Wednesday, November 30, 2011

Finally.....

Salam to all readers out there,

Now, our wedding themes changed again! Ouuch.. Actually kami sgt tak tau nak kaler pe, tapi bila kami ke Kedai Pengantin, we have found the calm and cute color untuk pelamin tuh. And harge Alhamdulillah ok jugakla still under bajet. Nak tau kaler per????

Pink - Maroon Themes

Haruslah ade member terkejut coz cplud ni very addicted in Brown. Before this pon berkenan Pink Brown Color. Tapi en tunang tak suker, klik SINI. uhuhhu~ Walauapepon, kami tak mengenakan pink suite for our wedding, but Maroon ;) Okai, wasalam

Read More

Kepeningan Mula Terasa......

Salam to all readers,

Now mula dah terasa bahangnya dan peningnya menguruskan our Bigday!! Why I said bigday becoz perjalanan kami yang dirasakan agak lama jugak iaitu 6 years tuk mencapai impian hidup bersama. Of course de org yg lagi lama bercintan cintun dari kami before their wedding, huhu~

Menyingkap sejarah lalu, time belajar tak sabor den nak abeskan 4 years sebab dulu pikir abes belajar nak kawen jer without pikirkan de kje ke tak after grad. But now after dah keje, dah mula menambah aset sendiri, komitmen yang besar, mula dah terasa payah jugak nak kawen takder duit yer. Oh yess, zaman sekarang ni of course kne de keje untuk menampung kehidupan yang kian hari kian meningkat kos hidupnya. Lihat ajer sewa umah, kalau dulu area Nilai ni leh dapat sewa 350 - 380 untuk umah teres 2 tingkat but now umah teres setingkat pon dah cecah 500 sebulan. OMG!!

Now almost 3 months je lagi tinggal. Errrk, sgt banyak urusan yg belum selesai. But, bajet dah buat, dan ade yg telah diuruskan sket. Now kne start beli2 barang sket semntara tunggu en tunang free. Yang penting dokumen kene settlekan cepat. uhhuhu~ Harap2 banyaklah YEAR END SALE (YES) ujung2 tahun nih ;) Semoga sempat kami menguruskan segalanya bersama. Walaupon en tunang sekarang tengah sibuk bekerja sambilan demi menampung perbelanjaan perkahwinan kami disamping cplud juga menguatkan jentera kewangan kami, moga dipermudahkan segalanya. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

Firman Allah swt, Surah Annur 24:32

"Dan kahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yg soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah swt Maha Luas (RahmatNya dan Limpah KurniaNya), Lagi Maha Mengetahui"


Read More

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433Hijrah

Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam seluruh dunia,

Untuk doa Awal dan Akhir Tahun, korang boleh klik SINI. Alhamdulillah dapat jugak kita menghadapi tahun baru Maal Hijrah 1433 hijrah.

Ade jugak azam yang belum tercapai dan akan disambung untuk tahun baru nih. Semoga azam yg dicoretkan di hati untuk tahun baru nih tercapai InsyaAllah. Tak sempat nak update banyak sebab tengah berkursus nih. Nanti cplud update ya. Banyak lg entry nk update tp xsempat. Simpan jer dulu. Uhuhuhu~

Akhir kalam, Salam Maal Hijrah 1433Hijrah tuk suma readers yg dikasihi. ;)
Read More

Wednesday, November 23, 2011

Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia vs Syria


Salam ceria to all readers,

Setelah menyaksikan kemenangan skuad Harimau Muda menentang Garuda Isnin lepas, marilah kite ramai2 memberikan sokongan padu buat pasukan Malaysia tuk mengharungi Syria mlm ini jam 8.45 malam di Astro Arena 801 dan RTM2.. Perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil...

Harimau Malaya Boleh!!!!!!
Read More

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Jaguh BolaSepak Asia Tenggara!!!

~Credit pic tu my dear En Tunang aka Kucing Oren~

Salam ceria to all readers,

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!!!

Syukur padaNYA dengan kemenangan skuad B-23 Harimau Muda Malaysia. Semangat juang yang tinggi. Daya berpasukan yang kental menghadiahkan Emas paling bermakna buat negara!!

Of course rasa tersangat hepi even tido lambat dan pagi ni masih mood mengantok lagik. Sanggup tunggu hingga ke saat terakhir sampai ketaq lutut nih cam org nk akad nikah lak. huhuhu~ Tapi siyes berdebar giler tgk perlawanan semalam.

Gol penyamaan dijaringkan oleh Asraruddin Putra Omar pada pertengahan separuh masa pertama menjadikan Malaysia seri dengan Indonesia 1-1. Masih menunggu gol pada separuh masa ke2, tp pertahanan kental kedua2 pasukan menjadikan kedudukan terikat 1-1 sehingga ke minit2 terakhir. Ditambah dengan masa tambahan masih tidak mencukupi dengan kedudukan masih terikat 1 sama. Akhirnya kemenenangan skuad Malaysia dengan penentuan oleh sepakan penalti. Dan penyudah pasukan kebangsaan oleh Badrol, selaku kapten pasukan Malaysia ternyata menghadiahkan Emas paling berprestij buat Negaraku Malaysia.

Siyes rasa sgt bangga dan terharu time nyanyian Lagu Negaraku atas kemenangan semalam. Akhir kata, cplud ulang kembali pantun dkarang oleh Kucing Oren kt pic diatas:

Garuda Mendabik Pinta Dipuja,
Rebah ke Bumi Hilanglah Suara,
Lincah Sang Belang Lincah Sang Waja,
Pulang Membawa Harapan Negara!


Tahniah Malaysia!!!!
Read More

Monday, November 21, 2011

Final BolaSepak Sukan SEA 2011


Salam to all readers,

Jangan lupa saksikan perlawanan Final BolaSepak Sukan SEA 2011 malam ni jam 8.00 mlm di tv3!!! Sama-samalah kita memberi sokongan padu buat pasukan Harimau Muda. Auuuummmmm....................................

Gud Luck Malaysia!!!!
Read More

Jom Pekena Sata Ganu.....


Salam to all readers,

SATA @ SATAR yang terkenal di negeri pantai timur ini merupakan makanan ringan yang begitu popular di kalangan rakyat pantai timur serta pelawat negeri lain. Bak kata en tunang, tak sah kalau datang Ganu ni tak singgah beli sata nih.

Salah satu warung sata terkenal kt Ganu ni adalah Warung Aziz Satar di Cukai, Kemaman. Lokasi bersebelahan stesen bas Kemaman. Actually, tempat ni diperkenalkan oleh en tunang mase die datang Ganu bersama kawan die sebelum nih. See.... Cplud rakyat Ganu pon enggak tau tempat nih.

Warung Aziz Satar

On the way pulang ke Nilai Selasa lepas, kami singgah sini makan sata. Time tu kt Ganu mmg hujan tak berhenti, cume bila dah samai Kemaman ni, hujan dah renyai2. Sata kt cni the best la, kata en tunang cmtu la. Cplud pon rasa nice la. 10 biji tuk RM5 ringgit, so kami order RM10, dapatlah 20 biji. Selain sata, kat cni juga de hidangkan masakan lauk tengahari, otak2 dan juga air kelapa. Rasenya masakan panas pon ada jugak.

En tunang dan sata kegemarannya...

Sata jugak untuk cplud...

So, korang sume kt luar sane, klu nk pekena Sata Ganu ni, silalah datang ke Warung Aziz Satar nih yer. Okey, babai....

Read More

Sunday, November 20, 2011

Sup Daging Korban...

Salam to all readers,

Yuhuuu, cplud kembali lagi dengan resepi2 ringkas. Maklumla, sgt lame tak update masakan. Yerla, cplud bukan teror masak pon, yg simple2 tu boleh la. Sebenarnya bukan cplud tak masak, cumenya sebab malas nak snap pic masakan yg cplud masak. Ade yang snap pulak, dah jadi jeruk je dlm memory card kamera. Ahahahah~

Cakap pasal sup daging ni, tipula ade orang tak reti kan?? Senang sangat, of course sume reti uat. Dalam banyak2 masakan ringkas yg cplud suka masak adalah berbagai jenis sup dan jugak masak sambal. Sangat suka masak ni sbb ringkas dan ditambah bahan2 masak tu mmg dh tersedia kt dapur. Daging masak sup ni makcik cplud yg kasi time beraya Aidiladha kt umah die beberapa minggu lepas. Okey, jomla tgk resepi ringkas cplud nih yer ;)

:: RESEPI SUP DAGING ::

:: Bahan2 ::
1- 3 ulas bawang merah dimayang
2- 2 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3- 1/2 inci halia dihiris memanjang
4- Rempah sekawan (Kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga)
5- Daging dipotong nipis
6- Ubi kentang dipotong dadu
7- Sedikit lada hitam
8- Garam sebagai perasa
9- Air

:: Cara2 ::
1- Tumis bawang putih diikuti bwg merah dan halia. Bile dah agak kekuningan, masukkan rempah sekawan
2- Masukkan air mengikut kuantiti yg diingini
3- Masukkan daging dan ubi kentang
4- Bila dah nak mendidih, masukkan garam dan sedikit lada hitam.
5- Masak sehingga daging empuk dan sedia dihidang bersama nasi panas ;)

Okey semua, bolehla dicuba resepi ringkas cplud nih yer... Sekian, wasalam

Read More

Syukor + Kakwa's Wedding....

Salam berhujung minggu semua,

Today is 20.11.2011~ Soooo nice date.. Mesti ramai yg kawen arini. uhhhu

Lame dah cplud tak update Plud's Corner ni, jenguk tu selalu cume tak sempat nk update. So, kalini cplud nak update tentang wedding my frends, Kakwa dan Syukor. Kenduri pada 12 Nov 2011, Alhamdulillah selamat mereka jadi pasangan suami isteri. Bile pegi kenduri orang ni, rasa cam nk kawen sesangat! Auwww....

Actually, cplud and tunang time tuh on the way nak balik T'ganu tuk uruskan our wedding la. Baru 1st step. Hurrm. InsyaAllah sempat lg tuh. So, dalam perjalanan kami tu, singgah ke kenduri dorang. Both of them kawan kami, suke sgt tgk dorg nek pelamin ;) Tanpa citer panjang, cplud nak share la beberapa pic yg merakamkan momento indah perkahwinan mereka ;)

Pasangan pengantin sedondon merah kalbu... Soooo canteek mereka ;)

Pengantin bersama family belah pempuan...

Baru sampai ke tempat kenduri. Tak sangka warna pakaian kami mengikut tema wedding mereka ;)

Bersama pengantin, sooo sweet kak wa ;)

Pengantin wif frends..

Bakal pengantin. Errrk ;) Cam kekok je cplud duk atas kusi tuh. hehe~

Bersama tunang ku sayang ;)

Okeh, sekian...

Eh, ade lg rupanya.. Last pic by me ;) Ucapan cplud buat kalian ber2, moga bahagia ke akhir hayat dan selamat menjalani hidup berumahtangga ;)
Read More

Saturday, November 5, 2011

Nostalgia Anok Kang...

Salam Aidiladha to all,

Anok kang?? Apekah itu?? Cplud tak tau korang di luar Terengganu namekan ape jenis permainan tu, tp kalau bagi cplud dan sume kengkawan yg seangkatan called that game as Anok Kang. Memang pelik sket bunyi nya kan? View pic di bawah utk korang tau ape yg dimaksudkan cplud...

Actually cplud snap pic ni mase tengok kazen maen. So teruja sebab igtkan permainan ni dah mati ditelan zaman. Dulu mase zaman cplud kanak2 riang, mmg addicted wif this game. Maen sampai lupe nak makan. Dulu kitrg maen mmg siap ngn props sekali ar. Abesla lego adik cplud dijadikan props maen mainan nih. Kih kih kih~ Game ni pon kanak2 pempuan je yg maen.

1 more thing, kalau u all tgk la pakaian patung kertas ni so limited kan? That is why kami dulu lukis sendiri tambahan koleksi baju patung nih. Kitrg lukis dan kalerkan. Siap wat bju kebaya, baju kurung, baju sekolah bagai. Uhuhuhu~ Dah tua2 ni, teringat lak zaman men mende nih. Terngiang2 jeritan mak panggil ajak makan ekoran kelekaan hadap mende ni. Game ni cplud sempat men sampai darjah 3 jer kot. Pastu lupakan je sibuk ngn belajar. Uhuhuhu~

Untuk resource game ni, korang leh klik SINI.

So gegurl out there, korang mesti penah maen kan? Especially yang seangkatan ngn cplud. Harap korang leh kongsikan pengalaman men benda nih dan kalalu boleh cplud nk tau gak pe name mainan ni kt tempat korang okeh ;)
Read More

Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha 1432H...

Salam to all readers,

Sempena Hari Raya Aidiladha Ahad ni InsyaAllah, cplud nak ambil kesempatan nak ucapkan

'Selamat Menyambut Aidiladha
to my family
@ Terengganu
+ my fiancee Kucing Oren & his falimy members
&
Seluruh umat Islam di Seluruh Dunia'


Semoga Aidiladha ini disambut dengan penuh kesederhanaan dan semoga kite menghayati ibadah Qurban Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Semoga dengan adanya ibadah Qurban ni, kite dapat korbankan semua perangai dan tabiat2 kite yg tak baek tuh.

Pesanan cplud pada semua umat Islam yg nak balik kampung beraya ni, hati2 la ye memandu. Ingatla orang yg tersayang tau! Cplud kesedihan tahun ni tak balik beraya bersama keluarga tercinta sebab next week cplud nak balik lagik. Nak save bajet sket. Tapi cplud mmg dah biasa tak balik time raya haji ni. Balik umah sedara je selalunya dan tahun ni pon balik umah makcik kt Melaka. Sambut Aidiladha di Melaka. Awal pagi esok baru cplud & kazen gerak ke Melaka. Nak balik ptg ni, mau jam highway tu kan. Hurrm..

To all my family members, Raya ni jgn lupakan saya tau. Walau di mana sy beraya sekalipon, kalian tetap di hati. Miss u all. Mak mesti masak sedap2 time raya ni. And again saya tak balik berhari raya Aidiladha kt kg ;(

To my fiancee, saya nak mintak maaf banyak2 kalau de buat awak kecik hati or sebagainya. Dan sambut Aidiladha ni jgn lupakan saya tau coz sy tak pernah lupakan awak.

Salam sayang cplud buat anda semua dan Salam Aidiladha 1432 Hijrah....
Read More

Thursday, November 3, 2011

Suka Suki Photoshoot #2

Salam to all,

Suka Suki Photoshoot #2 kembali lagik. Pic ni di'snap' sendiri oleh my dear incik tunang aka Kucing Oren. Edited pon done by him. Dirakamkan momento indah ni kt Putrajaya, tasik near Pullman. Eh eh, tp bukan kt Pullman tau. Taknak citer banyak, layaaaanz...

Jalan2 di kayangan, de Planet kot belakang. huhuhu~

Jenjalan lagik cari port landing. Berbondong2 cplud duk kelek barang. 'Kelek' means bawa okeh. Dialek Ganu...

Eh eh eh.. Men sorok2 pulak die nih. Teringat zaman ticit2 dulu. Owh, miss that moment!!

Ayaaaaark. Tak siyes beb, napekah de nada nak senyum disitu?? Sah2 xboley jadik pelakon nih. kuikuikui~~

Erkkk.. Sakit pinggang pulak...... Tula, anlene tak minum! Ish ish ish~

Sweet cplud pandang incik tunang. Errk, sila jangan muntah yer ;)

Wif payung. Actually time nih baru pas ujan, bawa payung tuk elak basah. Tak sangka jadik props lak ;)

Edited yg comei bangat seyh! Siap de arnab lagi tuh ;) Cute la incik kucing oren ni. ILYSM lar!!

Okey dah. Ni jer pic yg sempat edit. Yang len biarla dalam simpanan jerla yer. Thanx readers for landing ur eyes here. I'm really appreciate it ;)

Mood: Ade lagi ke sesi photoshoot #3 and above??? hurrm, eden pon xtau la. Sibuk nak uruskan wedding pulak pasnih. Chayoooook2!!
Read More

Terima Kasih Ibu.....

Dedicated to: Puan Asmah

Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.


Ibarat cahaya lilin yang terang,
Bagaikan bulan dan bintang menerangi malam yang indah,
Kau selalu memberi ketengangan dalam diriku,
Marah engkau membuatkan aku sedar akan salah silapku,
Agar aku tidak ulangi buat kedua kalinya.


Di rumah kau memasak, membasuh, mengemas juga mencantikkan suasana,
Terima kasih ibu aku ucapkan,
Lalai dan lupaku kau selalu ingatkan,
Umpama guru mencurahkan ilmunya yang sentiasa mekar di hati ini,
Nasihatmu akan ku abadikan tak akan kulupa.


Berwawasan semangat yang kugambarkan dalam dirimu,
Membuatkan aku bangga miliki ibu sepertimu,
Bekerja dan mengajar anak bangsa didikanmu juga kau berikan padaku,
Aku bersyukur miliki ibu sepertimu,
Mengajar erti dewasa manusia dalam segala kekurangan.


Tidak mampu kubalas jasamu ibu,
Hanya Allah yang mampu membalas keringatmu masa lalu, kini dan akan datang,
Kusimpulkan kata buatmu ibu "Aku sayang ibu",
"Terima Kasih Ibu".


Harapan diriku ingin gembirakan dirimu,
Berjaya dalam apa yang kumahukan dengan doa tulus darimu,

Ibu, kaulah jantung hatiku,
Merasa dunia milik Tuhan ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
Kau ingatkan, ingatkan dan teruskan ingatkan,


Jasamu ibu akan kusemat dalam lubuk hatiku yang dalam,
Agar aku menjadi insan yang tabah sepertimu,
"Terima Kasih Ibu."


Article from iluvIslam.com


Mood: Sangat rindu kt mak saya dan tak sabar nak balik kampung a week after Aidiladha. Semoga ibuku dan ayahku sentiasa dirahmati olehNYA. amiin

Read More

Tuesday, November 1, 2011

Weekend @ Ayer Keroh

Salam to all readers,

Weekend lepas adalah minggu berjalan2. kuikuikui~ Bukan berjalan2 sgt sebenornye, kitrg pegi Bengkel atas urusan kojer. Dibuat Bengkel tu kt Ayer Keroh Country Resort, Melaka. Nak citernye, malam tu kan bola Final Piala Malaysia. Sangat tak sabar nak tengok perlawanan tuh.

Actually Bengkel tu pon 1 day ajer, tapi sebabkan urusetia sediakan penginapan tuk kitrg, so kami terpakse menginap la sane. Ikutkan hati nak trus bermalam kt umah makcik jer kt Bukit Katil tuh. Becoz mlm tu nengok bola kt umah die. Siap tnya nak makan pape tak wat kudap time tgk bola. Mmg seronok tgk bola sane, ngn anak2 die pon eksaited. uhhu...

Kitrg sampai je Melaka, trus pegi bekfast dan bersiap tuk bagi taklimat kt urusetia sane. Mmg penat. Sesi taklimat sampailah ke petang. Sempat snap pic pon ngn muke penat time balik ke bilik resort.

Bergambo di depan loby resort..

This is my opismate, Kak ina. Kami ber2 la yg kene bg taklimat time tuh.

Muka kepenatan kak ina ;)

Cplud pon muke penat jugak. ehehe

Aish.. Nampak sgt penatnye. Tapi tak sabar nak nonton bola mlm tuh!

Bergambo kt bilik sket. uhhu...

Bilik nice la, bersih jer. Cume slack kt tv, asyik no signal jer. Nasib bek dpt tgk bola umah makcik ;)

Sebelom pulang keesokan harinya, kami bergambar bersama sume yg terlibat pada bengkel tersebut ;) Weekend yg best lar. Cume penat sket jer. hehe~

Mood: Next week ke Melaka lagik, sambut Aidiladha kt sane ;)

Read More

Ber'Deepavali' @ PD

Salam & morning to all,

Today is 01.11.11.. Sgt cntek no itewww. uhhu...

Holla.. Tajuk bukan men yer. hahah! Bukanlah bermaksud kami sambut Deepavali tau, no no no!! Kami juz menghabiskan masa sambil me'release tension' pada cuti am tuh. Rakyat jelata ramai bebenor kt PD tu time tuh. Yerla, cuti kan.

Actually cplud tak plan pn nk ikut dorang, even dari last weekend lg dorg dah ajk. uhhu. Tapi bile memikirkan nk lepaskan tension akibat pikirkan koje, baek cplud ikut dorg. Walaupon natijahnya kt muka ni makin gelap. Kulit burn time pi Tanjung Piai pon tak ilang lagik. huahuahua~ Yerla, panas terik kot. Perancangan dorg ni nk gerak dalam kul7 pagi, tapi besela kan, kite juz merancang Allah yg menentukan.

We alls at PD. Ni sume ex unimate cplud + de member kawan yg join same. Soo happening okeh...

Owh, bam bam nya sayeeee...

Juadah kami. Macam2 ado! Hahahah.. Masakan ni sume dimasak oleh kawanku yg rajin, Yani + Fatin...

Yani di samping makanan. uhhuu. Time ni others gi jenjalan n ade yg dh turun pantai. uhhu. Tinggal cplud dan yani jew

Budak bam bam lagik...

Miss Yuyu + Kakni... Bergaya dengan topi baru. ;)

Cplud bersama tukang masak, cik fatin cun kite...

Cik Kema dan Puan Sol. Syok tgk dorang bermandi manda ;)

Ni pulak turn dorang turun pantai.... Air sgt tenang okeh ;)

The last pic.. It's me wif yani n cik as. uhhuhu... Sy tak mandi, juz basahkan kaki cmtu jer. Cuaca panas terik kot.. Okeh, sehingga di sini jer mampu dicoretkan. Babai ;)

P/s: Nnt nak gi memane, try ajk cplud lagi tau! ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena