Tuesday, June 28, 2011

Manisnya macarons iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

Salam ceria,

"Manisnya kurma iniiiiiiiiiii.." Tanye je sape mesti tau punyer trademark nih. Sepah the best, Juara Maharaja Lawak 2011. Cplud terbawa2 pulak trademark sepah ni. Manisnya macarons iniiiiiiiii.............

Ooooh, sgt manis macarons ni yer kengkawan. Macarons ni kitrg order online kt Blog Cikmin. Nak buat sendiri nth bile la. Cplud pakat ngn opismate order macarons ni sbb nak merase jer. Giler mahal, mmg untungla sesape yg meniaga macarons ni. Kitrg order 5 jenis, 'Hazelnut, Blueberry, Strawberry, Rasberry, Choc'. Boleh la tahan, sedap jugak cume manis. Difahamkan cara nk buatnya ssh, tu yg mahal. Huhu~

Credit to Mama Faeza utk pic macarons nih ;)

P/s: Sesape yg nak order, boley jenguk blog cikmin. Sesape nk try buat pulak, tnye en Google ;)
Read More

Hidangan Petang Si Dara.....


Salam to all readers,

Bihun lagik?? Semalam baru jer post pasal bihun singapore, kali ni bihun bersosej pulak. Nape cplud asyik makan bihun?? Sebabnya beras kt umah dah abes & malas nak gi beli, alamaknya 1 minggu ni muke pon dah jadi muka bihun. heheh~

Alkisahnya, balik koje petang smlm, gigih masak bihun kt dapor. Housemate lak pegi jogging, balik lewat. Cplud xlarat nk jogging sbb lapar, xmakan tghari. hihihi~ Jom tgk resepi...

:: BIHUN RINGKAS CPLUD ::

.: Bahan2 :.
- Separuh bihun direndam dengan air panas dan toskan (nak bg cepat lembut)
- 1 labu bwg besar dimayang
- 3 ulas bwg putih diketuk
- 4 biji cili padi dihiris nipis
- 3 biji sosej dipotong nipis
- Sedikit cili kisar
- Sedikit kicap
- Garam sebagai perasa

.: Cara2 :.
1) Tumis bwg putih, diikuti bwg besar dan cili padi.
2) Kemudian masukkan sosej, cplud pkai sosej sbb aym dah abes, huhu~
3) Masukkan cili kisar, kicap dan kacau rata. Tambah sket air klu dh kering sgt.
4) Masukkan garam biar sebati dengan rencah tumis.
5) Masukkan bihun dan kacau rata.
6) Dah masak, bolehla dihidangkan bersama telur dadar yg dipotong nipis.

Selamat mencuba yer sume. Semoga rezki kita diberkati olehNYA agar perjalanan kehidupan kita dirahmati. Amiin ;)
Read More

Monday, June 27, 2011

Ooh Induksi...Ooooh Exam Lagik


Salam ceria dan bergumbira sume,

Alhamdulillah Induksi dah tamat, bermula 13 Jun 2011 until 22 Jun 2011. Now, tunggu nak exam pulak. Aduyaaai~ Lame btul tak exam. Dahla berkaitan akta2, dasar2 bagai. Jenuh nk mengingat tu...


Riso pulak, sebab time study jer akan jadi cm pic kt atas. Tapi xderla banyak bebenor buku cm budak atas nih. Nak baca jer, mata start jadi kecik, tp klu men game or tgk tv, automatik mata terbuka luas. Adooooi. Dugaan...Dugaan ;(

Last month exam perkhidmatan, now move to exam induksi yang lagi taugh soklan die meliputi 1 Malaysia. Sesape de soklan spot or soklan faveret induksi ke, sila komen kt cni yer. Huhu~

Pic Induksi bersama rakan2. Sory la pic ni xbape nak clear sbb scan jer. Mintak softcopy pon xdapat. Huh~

Doaku semoga kite semua lulus dengan jayanya untuk exam induksi Khamis nih. Semoga sume berjaya dan cepat2 dapat tetap. Dah dpt tetap nnt bolehla wat loan umah. huhu~ Amiin, InsyaAllah.

Semoga sumenya dirahmati dan diberkati Dunia dan Akhirat.. Amiin



Read More

Bihun Singapore Lagik


Salam ceria,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan tuk update blog kesayangan nih. Actually bihun ni dah buat before Family Day PTM lagik. Tapi tak berkesempatan nk update. Klu korang nk resepi bihun singapore ni, boleh klik SINI. Masak bihun ni untuk breakfast pagi hujung minggu. Kalau hari bekerja, takder nya nak rajin2 masak unless terpakse. ;)

Kali ni jamu mata jerla yer korang sume. Jangan lupe cube resepi ringkas nih ;) Wasalam
Read More

Bubur Ayam Bersayur Sawi

Salam,

Entry ni lame nk post, tp baru sekarang berkesempatan. Sesape rase teringin nk makan bubur ayam ni boleh la cuba resepi cplud nih. Kali ni cplud letak sayur sawi, klu sesape tak suke sayur sawi, bole ganti carot or ape2 jerla sayur laen. Jom tengok resepi ringkas cplud....

:: BUBUR AYAM BERSAYUR SAWI ::

.: Bahan2 :.
- Sesenduk nasi
- Dada ayam dihiris nipis
- Sedikit sayur sawi dipotong
- Sedikit lada hitam tumbuk
- 1/4 kiub pati ayam knorr
- Sedikit garam sebagai perasa
- 3 biji bawang merah dimayang
- 1/2 inci halia dimayang

.: Cara2 :.
1) Masukkan air kedalam periuk dan seterusnya nasi dimasukkan. Air tu kalo boleh banyak la sampai menenggelamkan nasi dan berpada2. huhu~
2) Setelah menggelegak air dlm periuk, masukkan kiub ayam, ayam dan sedikit bawang merah yg dimayang beserta halia.
3) Biarkan sehingga mendidih bubur dan kemudian boleh dimasukkan garam dan sayur sawi.
4) Taburkan lada hitam ke dalam bubur.
5) Last sekali, goreng lebihan bawang yg dimayang dan kemudian taburkan bwg mayang yang telah digoreng tersebut ke dlaam bubur yg telah masak.
6) Segera hidangkan dan makan panas2 ;)


Okeh sekian tuk kali nih, selamat mencuba resepi ringkas cplud ;) Wasalam
Read More

Monday, June 20, 2011

PTM's Family Day yg sgt best!!

Salam,

A quick update from cplud. Huhu~ Pertama sekali, sgt bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpah rahmatNya memberkati program Family Day kami dan kami sgt bersyukur sebab sumenya berjalan lancar ;)

Banting Family Day yg telah ucha design. Thanx ucha di atas design yg sgt cantek ;)

Inilah dia antara sebahagian AJK CEKMITE (kelab keluarga PTM 2010-2011) yg telah menjayakan program ni dengan lancar dan bersungguh2. Dari kiri, Amirul as ketua, Syazwan, cplud, Hajar, Kak Asnah, Isma dan Fakrul. Thanx korang, mmg sgt best program kali nih ;) Memang sgt penat smpai tangan, kaki sume lenguh yg amat. Tapi Alhamdulillah, sgt bersyukur sbb tgk sume org hepy jek ;) Diharap AJK yg akan dilantik utk batch hadapan dapat menganjurkan program sebegini lagi pada thun2 akan dtg, InsyaAllah ;)

Family Day kami diadakan di Casa Rachado Resort, Port Dickson. Hampir 3 bulan awal kitrg duk ulang alik ke PD tuk survey tempat family day yg terbaek punyer. Huhu~ Sgt bersyukur pada Ilahi di atas nikmat yg dikurniakanNYA. ;)

P/s: Thanx to opismate yg upload pic kt fb. Cplud rembat sket pic tuk upload kt cni ;)


Read More

Saturday, June 18, 2011

Coretan Pagi Sabtu....

Salam ceria,

Morning to all yg bangun awal2 yer. hehe~ Pagi ni semangat bangun awal walaupon weekend. Entry ringkas ni dicoretkan sbb 1 week lepas until 22 Jun ni cplud menjalani Kursus Induksi tempat cplud bekerja. Untuk pengetahuan bagi sesiapa yg tak tau tu, Kursus Induksi ni adalah salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan bg kakitangan awam.

Saje letak pic di atas yg diGoogle utk menambahkan rasa gembira sepanjang berkursus. Ada 1 aktiviti menarik dalam kursus ni iaitu pengucapan awam/ public speaking. Tajuk tu pulak diberi 5 minit sebelom memulakan ucapan. Turn cplud belom tiba, tp diharapkan cplud dapat melakukannya dengan baek, InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang pengucapan awam tersebut. Amiin...

Okeh, habis cakap tentang induksi, now kite move to 1 lg aktiviti menarik untuk Jabatan cplud bekerja iaitu Family Day. Acara yg sgt ditunggu2 oleh semua kakitangan kami. Berkonsepkan 2 days 1 nite dan diadakan di Casa Rachado, PD, diharapkan agar program ni berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan kami, amiin.



Pic yg di Google juga tuk family day nih.. Tak sabar nk menjalani family day nih. Hope aktiviti sebegini dapat mengeratkan ukhuwah diantara kami dan menjadi aktiviti paling bermakna sepanjang thun ni buat kami semua, InsyaAllah.

Kepada semua AJK Cekmite yg diketuai Amirul Falanee, syabas diucapkan pada semua atas kerjasama yg diberikan. PTM boleh!!! ;)

P/s: to my dear sis, semoga cepat sembuh. semoga tabah di atas ujian yg menimpa kita..
Read More

Sunday, June 12, 2011

Ayam Masak Lemak Cili Padi + Bilis Goreng


Salam & selamat tengahari ya readers sume,

Korang dh makan belom?? Actually, ni menu semalam. Menu org bujang la katakan. Menu simple cmni sume pon ley buat kan. hihihi~ Jom terjah resepi.....

~Ayam Masak Lemak Cili Padi~

:: RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI versi cplud ::

Bahan2:
- 2 ulas bawang merah *
- 3 ulas bwg putih *
- 10 biji cili padi * (dikisar)
- Ayam dipotong ikut citarasa
- 1 paket santan
- Lobak merah dihiris
- Secubit garam
- Sedikit serbuk kunyit

Cara2:

1) Tumis bahan2 kisar sehingga naek bau dan masak.
2) Masukkan santan yg telah dibancuh dengan air setelah dipastikan bhn kisar td betul2 masak.
3) Masukkan ayam dan lobak merah. Teruskan kacau agar santan tidak berketul.
4) Tambahkan sedikit serbuk kunyit tuk bg kaler kuning pada lauk tersebut.
5) Perasakan dengan garam. Tunggu hingga mendidih dan kecikkan api.
6) Nampak kuah dh agak pekat, boleh tutup api dan sedia dihidangkan bersama ikan bilis goreng dan nasi panas. Perrrrgh berasap telinga hangpa nooo ;)

Ikan bilis penambah hidangan. Nak goreng telur dadar pon ok jugak. Terpulang pada citarasa masing2 ;)

Sekian perkongsian resepi kali nih dan selamat mencuba ;) Salam

Read More

Peteh Ganu Peteh!!


Salam,

A quick update from cplud. Alhamdulillah, Peteh Ganu Peteh slogan yg dilaung2 kan oleh penyokong pasukan Teganu kite menang Piala FA semalam, 11 Jun 2011. Lautan penyokong hitam putih datang tuk bg sokongan padu pada pasukan Teganu terchenta.


Cplud tgk dari awal sampai akhir. Mulanya separuh mase pertama, 2 2 pasukan maen ngn baek. Tapi bile masuk separuh mase ke2, nmpk kelate yg menguasai padang tuh. Sampailah kelate dihadiahkan gol. Mase tu hnya tggal 15minit kot klu xsilap. Pastu tgk lak ganu men cm xbersemngt, sampaikan cplud yg tgk ni pon cm xbersmngt. Mase nak terlelap dpn tv tu dgr org jerit kat tv. Rupenya kelate hadiahkan gol kt ganu. Alhamdulillah, tggl 1minit kot perlawanan time tuh.

Ape lg, trus cplud bersemngat sampai la abes tambahan mase tuh. Paling xdisangka, teganu tambahkan gol lagi 1 membolehkan kejayaan berpihak kepada pasukan penyu. Huhu~

Akhirnya, Piala FA dimenangi pasukan teganu. Nampak hepy muke Tuanku Mizan ngn kejayaan tersebut. Buat pasukan kelate, jgn berputus asa, adat la tu perlawanan akn ade yg meng dan ade yg kalah. Tapi kesimpulan yg dapat cplud simpulkan kt cni adalah,

" Jangan cepat berputus asa! Kite xtau mase bila peluang akan datang! Harus berusaha sehinnga ke akhirnya! "

P/s: Thanx to my dear fiancee sbb sokong pasukan sy ;)
Read More

Saturday, June 11, 2011

Nasi Arab Damsyik


Salam to all readers,

Last Thursday, cplud dan en tunang gi makan kt Restoran Nasi Arab Damsyik kt Senawang, Seremban. Actually nk makan cni mase besday en tunang yg lepas, tp hari tu kebetulan restoran ni tutup (Selasa). Untuk pengetahahuan sume, restoran ni buka setiap hari kecuali Selasa.

After opis hour, kitrg bergegas ke Senawang melalui Lebuhraya Lekas. Kebetulan hari tu cplud pose, so ajkla en tunang teman berbuka. Ekceli ni first time kitrg dating selepas bergelar tunang. Huhu~ Rasa cm lg best drpd mase kapel2 dulu ;)

Kalau sape2 dari Nilai, sebenarnya x jauh pon perjalanan. Kitrg gerak kul 6.30 ptg dan sampai sane 5 minit sebelom berbuka iaitu kul7.10 mlm. Dari Nilai, kitrg lalu highway Lekas dan trus ke destinasi paling hujung lebuhraya iaitu Senawang. Kuar highway, trus je sampai jumpe traffic light dan ambik kanan utk ke Seremban. Dah ambik kanan tu, trus je until sampai Pusat Dakwah kt Paroi. Pastu masuk kiri, trus je sampai jumpe signboard Taman Bougainvilla. Bila dah jumpe signboard tu, bersedia ambik kiri, tepi jln tuh je Restoran Nasi Arab Damsyik.

Kitrg tergerak nk mencuba keenakan nasi arab kt cni setelah tgk rancangan Jalan2 Cari Makan kt tv3. Huhu~ Service kt cni mmg cepat, baru order x sampai 5minit, makanan dah sampai kt meja makan. Panas2 lak tuh. Nampak cm sedap kan. So, cubalah rs. ;)

En Tunang order set nasi arab kambing, RM13..

Cplud lak order set nasi arab ayam, RM10. Ayam die lembut sgt, pastu byk sgt sampai x terlarat den nak abeskan ;)

Istimewanya kt cni berbanding restoran arab yg laen adalah, nasi arab nya dihidangkan bersama yogurt dan sambal. Bese restoran laen juz bg sambal tuh jer. Pastu die punye sambal tu sedap & kene selera org melayu. Sedaaaaap ;)

Air pulak kami order teh pudina. Sungguh menyamankan tekak org pose nih ;)

Alhamdulillah kenyang. Puas hati la makan kt cni. So, sape2 nk cuba bole dtg ke Restoran Nasi Arab Damsyik nih. Ni alamatnya:

"No 1, Jalan Bourgainvilla 1,
(Dekat Jalan Paroi – Senawang),
Taman Bourgainvilla,
70400 Senawang, Seremban,
Negeri Sembilan "


Okey, sehingga berjumpa lagi di laen entry. Selamat mencuba keenakan nasi arab di cni ya! ;) Salam

P/s: Pasni nak gi makan lagi la kt cni ya en tunang ;)
Read More

Friday, June 10, 2011

Sekitar Cplud's E-Day....

Salam to all readers,

Seperti yg dijanjikan pada entry yg lepas, cplud nk citer sket tentang majlis serba ringkas yg berlangsung pada 3 Jun 2011 yg lepas. Pastinya pada pasangan bercinta berazam utk merealisasikan percintaan mereka ke alam pertunangan seterusnya perkahwinan. Begitu juga cplud. Sangat mengharapkan agar cinta kami ini diredhaiNya dan berkekalan hingga ke syurga.

Alhamdulillah, 1 step dah lepas and 1 more step to go untuk merealisasikan impian percintaan kami. Sangat bersyukur memiliki family yg sgt menyayangi diri ini dan bersusah payah mengadakan majlis tuk puteri bongsu mereka ni. Tapi sygnya, pic ngn family dan fmily tunang xsempat dirakamkan. Bizi sket time tu, after sarung cincin, trus mkn. Tu yg lupe bergambar ngn diorang.

Majlis dimulai dengan sesi perbincangan antara ke2 belah pihak keluarga. Mase ni cplud kt bilik dan xberapa dengar butir bicara mereka. Yang pastinya tentang kami ber2 hal yg dibicarakan. Duk dalam bilik, dup dap dup dap menunggu my sis yg sulong bw ke ruang tamu. Oh yer, sebelom terlupa, majlis cplud ni xder pon pelamin tempah, cukuplah sekadar tirai yg dihias serba ringkas oleh my family. Thanx sgt tuk my dear family, luv them all.

My dear sisters and sis in law bersama anak masing2.

My cayang2. Cek mie luv u all tau. Tanpa mereka, xberseri umh cplud nih. Sangat meriah ngn kehadiran si tecit yg comel2 sume.

Tak dilupa jugak my frend, Saidatul sbb sudi dtg ke majlis pertunangan cplud. Ade lg jemput yg laen, tp dorg ade hal xdpt dtg. Cplud kawan ngn saidatul from sek rendah until menengah, berpisah bile masing2 masuk universiti dan aktif contact mase dah keje. Alhamdulillah. Thanx jugak tuk adik saidatul yg sudi dtg yer. ;)

Saat yg mendebarkan telah tiba, teringat kata2 ibu en tunang (MrA).. "Pasni mira dah jadi tunangan azuan". Mase tu mmg terharu sgt, sejuk tgn sume. Thanx makcik, cplud janji akan menjaga hubungan kami sebaiknya sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke syurga. Amiin

Finally, cplud menjadi tunangan my dear MrA. I luv u so much till the end of my life. Sangat bersyukur kerana dipertemukan dengannya. Tanggal 23 Julai 2005 masih segar di ingatan. Saat permulaan cinta kami. ;) Tersengih tetibe bile terigt time tuh. kihkihkih~

Alhamdulillah di atas kurniaanMu Ya Allah. Akan ku jaga cinta ini sehingga ke akhirnya. Semoga kami kuat utk menghadapi dugaan dan cabaran idup yg begitu mencabar ini dan semoga kami bersatu sbg suami isteri satu masa nnt. Amiin
Read More

Alhamdulillah..selamat sudah...


Bismillahirahmanirahim & Salam to all readers,

Tanggal 3 Jun 2011, diriku telah sah menjadi tunangan kepada MrA, Alhamdulillah. Majlis yg tidak dirancang dari awal, persiapan pon last minit. Huhu~

Doakan hubungan kami hingga ke jinjang pelamin dan berkekalan hingga ke syurga. InsyaAllah. Bersyukur sgt ngn kurniaanNya. Now, rs diri ni makin disayangi, cewaaah ;) Sila jgn muntah disini ya,hehe~

Next cplud akan citer pasal persiapan last minit tuh dan juga hantaran tunang on my e-day pada 3 Jun 2011 yg lepas. ;) Salam

P/s: Credit to my dear sis yg snap pic ni ngn baek & cun ;)
Read More

Thursday, June 9, 2011

Jom Picnic bersama Tupperware!!


Salam,

Jom picnic bersama Tupperware!! hahah, title xley blah.. hadoooi ;) Ekceli lame dah ni picnic ni, early Mei klu xsilap, tp tula now baru rajin2 nk update pasal nih. Picnic ni sgt tidak dirancang, tetibe jer rs nak picnic sbb lame sesangat dh x picnic wif my dear MrA.

Nak dijadikan citer, pagi sabtu tu MrA call ajk kuar, pastu tetibe terpikir nk masak jerla sbb dpt jimat poket kan. kan kan?? ;) So, dgn gigihnya pg2 masak lauk mkn tghari, cadang nk masak nasi myk ker, tp dh bahannya xder. Masak jerla ikut ape yg ade.

Kitrg picnic kt Bagan Lalang dan pada waktu matahari terpacak kt pale. Tersgtla pns waktu tu, smpat kene marah dari MrA sbb ajk picnic waktu cmtuh. Tersengih jerla cm kerang busuk dlm keta tuh. kihkihkih~ Tak nak citer byk, korang layanla pic kt bwh nih yer....

Antara bekalan picnic yg dibawa. Cukupla tuk makan 2 org. hehe~

Antara juadah yg dimasak cplud.. Ade sup kentang, ayam masak black pepper dan kacang panjang goreng bertelur. Yum yummmy ;)

Kitrg kongsi mkn dlm bekas tupperware nasi tuh jer.

Errrrrk..oppps anak dara xmalu sendawa kuat2. heheh~ Alhamdulillah kenyang ;) Pas makan duk bersantai kt tiang xlarat nk bangun. Pipi pon dh mcm roti bom dah, kihkihkih ;)

Sebelom balik, kitrg jenjalan kt pantai tgh panas terik tuh. Sampai sakit palo den ni haaa. Sebelom balik smpat singgah minum air kelapa tepi jln. huuurm, nyaman rs tekak minum kelapa fresh ;) Tapi pic nya non ado! huhu.. Okey la, smpai cni aje update tuk kali nih. Sehingga bertemu lg di lain entry. Salam..
Read More

Celebrating Kucing Oren's Besday @ Saba'


Salam to all readers,

Lame betul tak update blog nih rasenya. Bizi sket belakangan nih ;) Entry patutnya 10 Mei 2011 yg lepas, tp baru berkesempatan nk hapdet. hehe~ Actually, cplud celebrate my dear MrA's besday ni pada 10 Mei lepas. Cadangnya nak pegi Restoran Nasi Arab Damsyik, tp kebetulan pulak time tu hari Selasa dan cek kt tenet yg restoran tu tutup pulak Selasa. Dan dan jer tutup pulak, aduuyaaaai ;(

Pastu kitrg decide nak makan Nasi Arab (sebenarnya cplud yg nk mkn nasi arab, ekekeke). After opis hour trus kuar gi Cyberjaya tuk dapatkan nasi arab. Kitrg decide ke Restoran Saba' Cyberjaya. Dulu penah gi ngn housemate. huhu~ Sedap jugak masakan arab kt citu, tggu pon x lame walaupon ramai org. Pekerja die pon agak ramai jugak. Jom terjah sedikit pic tuk santapan anda semua....

Cheese cake from secret recipe ni 1 slice je kot. Sbb nya MrA xnk kek, sbb tu beli 1 slice jer, dahla kek ni cplud yg abeskan. hehehehe~

Set Nasi Arab ni tuk 2 org makan. Lupa dah name pe set nasi ni, yg pastinya sedap la ;) kitrg mintak 2 pinggan makan set ni, tu pon kekenyangan & xlarat nak abeskan. hehehe~ Air lak kitrg pesan air Vimtoo, rasenya cam prune yg pekat sgt. Pati prune klu tak silap. sedaaaap ;)

Dah tu, kitrg order pulak roti arab nih. Soryla kengkawan, lupo dah ek name lauk tuh. Tapi yg pastinya kuah tuk dicicah ngn roti tu adalah lamb based. Roti besar dan tak larat jugak nk menghabeskan. Adoooi~ Tgk pak arab makan, pinggan besar nasi & roti tu tuk sorg makan. Kitrg yg mkn share ni pon x abes. huhuhu~ Tapau wat balik tuk brekfast, heheh ;)

Last pic, besday boy yg khusyuk sgt mkn. Mane taknya, mmg dah pesan awal2 suh kosongkan perut. Yela, nnt xley nk makan pulak akibat kekenyangan. Huhu~ Alhamdulillah kenyang dan bersyukur ngn rezeki kurniaanNya. Jumpa di next entry, babai, salam....

P/s: Next destination goes to Restoran Nasi Arab Damsyik ;)


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena