Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum...
Salam penghujung Ramadhan buat semua.. Lame betol biarkan blog bersawang yer. Ni cplud datang nk bersihkan blog nih. hehe~ Malam ni 26hb Ogos 2011 cplud akan balik kampung. Hooooray! Balik nek bas jer. Semoga perjalanan malam ni dipermudahkan dan semoga kami semua selamat sampai ke kampung halaman. Di saat dan ketika ni, wajah bonda ayahanda terbayang diruang mata. Tak dilupa gamitan si comel anak buah semua. Miss u all!!
"Hayati CiptaanNYA sebelum tidak sempat untuk merasai anugerah yang tiada nilainya..."
Alhamdulillah today dah masuk 26hb Ramadhan 1432H. Lagi beberapa hari jer lagi Syawal bakal disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Buat yang mengenali diri ini, juga kenalan maya semua, cplud nk memohon jutaan kemaafan sekiranya sepanjg mengenali anda semua dan juga sepanjang ber'blog' cplud de menyakiti anda semua. Jutaan maaf dipohon di hari yg mulia ini. Alhamdulillah Ramadhan tahun ni dirasakan jutaan ketenangan.
Buat En Tunang tersyg, cplud nak memohon jutaan kemaafan andai sepanjang 6 tahun mengenali diri ini terlalu banyak kesilapan cplud lakukan. Harapan moga setiap dugaan dan cabaran, susah dan senang bersama2 lah kita harungi hingga ke akhir hayat kita. Doaku moga urusan penyatuan kite dipermudahkan. Amiin
"Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin dari Cplud Miera buat anda semua... "
Raya ni jangan makan banyak yer. Jaga kesihatan dan buat yg memandu pulang ke kampung halaman, hati2 dalam pemanduan anda. Buat driver bas semua, ingatla insan2 amanah anda untuk mereka pulang ke kg halaman masing2. Semoga semuanya selamat. Amiin

































