Tuesday, March 15, 2016

Alhamdulillah dengan Gel Amani


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,

Rasa terpanggil untuk share kebaikan Gel Amani ni pada semua terutama bagi yang pernah mengalami sakit lutut cam saya. 2 minggu lamanya saya menderita sakit lutut, dengan menguruskan 2 anak kecil dan suami pula mengajar sehingga malam. Sehingga pernah saya terpikir adakah selamanya aku akan menderita begini. Bermacam usaha dibuat. Berurut ke klinik dapatkan ubat semua...

Sakit lutut saya bermula selepas saya training untuk Sukan Staf di tempah kerja bagi acara olahraga. Setiap petang after kerja memang saya akan training dan jogging. Diakui memang sebelum ni jarang amat nak jog ni kan, tapi sebab masuk sukan staf ni sy cuba yang terbaik. Malang tak berbau, sehari sebelum acara olahraga, kaki saya cramp. Petang hari sebelum memang saya ada sakit lutut sket. Dan saya paksa buat larian jugak. Sudahnya keesokan hari saya tak dapat jalan. Nak bangun ke toilet pon saya minta asben papah. 

Ianya berlarutan sehingga 2 minggu. Saya pergi berurut juga, namun masih tiada perubahan. Di opis kene naik tangga dan memang azab jugak nak abeskan tangga tu. Setiap hari sampai 2 minggu. Dan pada minggu kedua, ramai kawan opis tegur lama sangat sakit saya tak lega lagi. Sehingga seorang opismate minta saya cuba Gel Amani ini. Terus roger minta asben tolong belikan di farmasi. Harga RM99. Testimoni keberkesanan dalam masa 7 hari. Dan harini genap 7 hari dan saya dah dapat solat dengan sempurna. Cuma sengal sket pada lutut kanan. Alhamdulillah. Tq kak maz perkenalkan saya dengan gel ni. Syukur Ya Allah saya dapat jalan dengan baik. Setiap hari ada perkembangan positif kaki saya. 

Saya sangat rekomen pada yang mengalami masalah sakit lutut akibat sukan dan sebagainya boleh mencuba Gel Amani ini. RM99 boleh dapatkan di farmasi terpilih. Untuk area Nilai, boleh dapatkan di Farmasi Nurul deret Kfc dan Pizza Hut. Semoga anda semua diberi kesembuhan oleh Allah swt juga. Ameen

Saya share kan cara penggunaan Gel Amani:

Cara Sapuan Gel Amani...
Petua cara guna 

Bersihkan bahagian yg sakit. Klu peluh, bersih dgn kain basah. Kalau lutut dh lama sakit, tuam dulu pastu baru sapu.

Sapu lawan arah jam.

Hanya sapu jgn gosok.

Sapuan nipis sahaja, jgn tebal2.

Botol pertama digalakkan 4jam sekali sapu (sehari 6kali).

Bila dah sapu, biarkan terdedah 10minit. Jgn tutup tempat sapu.

Sambil sapu selawat@ baca doa penyembuh penyakit. Dgn yakin Allah yg menyembuhkan penyakit.
Pastikan kwsn yg nak disapu benar2 bersih dan kering..jika blh sblm sapu, basuh/cuci dahulu kwsn trsebut dgn air dan lap..bru pnyerapan gel lebih efektif krn gel pokok pine xblh diserap jk ada permukaan minyak..
Selepas sapu, pastikan kwsn trsebut benar2 terbuka utk udara sekurangnya 5-10mins..
Jika boleh jgn bgerak..

Doa Penyembuh Penyakit:



Semoga entri ini bermanfaat untuk semua. Ameen. Wasalam




Read More

Thursday, March 3, 2016

Happy 4th Anniversary My Soulmate!!

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam Dear Readers & Followers,

Alhamdulillah, 03032016 genap usia perkahwinan kami yang ke 4 tahun. Masih muda usia perkahwinan kami. 


Pasang surut itu resam kehidupan. Ada masam ada manis. Ada jatuh ada bangun. 

Suamiku, Selamat Ulangtahun ke 4 sayang. Moga kehidupan kite dan cinta kite berkembang mekar dari hari ke hari seiring kecintaan kita pada Yang Maha Esa. Ku akui, susah rupanya nak jadi isteri yang solehah ekoran ego dan rasa diri itu sentiasa bagus. Ummi minta maaf andai sentiasa lukakan perasaan abah. Tapi, ummi akan sentiasa cuba perbaiki diri dan sentiasa berusaha menjadi isteri solehah buat abah dan ummi yang terbaik buat anak2 kita. Ameen. Semoga kita sama2 berusaha untuk mencapai sakinah dalam rumahtangga ini. 

I LUV YOU TILL JANNAH MY SOULMATE!!!


Alhamdulillah. 4 years with 2 adorable kids :)

Till then, wasalam...
Read More

Tuesday, January 19, 2016

Aisy Dah Setahun



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam Dear Readers & Followers,

Agak lama tak bersiaran rasa kekok nak menaip. Tapi demi anak bujang ummi yang kedua ni, gigihla ummi cari masa untuk update kesayangan yang dah masuk setahun ni. 


Alhamdulillah rasa macam sekejap sgt masa berlalu. Tak sedar dah setahun Aisy Aqlan. Di kesempatan ni, ummi nak ucapkan Selamat Hari Lahir yg Pertama buat sayang ummi. Semoga diberi kekuatan dalam menempuh kehidupan yang penuh panca roba, semoga dikurniakan kesihatan yang baik, jadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat. Ummi abah abang sayangkan Aisy sangat.

Esok appointment Aisy yang kesekian kalinya di HKL untuk kes Undecended Testis. Semoga diberi kekuatan kami dan keluarga menghadapi apa jua untuk kesihatan Aisy. Aisy kuat! Walaupon Aisy tak tembam macam budak lain, walaupon Aisy tak pandai jalan lagi, tapi Aisy ni baik sangat perangai die. 


Till then.. Wasalam



Read More

Wednesday, September 9, 2015

Anak-anak Syurga


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam to all readers & followers,

Anak-anak syurga ini.. Tiada apa yang dipikirkan melainkan main sahaja. Ceria dengan hilai tawa keletah manja.. Ya Allah kurniakan ummi abah kekuatan dalam mendidik dan mengasuh kalian. Amin

Hilang stress mengadap diorang ni. Luv u all my lovely sons :)

Note: Bilik baru anak2. Switch dengan bilik belajar abah. Dah 2 hero kan, harus la bilik besau sket...
Read More

Monday, August 17, 2015

Corat coret Syawal 2015

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Lama giler kot tak update blog ni, asalnya nak post entry dalam Syawal lagi tapi tak sempat jugak. Banyak jugak kekangan ni. Ada masa sket ni, cplud update laju laju, zasssssssss. Salam Syawal buat semua readers, even dah abes Syawal, cplud nak ucap jugak Selamat Hari Raya, Ampun Maaf dipinta buat semua. 


Bermula dengan Syawal pertama. Tahun ni turn rumah mertua. Kami beraya di Pendang, Kedah. Tapi tak dan langsung bergambar complete pakai baju raya. Pas abes solat raya terus ada orang datang raya, Then terus bersiap gi raya rumah maktok pulak kat kampung. Makanya ini je gambo raya kalut dengan budak bujang 2 orang ni :)


Raya ke4 kami ke Terengganu pulak. Cuti raya seminggu habaq hang. Syokla ye. Moment yang snap gambo pon time makang makang kat tepi pantai. Makan ikang celup tepung. Yum yummy..


Cerita di Nilai pula. Selfie sat with si comel 2 orang dengan abah budak. Hehe..


Kunjungan muadibah taska Afham dan Aisy. Terima kasih para muadibah sudi beraya rumah kami. Hidang mee goreng je, tak sempat nak wat rendang bagai. huhu~


Syawal jugak my besday yang ke 29 tahun, 4 Ogos 2015. Alhamdulillah thanx my dear opismate raikan besday cplud. Tahun depan 3 series. Gulp...


Outing with akak ipar, kami ke NU SENTRAL. Last pi KL SENTRAL ni zaman dating cintan cintun dulu. Banyak perubahan kat sini sekarang. Jakun jap. Haha~~


Kata Syawal kan, jamuan raya sana sini. Kalini jamuan raya tempat keje. Alhamdulillah makan kenyang.. Menu jabatan kami, Nasi Ambeng. First time ni makan nasi ambeng. hehe...


Seterusnya pasal jamuan raya jabatan. Alhamdulillah meriah. Kenyang dan hepy.


Penutup Syawal pula, majlis tunang adik ipar. Paksu Afham & Aisy. Selamat bertunang dari kami untuk Paksu dan Auntie Ika. Semoga urusan mendirikan rumah tangga dipermudahkan dan semoga jodoh kuat buat korang. Amin

Haha akhirnya setel jugak update Syawal di awal bulan Zulkaedah. Hehe~ Panjang jugak entry kalini. Lump sum katenya. 

TQ ualls sudi baca kisah kami. Lama tak citer deko susun atur sume. Nanti lah yer. :)

Read More

Tuesday, May 19, 2015

Aisy Dah 4 Bulan :)



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Arini dah 1 Syaaban rupenya. Lagi sebulan Ramadhan pulak. Sekejapnya masa berlalu...


Baru nak start bercerita pasal baby kedua cplud nih. Ahmad Aisy Aqlan. Alhamdulillah Aisy sekarang dah masuk 4 bulan semalam. Tapi checkup kat KK esok. Aisy punyer perkembangan so far Alhamdulillah. Aisy tiada masalah minum susu ummi guna botol. Start train die botol pon a month before start keje. 

Totally different anak 1st dan 2nd ni kan. Saya rasa semua pon pengalaman sama camni. Proses kelahiran 2 orang ni pon berbeza. Tapi masih belum sempat lagi nak share alkisah bersalin kedua ni. Dugaan sangat dengan abang kene denggi lagi. Later cplud citer yer. Nak citer pasal adik Aisy dulu...

Aisy ada ibu susuan. Opismate cplud sendiri, mama Ucha. Ucha jugak de baby sebaya Aisy, Adeeb namanya. Comey sangat. Adeeb lahir awal nak masuk 8 bulan. Stock ebm ucha banyak sangat meriah. Alhamdulillah ucha dermakan pada Aisy sebab Adeeb refused susu awal. Die minum susu fresh aje. Elakkan bazir, cplud cuba bagi Aisy. Alhamdulillah mau jugak Aisy. Aisy minum susu 5 botol. Jenuh ummi mengepam di opis. Sehari pon ummi dapat sediakan 3 botol jer. Harap mencukupi untuk Aisy.


Aisy dah boleh meniarap di usia 3 bulan lebih. Tak taula samada cepat ke lambat. Tapi rasa normal cam baby lain. Perangai 2 beradik ni pon beza. Tapi ada 1 persamaan yg ummi dapat detect, 2 2 ni susah nak potong kuku. Huhu~

Masa Aisy checkup sebulan di KK, Doc detect Aisy ade Undescended Testicles. Klik sini untuk detail pasal ni. Sepatutnya hospital akan rekod sekiranya baby menghadapi masalah ni. Tapi hospital Aisy lahir tu tak check betul2 or camne tak taula. Doc KK minta kami refer ke Pakar pada Julai nanti. Doc akan check semula dan akan decide whether need to operate or else. Ummi doakan yg terbaek untuk Aisy. Semoga Aisy sentiasa dalam lindungan Allah swt. Ameen. 

Panjang pulak citer kali ni. Harap kenkawan ummi di alam maya ni juga doakan yg terbaek buat Aisy. Kami ummi abah abang sume sayangkan Aisy. LUV U SO MUCH DEAR AISY!!!! 

Wasalam :)



Read More

Tuesday, May 5, 2015

Promotion Ejen Susu Kambing Mummylicious!!!


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Untuk makluman customer semua or baru yang nak start minum susu kambing ni, sekarang sehingga 5 May 2015 ada promotion untuk syarat menjadi ejen. Kalau syarat lepas belian permulaan 20 kotak, dan repeat order min 2 bulan sebanyak 10 kotak,

Now!!! Hanya belian permulaan 10 kotak dan repeat order 10 kotak sahaja!!!
Contact me asap & grab this promotion!!! 

Bagi yang minum sendiri dan bukan untuk berniaga, actually 10 kotak ni memang ngam ngam untuk 2 bulan. Normal untuk 1 tahun ke atas la. Sesapa yang baru nak cuba jugak bole wasap saya 0176598656 (Plud Shoppe)

Moga entry ini  bermanfaat untuk semua. Amin


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena