Monday, July 30, 2012

Supplements...

Bismillahirahmanirahim,
As salam dear readers & followers,
 
Alhamdulillah dah 10 hari berada di bulan Ramadhan kareem ni. Puasa pon penuh lagi, insyaAllah akan dipenuhkan sebulan. Tinggal lagi 20 hari je untuk menyambut Hari Raya. 
 
Supplement?? Actually, cplud nak share sket tentang supplement yang cplud makan sepanjang pregnancy ni. Untuk perkongsian bg bakal2 ibu kt luar sana.  Once tau yang cplud hamil, incik suami dah survey supplement yang sesuai, so kitrg tanya farmacy dan buat research jugak. Then, jumpe 1 supplement ni. Iberet Folic. Iberet ni bagus untuk tambahan darah dan mengandungi:

Fe sulfate controlled release 525 mg, 
vit B1 6 mg, 
vit B2 6 mg, 
vit B6 5 mg, 
vit B12 25 mcg, 
vit C 500 mg, 
cobalamin 25 mcg, 
niacinamide 30 mg, 
Ca pantothenate 10 mg, 
folic acid 800 mcg
 
Iberet folic ni jugak di'suggest'kan oleh klinik kesihatan jugak terutama bagi para ibu yang kekurangan darah semasa mengandung. Alhamdulillah darah cplud setakat ni ok. Nurse pon suggest continue je iberet ni. So, ubat klinik cplud tak perlu ambik dah. Amalkan 1 tablet sehari.

Okeh, ni iberet folic yang cplud gtau tuh. I kotak mengandungi 30tablet dan harga RM30 depends on farmacy la. Ada jugak cplud beli RM26 jer. 

Selain iberet folic, cplud de ambik tambahan Neurogain khusus untuk perkembangan minda bayi dalam kandungan. Cplud start makan ni mase kandungan berumur 3 bulan, tapi tu pon de skip2 jugakla. hehe~ Alhamdulillah sepanjang Ramadhan ni, tak pernah skip lg neurogain ni. Dan akan diteruskan hingga ke peringkat akhir kehamilan, insyaAllah. 

Harga: RM58 untuk 30biji tablet. 

1 kelemahan cplud, susah sangat nak telan ubat. So, untuk atasi masalah tu, cplud telan ke2 2 ubat ni dengan minuman Yogurt Bliss. hehe~ Especially iberet ni, baunya agak kuat, awal2 dulu mmg selalu gak muntah telan ubat ni. Alhamdulillah now dah ok dengan minuman yogurt bliss nih. hehee~

 Minuman Yogurt Bliss yang sangat membantu.. :)

Okey, setakat ni yang dapat cplud kongsikan. Harap2 dapat membantu bakal2 ibu diluar sana. Ameen. As salam :)
Read More

Thursday, July 26, 2012

Ayam Goreng Bercili

Bismillahirahmanirahim,

As salam dear readers & followers,

Resepi yang akan cplud kongsikan ni adalah menu mase 4hb Ramdhan yang lepas. Almaklumlah, rajin sket menghapdet time pose2 ni. Waktu rehat tak tau nak uat ape. huhu~ Actually, timbul ilham nak masak Ayam Goreng Bercili ni setelah blogwalking cari resepi juadah untuk berbuka. Alhamdulillah, jumpe la resepi ni kt blog Cida de' Nuanza. Klik SINI untuk lihat sis cida ni masak. TQ sis atas perkongsian resepi ni. Syukur, incik suami suka je menu ni, cumenya agak pedas. heheh~ Izinkan cplud share resepi ni kt sini yer sis. Untuk rujukan akan datang :)

~Ayam Goreng Bercili~ 

:: RESEPI AYAM GORENG BERCILI ::

Bahan2:

1- Ayam dipotong mengikut citarasa
2- 3 biji cili merah *
3- 2 biji cili hijau *
4- 10 biji cili padi *
5- 1 biji bawang besar *
6- 2 ulas bawang putih *
7- Sedikit belacan *
8- Garam
9- Air asam jawa

Note: Bahan2 yg bertanda * hendaklah di'blend' or dikisar

 Cara2:

1- Ayam digaul dengan garam dan digoreng sehingga masak. Ketepikan.
2- Tumis  bahan tumbuk sampai garing.
3- Dah agak garing, masukkan air asam jawa dan garam. Kacau sebati.
4- Bila agak kering, masukkan ayam dan kacau sebati. 

Angkat dan hidangkan panas2 untuk juadah berbuka. Selamat mencuba. As salam...
Read More

Wednesday, July 25, 2012

Sayur Bayam Masak Air

Bismillahirahmanirahim,

As salam dear readers & followers,

Actually, resepi Sayur Bayam Masak Air ni hasil cuba2 cplud jer. Alhamdulillah menjadi dan sedap jugakla. Yang penting, incik suami suka. Simple je caranya dan bahannya. Boleh guna bayam merah jugak kalau tiada bayam hijau. Both pon sedap :) Bagi bakal2 ibu yang kurang darah, boleh cuba masak resepi ni. Bayam yang telah dimasak juga merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat hamil kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan. Jom lihat resepi :)

~Sayur Bayam Masak Air~ 

:: RESEPI SAYUR BAYAM MASAK AIR :: 

Bahan2:

1- Bayam dipotong dan diasingkan batang dan daun bayam
2- 2 biji bawang merah dimayang
3- 1 ulas bawang putih diketuk
4- 1/4 kiub pati ikan bilis
5- Serbuk lada putih
6- 2 cawan air
 7- Garam sebagai perasa

Cara2:

1- Tumis bawang putih ketuk bersama bawang merah.
2- Setelah bawang masak, masukkan air, pati ikan bilis dan jugak garam.
3- Bila mendidih, masukkan batang bayam yang telah dipotong dan diasingkan dari daun.
4- Kemudian baru masukkan daun bayam.
5- Sedikit serbuk lada putih sebagai perasa tambahan.

Okey siap hidangan. Selamat mencuba :)
As salam...
Read More

Onde-onde @ Buah Melaka

Bismillahirahmanirahim,
 
As salam dear readers & followers,
 
Semalam cplud masak kuih Onde-onde ni atau dikenali dengan kuih Buah Melaka. Actually, terpikir nak buat kuih ni lepas tengok kt blog Kak Asmara, klik SINI untuk lihat resepi dari Kak As. Ramadhan tahun lepas cplud pernah buat tapi kurang menjadi, tapi Alhamdulillah ikut resepi mudah Kak As ni mmg menjadi la. Thanx Kak As sebab kongsi resepi mudah ni. :) Cuma cplud malas nak gentel banyak2 jadinya cplud buat bulat besau sket. Cukuplah untuk kami berdua dan bagi kt jiran sket. 
 
 
~Kuih Onde-onde @ Buah Melaka~
 
:: RESEPI ONDE-ONDE@BUAH MELAKA ::

Bahan2:
 
 1- 2 cawan tepung pulut
2- 1 cawan air
3- Gula melaka dipotong cube kecik2
4- Pewarna hijau
5- Kelapa parut yang digaul garam

Cara2:

1- Bancuh air bersama pewarna hijau.
2- Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut dan uli sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan.
3- Bentukkan bulat2 kecik, tekan dan masukkan gula melaka kt dalam dan teruskan gentel balik jadikan bentuk bulat.
4- Didihkan air, masukkan buah melaka dan tunggu sehingga timbul.
5- Angkat dan golekkan atas kelapa parut.
 
Sekian perkongsian resepi, boleh la mencuba untuk menu tambahan iftar pada bulan mulia ni. As salam...

Read More

Menu Berbuka 4hb Ramadhan 1433 Hijrah

Bismillahirahmanirahim,

As salam to dear readers & followers,

4hb Ramadhan melabuhkan tirai, kini tiba 5hb Ramadhan. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Alhamdulillah terawih masih dilakukan walaupon di rumah berimamkan incik suami. 

Semalam cplud masak 3 menu, tu pon suami tambah lagi kuih yang dibeli di gerai bazar. Memang puas berbuka dengan menu masakan sendiri, Alhamdulillah. Keberkatan air tangan sendiri la katakan. hehe~

~Inilah juadah ringkas kami. Makan berdua, ok la kan..~

Jom cplud zoom in sket antara menu yang dimasak petang semalam. Alhamdulillah sahur pon dengan menu semalam jugak :)

~Ayam Goreng Bercili yang memang berasap. huhu~

~Sayur Bayam Masak Air~

  
~Buah Melaka @ Onde-onde~

Untuk resepi, nanti cplud update pada entry yang lain. Ini jer yang sempat pagi nih. hehe~ As salam...
Read More

Tuesday, July 24, 2012

BabyCenter

Bismillahirahmanirahim,

As salam to dear readers & followers,

Alhamdulillah arini dah masuk 4hb Ramadhan 1433 Hijrah. Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan sepanjang menjalani ibadah di bulan mulia ni. Kali ni cplud ingin berkongsi dengan bakal2 ibu especially yang 1st time bakal bergelar ibu macam cplud. Perkongsian yg cplud maksudkan adalah website BabyCenter.

 Korang boleh klik je image ni, cplud dah link kan ke website tersebut.

Actually banyak sangat info yang boleh diperolehi tentang pergerakan dan perjalanan sepanjang 9 bulan 10 hari ini. Special thanx to my bos sebab kongsikan website yg penuh berguna ni. 

Untuk 1st time user, korang boleh sign up dan login cam biasa. Untuk pemantauan kandungan dan mengetahui perkmbangan bayi setiap minggu, cplud sarankan agar anda masuk ke website ini. Di samping itu, terdapat jugak video berbentuk 3D tentang perkembangan dari minggu ke minggu sehinggalah kepada kelahiran dan penjagaan bayi. Bagi cplud, ianya sangat membantu. Bagi sesiapa yg ade smartphone, boleh install application ni kt phone dah setiap masa anda boleh mengetahui perkembangan bayi anda secara maya.

 Ni contoh untuk 22 minggu cplud punya. Kita boleh lihat kedudukan bayi melalui image yang ditunjukkan. 

Semoga info berguna ini dapat memberi manfaat kepada semua terutama bakal ibu. As salam...

Read More

Monday, July 23, 2012

7 Tahun Sudah... :)

Bismillahirahmanirahim,

As salam untuk semua readers & followers,

Alhamdulillah, arini dah masuk 3 Ramadhan 1433 Hijrah, arini jugak genap usia perkenalan cplud dan incik suami selama 7 tahun. Detik pertemuan dan permulaan kisah kami yang dicatatkan segar dalam ingatan cplud 7 years ago.

 
~Usia perkenalan kami menginjak ke 7 tahun~

Alhamdulillah, perkenalan kami membawa ke jinjang pelamin dan insyaAllah tak lama lagi, bertambah sorang lagi ahli baru dalam keluarga kecil kami :)

Doa cplud sempena bulan yg penuh barakah ni, 

'Semoga kehidupan kami sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya..

Semoga rezki kami semakin bertambah dan diberkati olehNya...

Semoga segala urusan kami dipermudahkan olehNya....

Semoga Ramadhan kali ini dilimpahi rahmat dan inayah dariNya.....
Amin Ya Rabbal A'lamin ' 

 Dulu single, now berdua...

 
 Kesayanganku.... ILYSM dear.. :)

As salam...
Read More

Sunday, July 22, 2012

Burger Bakar Abg Burn, Nilai

Bismillahirahmanirahim,

As salam to dear readers & followers,

Lame betul tak share tempat makan, so now cplud nak share 1 tempat makan ni yang baru je dibuka area Nilai. Tak nak lepaskan peluang merasa, maka cplud dan suami ke gerai tersebut yang terletak di 

MMA Santai Corner, 
Putra Point Fasa 2B, 
Putra Nilai, Nilai

 

Sehari sebelum Ramadhan, kami ke Gerai Abg Burn ni utk merasai kesedapan beger bakar ni setelah terliur tengok ramai yang upload kt fb pic beger kt sane. Kami cuba 2 beger iaitu beger daging bakar utk cplud dan beger kambing bakar utk incik suami.

Ni burger daging bakar yang cplud order. Sangat kenyang. huhu~

 
Ni pula burger kambing bakar yang incik suami order. Nyum2. 

So, sesiapa yang berdekatan area Nilai ni, bolehla mencuba keenakan beger bakar ni yer. Walaupon harga agak mahal iaitu lingkungan RM10++, rasanya berbaloi gak la sekali sekala makan cini :)

Dibuka bermula jam 6 petang sehingga 12 tgh malam. Kalau bulan pose ni, after terawih boleh la pakat ramai2 datang :) Selamat menikmati keenakan beger bakar Abg Burn nih yer. As salam.



Read More

Nasi Bukhari Ayam

Bismillahirahmanirahim,

As salam to dear readers n followers,

Alhamdulillah semalam dah berakhir 1 Ramadhan, tiba pula 2 Ramadhan. Untuk berbuka pose semalam, cplud dapat request dari incik suami utk masak Nasi Bukhari Ayam. Sebelum ni cplud pernah masak sekali dan tak sempat snap pic pon. Huhu~ So, this is second time la masak nasi bukhari ni tapi dengan cara yang berlainan. 

 
~Inilah Nasi Bukhari yang cplud masak semalam~ 

Cplud refer youtube masak nasi ni. Huhu~ Klik SINI untuk refer video penyediaan nasi bukhari nih.  Cam dasat je kan sampai guna video bagai. Haha~ Yela, percubaan pertama kurang menjadi sebab nasi terlalu lembik. Tapi semalam Alhamdulillah menjadi even guna beras Cap Udang jer pon. Hehe~ Yang penting suami suka dan makan pon kenyang...  

Resepi ni pon cplud de lah ubahsuai sket, tak ikut 100% pon. Tapi masih sedap ;) So, bagi yang nak mencuba, cplud share kan resepinya disini...

:: RESEPI NASI BUKHARI AYAM ::

 Bahan2:
1- 3 sudu minyak sapi
2- 1 sudu minyak masak
3- 1 labu bawang besar dimayang
4- Lobak merah dihiris nipis
5- 3 sudu rempah Bukhari Faeza (nak guna perencah selain faeza pon boleh, terpulang.. Tapi rempah ni direkomen jugak la yer :))
6-  3 sudu besar tomato puree
7- Ayam dipotong mengikut citarasa
8- Beras secukupnya (nak lg cun, gunalah beras basmati, tp cplud guna beras biasa jer)
9- Air secukupnya
10- Garam dan gula sebagai perasa

Cara2:
1-  Masukkan minyak diikuti minyak sapi kedalam periuk.
2- Masukkan lobak dan tumis hingga garing.
3- Masukkan pula bawang besar yang dimayang dan kacau rata sehingga berbau wangi.
4- Setelah lobak merah masak, masukkan tomato puree dan tumis hingga pecah minyak.
5- Selepas itu masukkan pula rempah bukhari Faeza, teruskan kacau hingga pecah minyak. Sekiranya agak kering, disarankan tambah sedikit air agar tak melekat.
6- Kemudian masukkan ayam dan perasa. Kacau sebati dan tunggu sehingga ayam masak. Tutup periuk sementara tunggu ayam masak. Kacau sekali sekala.
7- Angkat ayam setelah masak.
8- Kemudian masukkan air yg disukat secukupnya diikuti perasa secukup rasa. Kacau dan tunggu hingga mendidih.
9- Setelah mendidih, masukkan beras, kacau rata. Bolehlah dialihkan ke rice cooker sambil dikacau sekali sekala. Susun ayam dalam nasi dan masak nasi seperti biasa. 

Okey siap resepi, bolehlah nak mencuba.Cplud ni jarang masak nasi ni, so ambik masa sketla. Tu yang masuk dapur pon dalam kul5.30 dan settle nasi kul6.15. huhu~ Sambil tu cplud buat acar mentah untuk dimakan bersama nasi. 

~Nasi Bukhari Ayam n De' Gang~

Nasi ni enak dimakan bersama Daging Masak Hitam dan Acar Mentah. Untuk resepi acar mentah, boleh refer SINI. Bagi resepi Daging Masak Hitam pula, cplud akan update di entry yang laen. 

Okey, selamat mencuba resepi ni yer dan Salam Ramadhan utk semua ;)
 
Read More

Saturday, July 21, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem!

Bismillahirahmanirahim

As salam to dear readers & followers,


Ahlan wasahlan Ya Ramadhan kareem. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk menikmati indahnya Ramadhan 1433 Hijrah. Indahnya Ramadhan kali ni sebab tahun ni berpuasa disamping suami terchenta dan bakal permata hati kami berdua :) Terasa nikmatnya Ramadhan kali ni, Alhamdulillah...

Di kesempatan ni jugak, cplud nak ucapkan 

'Selamat Hari Lahir'

buat suami terchenta yang dilahirkan pada 1hb Ramadhan 1406 Hijrah. Semoga Ramadhan kali ni penuh bermakna buat kita dan semoga dipanjangkan umur serta dikurniakan rezki yg melimpah ruah buat kita sekeluarga hendaknya. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Buat semua umat Islam seantero dunia, cplud dan family ingin mengucapkan 

'Salam Ramadhan 1433 Hijrah'

Semoga Ramadhan kali ini memberi penuh kenikmtan kepada kita semua... InsyaAllah.
Jangan lupa untuk grab sebanyak mungkin pahala sepanjang kedatangan bulan mulia ni. Akhir kalam, selamat berpuasa dan melipat gandakan ganjaran dibulan yg penuh barakah ini :) Amin



Read More

Wednesday, July 18, 2012

Nasi Ayam

Bismillahirahmanirahim,

As Salam to dear readers & followers,

Agak lame rasenya entry masakan dibior tak terhapdet. Masak nasi ayam pon ni pon agak lame dah, 2 bulan lepas kot. Ni percubaan pertama masak nasi ayam. Memang tak pernah masak sendiri before this, orang laen yg masak jer cplud makan. Tapi demi untuk incik suami, cplud masak nasi ni dengan dibantu incik suami yg sangat ringan tulang. Tq syg :)

Resepi ni cplud ambik dari Puan Cida de' Nuanza. Thanx kak untuk perkongsian rsepi yang syedap nih :) Korang boleh tengok resepi tu kat SINI. Tak mo citer panjang2, korang leh tengok la yer resepi Nasi Ayam tu kt url yang cplud paste kan. 


Nasi Ayam percubaan pertama cplud.. :)



Ayam goreng ni my hubby yang masak. Perapan pon hubby yang buatkan :)



Actually sekarang ni malas bebenor nak snap pic makanan yang sendiri masak. Sejak awal pregnant dulu, mood masak dan tengok blog masak agak merundum sket. Now dah masuk second trimester, semangat masak dan jalan2 terjah resepi baru makin membuak2. Mungkin mood Ramadhan kot. Ye la, bulan pose ni mmg kene masak la. Incik suami pon suka makan makanan daru rumah je rather than kedai or restoran.  

Okey la, nnt rajin2 cplud akan gtau cara2 nk masak nasi ayam ni in my own style. Buat masa sekarang, korang boleh refer resepi kt link url kt atas tuh yer. Okey bye. As salam :) 
Read More

Thursday, July 5, 2012

Salam Nisfu Syaaban 1433Hijrah

Bismillahirahmanirahim,

As Salam to all readers & followers,


Alhamdulillah dipinjamkan umur untuk hari ini bagi meraikan Nisfu Syaaban pada bulan Syaaban penuh mulia ini. Marilah kite sesama Muslim memperbanyakkan dan mempertingkatkan amalan pada bulan ni. Bukan bulan ni saje sepatutnya, setiap hari kita dituntut untuk menigkatkan amalan kepada Yang Maha Esa.

Salam Nisfu Syaaban untuk semua umat Islam seantero dunia...

 

 Lame sungguh rasenya cplud mengabaikan Plud's Corner ni. Banyak cerita sebenarnya nak citer tapi tak taula nape tiada mood untuk mengarang kt cni. Huhu~

Alhamdulillah.. I'm now 19weeks pregnant. Diharapkan diberikan kekuatan untuk menghadapi saat2 kelahiran permata sulong kami  21weeks mendatang. Some people say that cplud makin membulat. Hahaha. Memang diakui pon, berat mmg makin naek. Syukur jugak sepanjang trimester pertama preggy dulu tiada alahan yg teruk, cuma pening2 dan sedikit mual jer. Tapi yg cplud ingat, awal2 dulu mmg tak ley telan fast food, abes kuar sumernya. Huhu. Now dah boleh dah makan sume, cumenya kene berjaga2 la.

Okey, nnt2 cplud akan update lagi. Banyak nk citer, expecially tentang family day opis dan jugak 2nd honeymoon kt Pangkor yg lepas. 


Now, lihatlah perkembangan terkini cplud.. Membulat jer kan. Uhuhuhu.. Okey, jumpa lagi di laen entry. As salam...

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena