Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Nasi Lemak Ikan Tongkol

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,

~Nasi Lemak Ikan Tongkol~ Timun takder, so cplud gantikan dengan tomato. hehe

Menu breakfast weekend lepas. Nasi lemak ikan tongkol, salah satu makanan favourite masakan bonda terchenta. Kalau tempat laen cplud tak pasti ade ke tak nasi lemak berlaukkan sambal ikan tongkol. Kalau kat Terengganu, boleh pilih samada nak sambal bilis, ikan tongkol or macam2 lagi la. Tapi kalau beli yang bungkus, pilihan hanya ikan tongkol or bilis.

One more thing, kalau kat T'ganu, takde la sangat kacang goreng or bilis goreng, kami makan nasi, telur, sambal ikan tongkol or bilis dan timun. Kalau area Pantai Barat or mane2 tempat selain T'ganu, memang meriah la lauk2 die kan. uhuhhu~ Siap ada yg ayam berempah bagai. The variety of Nasi Lemak :)

~Nasi Lemak~

:: Resepi Nasi Lemak ::

Bahan2:
1- Beras (ikut sukatan masing2 ler)
2- Santan 1 mangkuk, cplud guna 1 kotak santan KARA
3- Halia
4- Daun pandan disimpul rapi
5- Secubit garam dan gula sebagai perasa

Cara2:
1- Basuh beras, dan toskan.
2- Masukkan santan, halia dan daun pandan.
3- Masukkan perasa. Masak nasi seperti biasa :)

~Sambal Ikan Tongkol~

:: Resepi Sambal Ikan Tongkol ::

Bahan2:
1- 2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih *blender
2- Cili giling or cili boh
3- Asam jawa
4- 1 kiub gula melaka *cplud potong kiub siap2 gula melaka tu sebab senang nak masak
5- Ikan tongkol diperap kunyit
6- Sedikit air
7- Garam
8- Bawang besar dipotong bulat

Cara2:
1- Goreng ikan sederhana masak, tos dan ketepikan.
2- Tumis bahan blender hingga naek bau.
3- Masukkan cili giling, kacau rata.
4- Masukkan gula melaka. Untuk pengetahuan semua, gula melaka ni adalah untuk pekatkan santan dan cukupkan rasa sambal. Biarkan dan kacau rata.
5- Bila dah naek minyak, masukkan perahan asam jawa. Masukkan sedikit air.
6- Perasakan dengan garam.
7- Masukkan ikan yg telah siap digoreng dan taburkan bawang yg telah dipotong bulat.

Siap! Zassssss.. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi lemak dan bahan2 lain dirasakan sesuai :) Selamat mencuba... Wasalam



Read More

Friday, February 10, 2012

Sambal Bilis Ala Cplud

Assalamualaikum to all dear readers,

Dah asyik post pasal kawen je, jom kite mkn2 pulak. Menu simple ajer. Sambal bilis ala cplud.. yuhuuu~ Menu ringkas dan sedap ni hanya org bujang je suka kot. Sbb menu ni dpt tahan dalam 2,3 hari jugak.

::RESEPI SAMBAL BILIS::

BAHAN2:
1- Ikan bilis mengikut citarasa
2- 3ulas bwg merah +2 ulas bwg putih *blender
3- Cili giling or cili boh
4- Secubit perahan asam jawa
5- Sedikit gula melaka dipotong kiub
6- Garam
7- Sebatang serai diketuk
8- Sebiji bwg besar dipotong bulat

CARA2:
1- Bilis digoreng sehingga garing dan diketepikan.
2- Panaskan minyak dan tumis bwg blender.
3- Masukkan cili giling dan kacau rata bersama bwg td. Masukkan jugak gula melaka dan biar sehingga nek minyak.
4- Masukkan serai dan air asam jawa. Kacau rata.
5- Masukkan sedikit air. Biarkan 2,3 minit kemudian baru dimasukkan bilis yg telah siap digoreng tersebut.
6- Masukkan garam dan bwg tadi. Biarkan seketika dan ttp api. Segera dihidangkan bersama nasi panas.

Sekian, selamat mencuba ;)
Read More

Wednesday, July 20, 2011

Bubur + Ikan Bilis Masak Kicap Berlada Hitam


Salam to all,

Bubur lagik.. Huhu~ Ni adalah menu petang merangkap malam cplud yer. Kali ni masak bubur tapi rajin sket masak ikan bilis goreng kicap berlada hitam. Masak bubur senang jer, korang letakla bawang, halia dan garam sket. Pastu masak bubur seperti biasa.

Petang tadi pegi survey peti ais lagik kt beberapa kedai letrik area Nilai. Jumpe la 1 kedai hrga ok la. Kali ni kene berkongsi ngn En Tunang coz nk beli mesin basuh sekali. Beli awal2 ni nnt xderla ssh pikir after kawen. Tapi untuk mase ni, mmg agak sesak nafas sket la. Banyak duit dilaburkan utk kehidupan jgka masa pnjang. Cewaah ;) InsyaAllah ade lg rezki tuk cplud kumpul duit kawen. Ade peti ais mmg sgt2 kene berjimat. Kene rajin + selalu masak! Harus!! Sekarang ni nk masak pon, mls nk beli ayam dan masak sedap2 sbb kene makan terus xboley nk simpan2. Tetibe imagine de peti ais baru. Yuhuuuuu~

Okeyla, dah terlanjur celoteh ni, jomla kite ke dapur pulak tgk resepi ikan bilis nih. Senang jerla, tp nk post jugak. Hihi~

:: RESEPI IKAN BILIS MASAK KICAP BERLADA HITAM ::

BAHAN2:
- 3 biji bwg merah dimayang
- 2 biji bwg putih diketuk
- 1/2 inci halia dihiris halus
- 4 biji cili padi dihiris halus
- Sedikit kicap
- Sedikit lada hitam
- Garam
- Ikan bilis digoreng terlebih dahulu

CARA2:
1) Panaskan minyak dan tumis sume bwg, halia dan cili padi.
2) Agak2 masak, masukkan kicap, kacau lagi dan masukkan air sket.
3) Taburkan lada hitam dan masukkan garam sebagai perasa.
4) Sedia dihidangkan bersama bubur panas2.

Ikan bilis hias, jom kite pekena bubur nasi panas2 ;)
Read More

Sunday, June 12, 2011

Ayam Masak Lemak Cili Padi + Bilis Goreng


Salam & selamat tengahari ya readers sume,

Korang dh makan belom?? Actually, ni menu semalam. Menu org bujang la katakan. Menu simple cmni sume pon ley buat kan. hihihi~ Jom terjah resepi.....

~Ayam Masak Lemak Cili Padi~

:: RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI versi cplud ::

Bahan2:
- 2 ulas bawang merah *
- 3 ulas bwg putih *
- 10 biji cili padi * (dikisar)
- Ayam dipotong ikut citarasa
- 1 paket santan
- Lobak merah dihiris
- Secubit garam
- Sedikit serbuk kunyit

Cara2:

1) Tumis bahan2 kisar sehingga naek bau dan masak.
2) Masukkan santan yg telah dibancuh dengan air setelah dipastikan bhn kisar td betul2 masak.
3) Masukkan ayam dan lobak merah. Teruskan kacau agar santan tidak berketul.
4) Tambahkan sedikit serbuk kunyit tuk bg kaler kuning pada lauk tersebut.
5) Perasakan dengan garam. Tunggu hingga mendidih dan kecikkan api.
6) Nampak kuah dh agak pekat, boleh tutup api dan sedia dihidangkan bersama ikan bilis goreng dan nasi panas. Perrrrgh berasap telinga hangpa nooo ;)

Ikan bilis penambah hidangan. Nak goreng telur dadar pon ok jugak. Terpulang pada citarasa masing2 ;)

Sekian perkongsian resepi kali nih dan selamat mencuba ;) Salam

Read More

Monday, November 22, 2010

Sambal Ikan Bilis Ber'Kentang'

Bismillahirahmanirahim & selamat malam diucapkan kt semua yg meluangkan masa melepak kt cni. Sambal ikan bilis ni cplud rs sume org reti buat. Alar, tmbah kentang, jdla sambal bilis berkentang tuh. Huhu~ Takpela, sebagai budak baru bljr & kurang mahir bab2 masak2 ni, izinkan cplud share kan jugak resepi nih. Nih resepi campak2 punyer tau! Heheh~ Tak nak berceloteh pnjg, hari pon dh jauh malam, esk lak nk keje. So, jomla kite ke dapur tgk cplud masak yer. Layaaaan ;)

~ Sambal Ikan Bilis Ber'Kentang' ~

:: Resepi Sambal Ikan Bilis Ber'Kentang' ::

Bahan2:
-Ikan bilis sebanyak mane diinginkan
-2 biji kentang dipotong wedges
-4 ulas bwg merah *
-3 ulas bwg putih *
-1/2 inci hali *
-Beberapa tangkai cili kering mengikut tahap kepedasan masing2 *
[ Kesemua bahan * diblender ]
-Sedikit gule melaka (setenga org xgune pon. mak cplud ckp, tuk kurgkan tahap kepedasan cili kering tuh)
-Sedikit air asam jawa
-Sedikit garam
-Minyak tuk menumis
-Sedikit air
-1/2 labu bwg besar dimayang
-Tomato dipotong wedges

Cara2:
1) Panaskan minyak dan gorengkan bilis, kemudian diasingkan. Diikuti kentang digoreng dan diketepikan.
2) Tumis bahan blender. Biar sampai pecah minyak, kemudian masukkan gula melaka. Biar seketika, then masukkan air asam jawa.
3) Tambah sedikit air, then masukkan garam sbg perasa.
4) Masukkan bilis dan kentang yg telah digoreng td. Gaul rata, then masukkan bwg mayang td. Last sekali masukkan tomato. Sedia dihidangkan ;)

~ Penambah hidangan, telur dadar menjadi pilihan ~

Setakat ni dulu tuk malam ni, jamu2 mata jer dhla memalam nih. Selamat malam ;)

Read More

Monday, November 1, 2010

Menu Ringkas Hujung Mingguku


Assalamualaikum readers sekalian..
Kali ni cplud nak update pasal menu hujung minggu iaitu hari Ahad, semalam. Dengan cuaca yg agk2 suam kuku, mendung jer, jadinya cplud tak kuar mane2. Tambahan pulak, cplud tak sihat sgt, asyik rs seram sejuk je badan cam nak demam. Tapi pas mkn panadol baru ok sket. Duk umah jerla sambil layan movie2 pinjam ngn member. Memandangkan tiada ayam or ikan tuk dijadikan lauk, tgk2 ade telur & bilis je kat dapur, so cplud terpikir akn satu resepi mudah dan sgt senang. Huhu~ Budak kecik pon tau msk nih, tp takpela cplud nak share jugakla pade sume. Mane tau de yg bujang2 & pikirkan menu yg mudah dan ringkas ni, lehla tgk kt Plud's Corner nih. Okla, jom kite menyoroti menu2 simple masakan cplud nih.

Telur mata masak kicap

:: Resepi Telur Mata Masak Kicap ::

Bahan2:
-2 ulas bwg putih diketuk
-1/2 labu bwg besar dimayang
-5 biji cili padi dipotong
-1/2 inci halia dimayang
-5 biji telur digoreng (utk 5 org makan)
-1 biji cili hidup dipotong serong
-1 biji tomato dipotong
-Kicap manis & masin
-Secubit garam

Cara2:
1) Tumiskan bwg putih, bwg besar, cili padi dan halia. Biarkan sampai kekuningan dan berbau harum.
2) Kemudian masukkan 2 jenis kicap (masin (letak sket je sbb nk tmbah garam lg) + manis). Tambah sedikit air bg de kuah.
3) Perasakan dengan secubit garam. Masukkan telur yg digoreng, susunkan tomato dan hirisan cili hidup ke dlm kuali.
4) Terbalikkan bg rata kuah dengan kicap tersebut. Ok..sedia dihidang bersama bilis goreng berkicap.


Ikan Bilis goreng berkicap

:: Ikan Bilis Goreng Berkicap ::

Bahan2:
-Bilis digoreng (kuantiti mengikut citarasa)
-1/2 labu bwg merah dimayang
-1 biji cili hidup dipotong serong
-1 biji tomato dipotong
-Sedikit kicap masin dan manis

Cara2:
1) Tumiskan bwg besar, kemudian masukkan ikan bilis, cili hidup.
2) Tuangkan sedikit kicap masin dan manis. Kacau sebati.
3) Masukkan tomato, kacau lg dan sedia tuk dihidangkan.

Selamat mencuba ye kwn2 blogger and readers sekalian. Menu simple dan mudah ;)
Read More

Wednesday, August 25, 2010

Singgang Ikan Tongkol + Sambal Belacan


Selamat tengahari & selamat berpuasa semuanya.
Arini dh masuk 15hari bulan Ramadhan, maknenye lg 15 hari umat Islam akan menyambut Syawal. Kanak2 palg suka syawal ni, maklumla dpt duit raya..huhu~ Tahun ni sy dh start kne agihkan duit raya kt my anak buah & sedara2 yg tecitt2, thun lepas x keje betul2 lg,huhu. Ok, puan2 cik2 semua dh tgk kan gambar lauk feveret sy kt atas tu kn? perrgh,smpai menjilat jari & berselera sungguh sy semalam, mklumla rindu sgt masakan mak, klu kt kg 2,3 hari mkn lauk ni pon sy xkisah dh..huhu. Tambah lak dengan sambal belacan, mmg terangkat.

Sy sgt rindu kt mak ayh & family sume, lg 1 week lg blik kg..yuhuu. Kaw2 punye cuti sy ambik, alasan tiket dh abes waktu dkt ry, sy dpt beli ni pon Alhamdulillah. Actually, sy terpikir nk masak singgang ni after jenguk2 dapur K. Ummi, korang klik SINI utk tgk resepi dr K.Ummi yer. Tapi K.Ummi gune ikan tenggiri, sy lak paling suke ikan tongkol, kt kg mak gune ikan tgkol utk masak lauk ni. K.Ummi, izinkan sy tuliskan resepi singgang ni kt cni yer,tp sy de ubah sket. huhu, thanx sbb share resepi ni tau ;)

Singgang Ikan Tongkol my feveret ;)

Bahan2:
- 1 ekor ikan tongkol (dibersihkan dan dipotong cam pic sy tu)
- 3 ulas bwg putih } dimayang
- 2 ulas bwg merah } dimayang
- 5 biji cili padi } dibelah sket
- 3 keping asam gelugur (asam keping)
- 2 hiris lengkuas
- 3 hiris kunyit hidup (klu agk2 xkuning sgt, tmbahla serbuk kunyit sket)
- Garam secukup rs
- 4 cawan air

Cara2:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali ikan.
- Agak2 nk mendidih tu baru masukkan ikan.
- Masak smpai ikan masak dan mendidih lauk tuh.
- Dah masak bole dihidang dan ditambah dengan sambal belacan ;)


Sambal belacan feveret

Sedikit timun dihiris utk cicah ngn sambal belacan

Tambah pulak dengan sayur campur yg housemate sy goreng ni. Terangkat betul ;)

Penambah hidangan, kentang + telur sambal ;) Ni kwn sy yg masak, tengkiu yani comei

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena