Thursday, April 19, 2012

Marble Cheesecake

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,

Alhamdulillah... Percubaan pertama masak kek menjadi. uhuhu :) Sebelum kawen memang ler ade masak tapi time raya jer. Cplud ni memang tak reti buat kek dan biskut bagai nih.

Digestive biscuit ni hancur sket. uhhuhuhu

So, percubaan pertama cplud adalah Marble Cheesecake. Actually lame dah buat, tp cam bese la sekarang baru nak upload. huhu. Resepi ni dapat dari MyResepi.com. Banyak sangat resepi best untuk dicuba kt sini. Just search menu kt google dan list resepi berduyun-duyun appear dari muResepi nih. haha. Untuk resepi marble cheesecake ni, cplud dapat dari SINI. Thank you joayee sebab kongsi resepi best nih :)

Okey, bagi sesape nak resepi ni, cplud kongsikan resepi ni kt sini ya!

:: RESEPI MARBLE CHEESECAKE ::

:: Bahan2 ::
  • 225 g or 8 oz phil soft cheese
  • 3.5 oz susu pekat manis-atau ikut kemanisan tersendiri
  • 10 g tepung gandum
  • 26 g choc masakan-cairkan
  • 1 telur
  • 1 tsp vanilla essence
  • Base:
  • 220 g biskut digestive-kisar halus
  • 3 sudubesar margerin

:: Cara2 ::

  1. Base:- cairkan margerin dgn api sederhana, masukkan digestive kisar, kacau serata.
  2. griskan bekas 8". tekan campuran biskut & margerin hingga padat. sejukkan sekejap.
  3. filling:- pukul cheese sampai lembut. masukkan susu pekat, pukul lagi. masukkan telur, pukul, masukkan tepung & vanilla.kacau hingga sebati. asingkan 1/3 cwn
  4. cairkan choc, kacau dengan 1/3 cawan adunan hingga rata.
  5. ratakan adunan putih. akhir sekali, sudukan adunan choc diatas. marbled- used chopstick
  6. bakar 160degC hingga set. Hati2, jgn sampai perang, nanti tak cantik pula. yg ni nipis jadi 20 min dah masak. Sejukkan selama 4 jam
  7. note: kek akan merekah kalau over terlampau panas atau kek terlebih masak. jadi sentiasa intai2 kek tu :)
Read More

Tuesday, April 10, 2012

Paprik Ayam

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,

~Paprik Ayam Meriah~

Kali ni cplud nak citer tentang menu Paprik Ayam. Actually masak ni dah lame, tapi biasalah, duk peram je pic ni dalam notebook. Cplud dapat resepi ni dari site MyResepi.com. Tengok komen kt situ sume cakap best bila cuba resepi ni. So, cplud taknak lepaskan peluang mencuba juga. Thank you so much pada Makyong yang sudi berkongsi resepi sedap nih. Tapi paprik makyong agak pekat. Cplud punyer takderlah pekat sangat :)

Kebetulan sayur mayur kat fridge tu agak meriah, so cplud guna sume jenis sayur tuh. Lega tengok hasil paprik yang sangat meriah. huhu~

Cplud copy paste resepi paprik syedap ni kt sini...

Bahan2 ( 4 orang makan)

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa

Cara2:

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Okey, selamat mencuba :) Wasalam...
Read More

Sunday, April 8, 2012

Fettuccine Meat Sausage

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,

~Fettuccine Meat Sausage~

Menu breakfast yg agak sempoi. Sedap tapi tak ley makan banyak2, nnt muak pulak. hehe~ Penyediaan yg sangat mudah.

Rebus fettuccine dan toskan. Mase rebus tu masukkan sedikit planta or marjerin, untuk elak fettuccine melekat antara 1 sama laen.

Okeh untuk sos, tumis bawang besar yang dicincang, kemudian masukkan pes tomato or tomato puri. Then masukkan sos prego or kimball. Cplud guna kimball cendawan. Masukkan sedikit air. Taburkan oregano dan tambahkan sedikit garam sebagai perasa.

Untuk meat sausage tu, cplud hiris nipis2 kemudian goreng. Untuk hidangan, tuangkan sos di atas fettuccine dan letakkan meat sausage. Taburkan sedikit oregano. Okai sedia dihidangkan. :)
Read More

Thursday, April 5, 2012

Nasi Lemak Ikan Tongkol

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,

~Nasi Lemak Ikan Tongkol~ Timun takder, so cplud gantikan dengan tomato. hehe

Menu breakfast weekend lepas. Nasi lemak ikan tongkol, salah satu makanan favourite masakan bonda terchenta. Kalau tempat laen cplud tak pasti ade ke tak nasi lemak berlaukkan sambal ikan tongkol. Kalau kat Terengganu, boleh pilih samada nak sambal bilis, ikan tongkol or macam2 lagi la. Tapi kalau beli yang bungkus, pilihan hanya ikan tongkol or bilis.

One more thing, kalau kat T'ganu, takde la sangat kacang goreng or bilis goreng, kami makan nasi, telur, sambal ikan tongkol or bilis dan timun. Kalau area Pantai Barat or mane2 tempat selain T'ganu, memang meriah la lauk2 die kan. uhuhhu~ Siap ada yg ayam berempah bagai. The variety of Nasi Lemak :)

~Nasi Lemak~

:: Resepi Nasi Lemak ::

Bahan2:
1- Beras (ikut sukatan masing2 ler)
2- Santan 1 mangkuk, cplud guna 1 kotak santan KARA
3- Halia
4- Daun pandan disimpul rapi
5- Secubit garam dan gula sebagai perasa

Cara2:
1- Basuh beras, dan toskan.
2- Masukkan santan, halia dan daun pandan.
3- Masukkan perasa. Masak nasi seperti biasa :)

~Sambal Ikan Tongkol~

:: Resepi Sambal Ikan Tongkol ::

Bahan2:
1- 2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih *blender
2- Cili giling or cili boh
3- Asam jawa
4- 1 kiub gula melaka *cplud potong kiub siap2 gula melaka tu sebab senang nak masak
5- Ikan tongkol diperap kunyit
6- Sedikit air
7- Garam
8- Bawang besar dipotong bulat

Cara2:
1- Goreng ikan sederhana masak, tos dan ketepikan.
2- Tumis bahan blender hingga naek bau.
3- Masukkan cili giling, kacau rata.
4- Masukkan gula melaka. Untuk pengetahuan semua, gula melaka ni adalah untuk pekatkan santan dan cukupkan rasa sambal. Biarkan dan kacau rata.
5- Bila dah naek minyak, masukkan perahan asam jawa. Masukkan sedikit air.
6- Perasakan dengan garam.
7- Masukkan ikan yg telah siap digoreng dan taburkan bawang yg telah dipotong bulat.

Siap! Zassssss.. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi lemak dan bahan2 lain dirasakan sesuai :) Selamat mencuba... Wasalam



Read More

Tuesday, April 3, 2012

A month ♥♥♥

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,

Alhamdulillah...
Sedar tak sedar, kami dah menjalani kehidupan suami isteri genap sebulan hari ni. Rasa cam cepat jer masa berlalu. Rasa cam semalam baru di'akad' kan. Wordless........

A month...

Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran ku panjatkan pada Yang Maha Esa diatas segala nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga. Banyak sangat 'kejutan' lately. Alhamdulillah. Moga kami dikurniakan rahmat dan inayah dariNya dalam mengharungi ranjau kehidupan penuh cabaran ini. ♥
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena