk sensorang, banyak benda dipikirkan. Actually, cplud ingin memohon maaf kepada si dia yg telah cplud singgung hatinya. Bukan setakat die, tapi cplud sendiri pon x rasa tenang bila kite dah buat org laen terasa hati dengan kite. ;( Sesungguhnya sy amat rasa bersalah dan ingin memohon maaf (--> pd si dia) sebab dah buat hatinya terluka.

Tak dapat ucap betul2, ucap dalam pic pon jadi la ;(
(Juz copy the pic from google!)

Kamu akan paham bila tgk pic nih (--> utk si dia)
(Juz copy the pic from google!)

Pada kesempatan ni juga, cplud nk wish.......


for his big day presentation on Hacking Demonstration in front of Malaysia's Agung (Tuanku Mizan Zainal Abidin) on 20th April 2011 at UTM. Wish u all da best & semoga dapat menjayakan demo tu ngn sempurna dan lancar. U can do it! Mase kt uni dulu pon, u are the best student in our course!! Gud luck always for whatever you do and i'll support you always!!
Read More

Monday, April 11, 2011

Mee Bandung Muor + Jojo's Wedding


Assalamualaikum to all readers kt luar sane,

1st of all nk wish Selamat Pengantin Baru kt my exclassmate yg telah selamat mendirikan rumah tangga pada 26Feb yg lepas. huhu~ Dah lame tuh tp baru berkesempatan nk update. Kami gerak dari Nilai ke Johor tu around 7am, masih berkabus lg time tuh. Then, jumpe my other exclassmates jugak kt RNR Seremban tuk konvoi sesame g Johor. Begitula alkisahnya. Kami sempat hadir tuk menyaksikan acara akad nikah then after selesai kami move ke umah pengantin kt Kluang, Johor.

Kami sempat jugak bergambar, tp kt cni cplud juz upload sket pic jer. Tahniah sekali lagi to my exclassmate, Siti Hajar aka Jojo. Majlis yg serba sederhana tapi berjalan dengan lancar, Alhamdulillah ;)

Okeh, stop citer pasal wedding, now kite move ke agenda seterusnya iaitu Jalan2 Cari Makan Mee Bandung Muor. Alkisahnya begini......hahah~ Cam suspen je bunyik ;) Dari Kluang, kami ke Muar tuk mencari something tuk dikunyah. Adela sorg yg mengidam mee bandung muor ni dlm kete iaitu Mr Driver(MrA). Berbekalkan GPS Sol dan MrA, akhirnya kami dpt menjejaki Mee Bandung Muor Spesel kt bandar Muar ~kt area stesen bas tepi sungai besar~ setelah sesat beberapa kali. hahah~ Lawak sgt time tuh ;) Ape lg, jom kite nengok Mee Bandung Muar nih yer kengkawan. Sesape ke Johor mesti xlupe tuk makan mee bandung nih. Okla not bad rasenye sbb cplud kurang gemar mee bandung ni tp lehla nk makan. Mee bandung ni kaya ngn udang, byk sgt udang dlm 5 ekot kot ;) Harga pon berpatutan, hanya RM4 jer ;)

Inilah rupe mee bandung syedap nih ;) Sekian update kali nih, jgn ler kome lupe tuk menjengah lg ke Plud Corner yer kengkawan. Bye, wsalam ;)

P/s: Thanx to pudin, sol, Mr A yg sporting sgt mase perjalanan tuh ;) Next time leh gather2 lg.


Read More

Sunday, April 10, 2011

Kek Batik Sempoi


Bismillahirahmanirahim,

Kali ni cplud nak share resepi kek batik yg dipelajari dari my housemate, ct. Thanx ct tuk resepi yg sedap tuh. Sebelom ni mmg cplud penah buat, tp cm lembik la, ade je yg xkene. So korang, ape lg? Jomla kite belajar yer. Actually sonang jo nk uat kek batik nih.

:: RESEPI KEK BATIK (5 org makan) ::

Bahan2:
-1 bungkus biskut marie (dipatah 4)
-3 sudu planta
-1 paket kecil Milo
-Susu (terpulang sampai rasa manis..jgn letak byk sgt)
-Sedikit minyak
-Sedikit air (agak2 mengikut kesesuaian kepekatan)

~ Milo dan marjerin ~

~ Biskut Marie yg telah dipatahkan ~

Cara2:
1- Panaskan kuali dan masukkan minyak serta marjerin.
2- Kemudian masukkan sedikit air dan diikuti milo. Kacau rata.
3- Masukkan susu sedikit demi sedikit sampai korg rs manis mengikut citarasa.
4- Masukkan biskut yg telah dipatahkan ke dalam kuali dan kacau rata sampai kering.
5- Setelah itu, masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan simpan dlm peti ais selama beberapa jam agar sejuk.
6- Sedia dihidangkan ;)


Sekian tuk kali nih, selamat mencuba ;)
Read More

Friday, April 8, 2011

Cplud Berlakon????

Salam to all readers,

A quick update entry from cplud.. Korang nk tau citer pe cplud berlakon?? Saksikan trailer di bawah ;) To my dear Kucing Oren aka MrA, thanx for shooting tuh. Susah jugak yer nk berlakon tuk scene yg agak pendek nih. Hampir 5 kali kot tuk scence yg terkejut tuh. Aduuyai ;)



P/s: Selamat menonton & komen yer korang ;) Wsalam

Read More

Saturday, April 2, 2011

Laksa Johor Sesat

Assalamualaikum to all readers,

Akhirnya setelah sekian lama menyepi, cplud kembali lagi. yuhuhuhu ;) Sape penah makan laksa Johor? Mesti korg sume penah rase kan laksa Johor ni, tp laksa Johor sesat xramai sgt yg dpt rase, kuikuikui ;) Alkisahnya begini, my housemate cumil, yinyin tu telah didesak oleh kami sume yg laen tuk dapatkan resepi laksa Johor dari mak die. Kebetulan die balik kg time tuh. Then bile die kembali ke Nilai, die ckp nk masak laksa Johor tp pakai rencah dalam paket. Huhu~ Kami ni sume 1umah tak penah mkn laksa Johor & tak tau cmne rase nye. So, setelah bertungkus lumus memasak laksa Johor ni, akhirnya masak la kuah tuh. Perut kami sume berkeroncong dah nk mkn laksa ni.


Bagi sesape yg xpenah makan laksa Johor ni, dorg besenya makan dengan spageti tau. Syedaap ;) After dah siap serve tu, kitrg pe lg, seraaaaaaaaaaaaang!!! Hikhikhik ;) Maka makanlah kami, tp rasenye cm mee kari. Dalam hati, cplud ckp : 'ooooo..cmni ke rase laksa ni, kuah cm laksa T'ganu jer rase'. Tetibe yinyin cumel tu ckp, sbnarnya rasa laksa Johor bukan camni. Kitrg pon dah gelak sebab mati2 igtkan tulah rase sebenar. Harharhar! Tapi xperla, syedaaaap jugak la. Sebab tula kitrg namekan laksa ni as Laksa Johor Sesat ;)

Okeh kengkawan, jumpe lagi mase2 akan dtg. Nak siapkan koje dulu. Babai ;)

P/s: yinyin, jgn marah yo. Syedaap tau laksa ko msk tu. We all like it ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena