Friday, March 30, 2012

Nasi Ayam Goreng

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,


Nasi ayam goreng.. Menu repeat banyak kali dah. Belajar dari kenalan blogger. Dari dapur Makcik Manggis. Alhamdulillah first time masak tuk suami. Before this pon masak tuk member dan perut sendiri jer. hehe~

~Nasi Ayam Goreng enak dihidang bersama fresh salad dan sambal kosong.. Ayamnya malu2 kucing jer. Time ni lapar sgt, men ambik je ayam kecik ni. Padahal leh letak ayam besor sket. eheheh~

Sesape nak resepi ni, klik SINI or klik kt link Makcik Manggis kt atas..

Pencuci mulut.. Apam dot dot. Dapat dari kenduri sedara. ehehe. Bile ntah nak buat sendirik ;)

Okey readers, enjoy landing here okeh :) Wasalam
Read More

Tuesday, March 27, 2012

Strawberry Milkshake

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,

~Strawberry Milkshake~

Dipersembahkan delicious Strawberry Milkshake fresh from Strawberry Farm, Cameron. Penyediaan yang mudah, just blend strawberry with fresh milk. Kuantiti strawberry terpulang pada individu. Rasanya lemak manis. Sedap. Bagi yang kurang gemar minum susu macam cplud, strawberry milkshake ni sesuai untuk menggantikan susu segar tuh.

Yummy yummy... Strawberry Milkshake yummy air tangan incik suami terchenta :) Hiasan strawberry bentuk bunga tu pon incik suami jugak yg bikin. Awesome :)

To all readers, selamat mencuba! :)
Read More

Bubur Rempah Kaseh

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,

~Bubur Rempah Kaseh~

Menu kali ni adalah bubur berempah hasil air tangan incik suami. Den tak tau pulak yg incik suami ni pandai masak. Cplud juz mintak tolong wat bubur kosong jer sebab pening sangat time tu. Sekali tengok bubur berempah siap de sayur dan ayam bagai. Sangat sedap!

Dinamakan Bubur Rempah Kaseh sebab sangat sedap. Disediakan dengan penuh keihklasan dan kasih sayang. Cewaah. Tapi sayang tak dapat nak share resepi ni. Nanti cplud mintak resepi dan share kt sini buat tatapan readers sekalian. Okeylah, sampai sini jerla. Wasalam
Read More

Monday, March 26, 2012

Bihun Singapore

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,


Bihun singapore.. Adakah bihun ni asal dari Singapore?? Ntahla cplud pon tak tau nape name die camtuh. hehe~

Hidangan ni untuk breakfast beberapa hari yang lalu. Dihidangkan bersama teh hijau air tangan incik suami yang baik hati :)

~Hidangan breakfast~

Untuk resepi bihun ni, korang boleh klik SINI. Sebelum ni dah banyak kali masak menu ni. So, bagi sesape nak mencuba, sangat2 dialukan. Entry ni pendek jer, biarkan pic makanan ni je yang menggendangi perut anda. hehe
Read More

Bubur Jagung

Bismillahirahmanirahim...

Salam dear readers & followers,

Jagung... Oh sukanya. Jagung ni memang my favourite. Sangat suka makan jagung, tak kisahlah rebus ke, bakar ke, kukus ke.. Sume cplud bedal.

Actually jagung ni beli kt Cameroon, memang terbukti segar dengan isi yang lembut jer. Bubur jagung ni sume orang tau buat kot. Cplud call mak tanya resepi sebab sebelum ni memang tak pernah masak bubur jagung.

Bahan2 nya pulak simple jer...
1- Jagung yang telah diambil bahagian isi sahaja
2- Santan
3- Gula melaka potong kiub (seketul jer)
4- Garam
5- Gula
6- Daun pandan disimpul

Cara2 nya pon mudah ajer. Cuma kalau nak jagung tu lembut, kene rebus kasi lama sket.
1- Rebus isi jagung. Air tu biar sampai tenggelam isi jagung tu sume.
2- Dah agak2 jagung tu masak dan lembut, baru masukkan santan dan daun pandan yang telah disimpul rapi.
3- Masukkan 1 kiub gula melaka. Ni resepi mak nak bagi bubur ni nampak perang sket.
4- Kacau sampai sebati ngn santan dan perasakan dengan garam dan gula.

Okey, agak2 dah masak tu, boleh tutup api dan hidangkan. Boleh dijadikan hidangan hujung minggu dan jugak minum petang :)

Bubur jagung enak kegemaranku.. Yummy yummy...

Read More

Cameron With ♥

Bismillahirahmanirahim...

Salam to all readers & followers,

Rasanya masih belom terlambat kot nak upload pasal 'Madu Bulan' ni kan? hehe. Baru berkesempatan nk citer. Mood blogging pon dh agak kurang kebelakangan nih. Hurrrm. Tapi sy akan cuba update mane yg termampu.

Okeyla, nk citernya cplud ni baru first time ke Cameron nih. Cian kan? hehe. Orang laen dah banyak kali kot ke cini. Teruja jugakla. Kitorang tak merancang dari awal pon nak ke sini. Kebetulan cuti kawen aritu ade balance jugak sebelum balik ke Kedah (umah husband). So kitorang ngan bag yg masih baju dalam beg baru pulang dari Teganu, terus ke Cameroon tuh. Tapi sayangnya cuaca tak berapa elok. Ujan je memanjang sepanjang perjalanan.

So hari pertama tuh kitorang tak sempat la bergambor pon, sampai pon dah kul4 petang. Esoknya dah nak balik Nilai. Memang kejap jerla trip ni. Berharap mungkin ade honeymoon ke2, hehe..

Okey, sampai jer sane kitorang check in kt Hotel Casa Dela Rosa..

Ni la penginapan kami. Banyak syok wooo kt sini. heheh

Disebabkan ujan je sepanjang hari kami sampai tu, so kami rehat jela kt bilik. Malam tu je after dinner kami jenjalan makan angin kt pekan Cameron nih. Pic pon tak snap. heheh.

Aktiviti pertama keesokan harinya adalah melawat Ladang Teh. Bersemangat bangun awal pagi nak gi tengok ladang teh nih. Cuaca pagi tu agak berkabus even dah pukul9 pagi. Tak ramai sangat orang time ni. Maklumlah, belom cuti sekolah lagi.

Hijaunya... Segar mata memandang...

Di tengah2 lautan teh menghijau...

Disebabkan tak ramai orang time ni, kami sempatlah berlakon sebagai pengutip daun teh :)

Ouccch.. Bam bamnya cplud...

Model sambilan daun teh.. Oppps

Okeh, jom rasa daun nih.. Nyum2

Sesi mendaki nak nek atas pulak. Jadi macam ni sebab tersilap pilih laluan nak naek atas. heheh

Cameron Bharat Teh. Maka aktiviti memborong teh pon bermula...

Abes je aktiviti lawatan ladang teh, kami pulang ke hotel tuk check out dan teruskan pengembaraan ke ladang strawbery pulak.. Yummy yummy... Kami ke ladang strawberry yang tiada caj pembayaran. Ni pon sebab tanya orang kt pekan. Rasenya tempat laen ade kene bayar.

Sebelom jumpe ladang strawbery tu, kitorang merentasi Cactus valley. Tapi tak singgah pon.

Yeaay. Dah sampai ;)

Cuci mata dengan sayuran segar kehijauan. Rase cm nak borong je sume. Uwaaaa.. Best :)

Tanpa buang mase sebab teruja sgt, cplud & husband masuk ke strawbery farm ni nk kutip strawberry. 100gram ni RM5 tau. Masuk tak perlu bayar, tapi dorang akan cas ikut berapa banyak strawberry yg berjaya dikutip.

Woo banyaknya...

Baru sket dah berposing..

Ni bunga pokok strawberry...

Syedaaapnyeeeer

Yess, banyak jugak yg berjaya kutip..

Ni dia hasil kutipan kami. hehe

Tak banyak pic husband kt cameron ni sebab die dah jadi my photog. Tengokla kamera die penuh my pics jer. heheh. tq hubby :)

Lastly, ade gk pic berdua walaupon tak banyak ;) Percutian singkat yg sgt best. Thanx hubby for everything ;) Okeylah, moga coretan ringkas ni mampu menjadi moment yg sgt bermakna dan indah buat kami. Amin
Read More

Wednesday, March 21, 2012

Ayam Serai & Bok Choy Celur

Bismillahirahmanirahim & Salam to all readers and followers,

Bulan ni jarang je update blog. hurrm. Perubahan status diri tambahan pula baru nak menyesuaikan diri hidup ber2 bersama suami tersyg. Kalau sebelum ni bujang, pikir tuk diri sendiri jer. Tapi sekarang, tanggungjawab makin bertambah. Alhamdulillah kehidupan makin tenang dan teratur disamping yg tersyg.

Menu kali ni adalah ayam serai dan bok choy celur. Ni air tangan sulung seorang isteri buat suami tercinta. Husband cplud suka lauk berasaskan masak merah. Sebelum ni, waktu kapel & tunang, cplud selalu je masak lauk masak merah untuk picnic bersama. Tapi kali ni saje nk cuba ayam serai pulak. Tengok resepi kt majalah RASA keluaran karangkraf. So, balik keje terus je mintak husband belikan serai dan daun limau purut. Sampai umah trus masak.

~Menu Ayam Serai~ hidangan 2 orang makan

Bahan2:
1- 3 ulas bawang merah* (blender)
2- 2 ulas bwh putih* (blender)
3- Cili giling
4- Gula melaka potong kiub
5- Asam jawa
6- Serai diketuk
7- Daun limau purut
8- Ayam dipotong ikut citarasa
9- Garam
10- Sos tiram
11- Tomato dipotong wedges

Cara2:
1- Tumis bahan yg telah diblender sehingga naek bau.
2- Masukkan cili giling dan 1 ketul gula melaka yg telah dipotong kiub.
3- Biarkan sehingga pecah minyak, kemudian masukkan air jawa yg telah dibancuh.
4- Masukkan serai dan daun limau purut.
5- Bila dah agak kering masukkan sedikit air dan garam.
6- Masukkan ayam dan kacau rata. Masak sehingga ayam betul2 masak.
7- Setelah hidangan hampir masak, masukkan tomato. Boleh segera dihidangkan ;)

~Ayam Serai~

Actually berdebar gak tunggu reaksi husband. Alhamdulillah die ckp sedap, siap bertambah nasi. hehe. Misi berjaya!

~Tambahan Menu: Bok Choy Celur~

Menu tambahan adalah Bok Choy Celur. hehe. Simple jer. Tapi terlebih masak sudah bok choy ni. Aduyaai :( Cara masak ni makcik cplud kt Melaka yg ajor. TQ MokTinie for the recipe :) Cara yg ringkas, celur bok choy, then letak sos tiram dan taburkan bawang putih yg digoreng. Siap!

Hurrm, yummy2.. Sesape yg berminat menu ni, bolehlah mencuba yer :) Moga setiap hidangan yg dihasilkan menambahkan kenikmatan dan barakah dalam kehidupan kite seharian. Amin
Read More

Friday, March 16, 2012

♥ Buddies Wedding.. Barakallahulakum ♥

Salam to all readers,


Alhamdulillah... Feb & Mac menyaksikan penyatuan 2 jiwa ramai kawan cplud. Cplud doakan moga kalian dirahmati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kehidupan yg sempurna & bahagia hingga ke syurga. Amin

Bermula 25 Feb 2012...
Nurul Isma ♥ Fakrul
Congratz to both of u! Both of them are my opismate.. Happy to see them :)
Pic snap from fb Amsi Isma.. Hehe

Same date of 25 Feb 2012...
Dayah Jawawi ♥ Junid
Congratz Dayah & Junid. Dayah ni exclassmate kt usim.. Her husband lak senior kami kt usim :) Cun korang ber2. Tumpang hepy tengok korg :)
Pic snap kt fb Dayah ;)

3 March 2012... My Wedding :)
Amirah (cplud) ♥ Azuan (kucingoren)
Barakallahulana :)

A week after majlis kami, turn my exclassmate at usim, Dayah Ahmad on 10.3.2012...
Dayah Ahmad ♥ Anuar
Tahniah Dayah & suami.. Moga bahagia hingga ke syurga.. Dayah sgt cun ngn busana pengantin nan indah :)
Pic snap dari fb Dayah Ahmad ;)

Berkongsi tarikh yg sama, my exclassmate time sekolah rendah, Ros Emellia Rosli...10 March 2012...
Ros ♥ Helmi
Tahniah korang ber2.. Sama cantek sama padan, bagai pinang dibelah 2..
Pic snap dari fb Ros ;)

And the last one is my exclassmate at usim, Dieyana.. 14 Mac 2012...
Dieyana ♥ Faris
Sungguh cantek pasangan ini. Percintaan agak lame jugak. Moga bahagia hingga ke syurga. Amin
Pic snap from fb Dieyana ;)

Rase takde yg tertinggal dah ni... Tahniah korang semua, Barakallahulakum. Moga bahagia hingga ke syurga. A real life juz begin. Moga kehidupan lebih bermakna dan bahagia hingga ke syurga firdausi. Amin

Read More

Tuesday, March 13, 2012

♥ Our Sweet Momento of 3.3.12 ♥

Assalamualaikum to all readers out there,

Alhamdulillah... Majlis walimah kami berjalan dengan lancar walaupon cuaca kurang elok dengan hujan yg agak lebat sejak 3 hari sebelum majlis kami. Sebelum tu, cuaca agak panas sehinggalah menjelang majlis walimah kami, hujan turun agak lebat.

Tapi kami percaya, hujan yg Allah turunkan adalah rahmat penubuhan sebuah lagi masjid di sisiNya. Alhamdulillah...

Buat tatapan kengkawan, readers dan sume yg megenali, cplud uploadkan beberapa keping gambar kahwin Cplud Miera ♥ Kucing Oren pada 3.3.12 yg lepas... TQ to my photog, Zahir Turion atas pic yg cun tersebut.. Can't wait to see album kawen kami.

P/s: To my photog, cplud de edit sket pic tersebut ngn tambahkan sedikit watermark kt pic kawen kami... TQ

Jom layan beberapa momento indah kami di bawah........................... ♥

Sebelum di 'akad' kan......

Masing2 menahan debaran dan getaran utk disatukan...

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, cplud miera become a wifey to my dear kucing oren...

Cplud ditemani husband & my parents in law... Alhamdulillah..

Di hadapan pelamin nan indah...

Sedikit kenangan our wedding outdoor photoshoot yg dirakamkan sekitar Muzium Terengganu sesuai ngn tema kami, Traditional Wedding ♥

Lamaran oleh sang raja...

Lamaran diterima oleh sang puteri dengan malu2 kucing...

Alhamdulillah.. Diharap kengkawan sume dapatla menatap secebis foto kami sempena Majlis Walimah kami yg lepas. Terima kasih di atas doa yg dipanjatkan oleh kalian sume. Moga cabaran kehidupan akan datang akan sama kami pikul dengan penuh tanggungjwb dan penuh kesyukuran. Amin

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena