Showing posts with label HOMESWEETHOME. Show all posts
Showing posts with label HOMESWEETHOME. Show all posts

Friday, October 17, 2014

hsh: Projek Laman Lagi 'Tempayan'

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Projek laman rumah masih belum selesai lagi rupanya. Orang laki ni kan banyak nau ideanya. Kali ni tempayan pulak. Mulanya pon cplud tak dapat nak teka apela projek baru ni kan. Tengok asben pegi beli kayu sket2. Pastu cat kayu tu pulak. Minggu lepas, after bengkel kat Genting, asben gi singgah 1 tempat ni kat Meru, rupanya cod tempayan ni. Die beli kat Mudah.my. Harga tempayan ni RM100 plus. Besau la jugak...


Ni la hasilnya. Cantek. Katanya tengok rumah maktok kat kampung ada tempayan besar. Lagipon tengok orang Jepun or Korea yang kampung2 tu kan, before masuk umah kan basuh kaki. Alar macam kite kat kampung2 la. Ada yg masih amalkan lagi tempayan cenggini kat kampung kan. huhu~ Tapi air tempayan ni kadang2 wat siram bunga dan pokok2. hehe~ Penyiram comei tu pulak beli kat DAISO. 5 hingget jer. Batu2 tu lebihan kat taman belakang tu. Pastu tambah bunga sket kasi cun...


Snap pic ni waktu malam. Gambo pon dari kamera fon jer. Hasilnya takdela secantek DSLR kennn...


Ini budak tecit suka yang amat la air2 cenggini. Tapi disebabkan masih kecik lagi tak nampak air tu, so takdela excited sangat. 


Ni kayu lapik, asben pi beli sendiri kayu dan cat sendiri. Penutup tempayan ni tak cat pulak. Katanya warna kayu tu sendiri dah cantek. 


Ni sajela nak share. Just a simple deco. Bole la kot sesapa nak try idea cenggini. :)

Sekian, TQ sudi singgah sini. Wasalam :)
Read More

Friday, October 3, 2014

hsh: Susun Atur Pinggan Cawan dalam Kabinet

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Rasanya first time kot nak share pasal susun atur kat blog ni. Cplud nak share susun atur yang biasa2 ajer dari dalam kabinet pulau ni. Island lah kalau bahasa omputihnya. Sangat simple. Pinggan mangkuk takde la lawa2 sangat dan tak banyak mana pon. 


Island ni ade 2 pintu kabinet. Pintu belah kiri cplud susun set cawan, jag air dan yang berkaitan dengan minuman la senang citer. Paling atas terutama dalam bakul tu adalah cawan dan mug. Cawan sume tu set hadiah kawen. Memang tak de satu pon yang cplud beli. Idea bakul tu pon dapat dari hasil google susun atur kat tenet. Tapi takdak gambar zoom in la pulak. 

Untuk tingkat 2 tu sama jugak, set cawan dan jug air. Tingkat paling bawah tu bahagian belakang de bag tupperware, dan beg susu ebm Afham yang lepas. Sekarang tak pakai, kite simpan tuk baby pulak. Dan ada buku masakan. Cadangnya nak beli rak daiso. Lagi organize. Sebelah buku tu de kain2 kecik dapur punyer. Dan jugak tisu ikea. Huhu~

Belah kanan ni pulak set pinggan mangkuk yang tak banyak mana dan mewah pon. Order set Corelle tapi belum dapat lagi. Huhu~ Wat masa ni pinggan mangkuk murah2 ajer la... Tingkat ke 2 tu bekas untuk baking. Paling bawah tu pulak set Corningware dan Pie Rat. Pon hadiah kawen jugak. Belakang corningware tu de periuk dari china dari tanah liat. Pon hadiah kawen. Belum penah pakai lagi. Sayang... kihkihkih~ 

Inilah rupa kabinet pulau ni. Dari 3 view berbeza.. 


Sekian nak citer alkisah susun atur entry yang pertama ni. Simple2 ajer. TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)
Read More

Thursday, September 25, 2014

hsh: Ruang Makan 'Picnic Style'

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Lama sangat cari konsep ruang makan untuk ruang yang sempit ni. Tak tau nak deco camana sebabnyer ruang ni terlindung dari ruang tamu dan yang kurang best sket sebelah toilet. Asalnya ruang ni adalah dapur rumah sebelum extend ruang dapur. Masa beli rumah ni pon owner asal dah siap2 extend ruang dapur dan tambah 1 bilik tetamu. Makanya tanpa berbekalkan kekreatifan ni kami cuba nak jadikan ruang ni nampak santai, harmoni dan mendamaikan. 

Jom intai ~

Snap waktu malam guna kamera fon je maka hasilnya pon biasa2 aja lah. Ni pandangan dari ruang tamu... Wallpaper pon kami pilih mural gambar tasik dan pepohon nan hijau. Nature theme la kenkonon. Hasilnya kami sangat suke :)


Pandangan dari arah dapur. Nampak tak pintu toilet tu. huhu~ Nampak ruang tamu yang dah malap tu. Menandakan bukannya snap pic awal malam. Haha~


Pandangan dari atas. Naek stool tau. Gigih mak yong snap pic atas stool semata2 nak dapatkan view dari atas. 


Pandangan penuh ruang makan sempit. 


Pandangan penuh tapi tutup lampu ruang makan. 


Inilah ruang makan kami. Simple jer. Frame cermin tu asben cat sendiri. Ruang kami makan2 sambil bercerita bergosip bagai. Haha~ Kami gabungkan bangku dan kerusi. Dan memilih kaler putih sebab dinding pon dah kaler grey. 


Sekian sharing ruang makan simple. Tengok ruang makan orang lain so exclusive. Bersyukur

dengan rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah. TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)
Read More

Wednesday, September 3, 2014

hsh: Deco-deco Laman Rumah

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Dah lama nak share pasal deko rias laman ni. Sumernya idea incik asben. Tugas cplud just cari tukang untuk deco kayu ni. TQ pada salah sorang group Susun Atur kt FB yang sudi berkongsi pasal tukang kayu ni, dari Semenyih. 



Actually kami amek pakej pangkin, decking, pergola dan set meja makan theme picnic punyer. Uhhuhu~ Belom dapat share lagi part ruang makan sebab masih belom 100% memuaskan hati lagik. 

Mula dengan bahagian depan rumah. Actually plan nak tile sume ruang depan rumah ni. Tapi asben de plan lain pulak, so kami mulakan untuk ruang santai tempat kami minum2 petang dan lepak2 sambil menikmati suasana kampung gitu. 

Dari 4 picture gabungan ni, dari kiri atas tu adalah pangkin. Di sudut hujung kiri belah atas tu adalah set kolam simple. Zoom in kolam tu kat pic kanan bawah ni. Okeh tambahan 2 lagi tu adalah decking. Actually ni first time kitorang tau tu adalah decking. Pic kanan atas tu adalah decking dan dihujung de lagi 1 kolam. Pon idea incik suami. Tempah kat Nilai 3. Kos kolam hujung ni dalam RM1k. Kami de tambah ikan tujuan suh makan jentik2 yang bermaharajalela. Maintenance nak jaga kebersihan kolam ni pon incik suami uruskan. Siap buat filter sendirik lagi.



Inilah rupa kolam tu. Sejuk mata memandang. Rasa cam kat kawasan kekampungan gitu ngan bunyi deruan gemersik air terjun ni..



Lagi picture gabungan pangkin dan decking depan rumah.



Last nak share adalah pasal pergola ni. Plannye nak jadikan pokok menjalar sebagai teduhan pergola ni. Pokok tu pon masih kecik lagi. 



Okeh last sekali nak share bajet untuk decking, pangkin dan pergola ni. Untuk rujukan semua. Sekiranya ada yang berminat.



Pangkin RM900
Kolam kayu + Lattice Kolam RM520
Decking RM1400
Pergola RM580

Total: RM3400

Untuk kolam air terjun tu kami tambah kemudian. Beli dari Nilai 3. Pemasangan untuk decking pangkin pergola ni dibuat selepas 5 hari pembayaran deposit. Depo adalah 40% dari keseluruhan kos. Dalam masa 3 hari semua ni siap dipasang. Alhamdulillah...

Semoga perkongsian ni bermanfaat bagi sesape yang tengah mencari konsep deko rias laman ni. TQ sudi singgah sini. Wasalam :)

Read More

Monday, August 11, 2014

Raya - Raya Anggerik

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Alhamdulillah tertunai jugak hajat nak jemput kawan-kawan datang beraya kat rumah. Open House?? Eh takla, just simple jamuan je. Jemput pon kawan-kawan yang dekat2 je pon. Ynag seronoknye dak Afham la. Ramai kawan berkejor sana kejor sini.

Picture ruang tamu pon lupe nak snap. Duk sibuk kejor anak dan borak. Deco pon simple2 je. Anak kecik kan, mana leh nak letak barangan kaca ke hape. Isi kuih raya pon dalam bekas tupperware ajer. 

Yang kelakornya, plan asal konon jemput kul11 tengahari. Ingatkan sempat la kan. Balik pasar pon kul 9 pagi dah. Kuang kuang. Balik-balik berkejor dengan anak. Sejak nak dapat adik ni, Afham mana nak kat abah sangat, asyik berkepit nak duk celah ketiak ummi je kojernya. Mau tak stress mak!!

So, tunda punye tunda akhirnya jam 1 tengahari baru start. Tu pon sebelom tu de kejadian ngeri. Dak Afham tersangkut kepala celah grill. Cuak panik sume ada. Menangis toksah cakapla sampai teresak-esak. Akhirnya dapat kuar tu pon dah 10 minit kot. Mengiringkan die baru dapat kuarkan. Grill lupe nak snap pulak. Kepala sangkut kat bentuk S kat tengah tu, kontraktor grill wat besor sangat size tengah tu. 

Cplud masak simple2 aje. Nasi minyak Teganu style. Rempah from kampung la. Resepi nanti kendian la share. Jemput tengok. 


Segan nak share pic ruang makan ni. Belum siap sepenuhnya dekorasi. Tunggu bajet jatuh dari langit kot. haha~ 


Ni hidangan utama. Sampingannya ada brownies, kek masam manis dan kuih raya. Sumenya lupe nak snap!


Dayah A dan family. Kawan uni dulu. Makan kat pangkin luar rumah. Kisah pangkin kolam bagai ni blom citer lagik kan. Nanti2 la yer. Photog blom snap lagik. Snap kat henpon xcantek. Haha~



With Ucha my opismate. Anak die duk berkejaran ngan dak Afham. Kawan tu alahai suke sesangat la die ramai kawan. Sampaikan pagi tadi tak mo pi taska. huhu~


Bergambar bersama Dayah. Iolls is gemuk sangat. 

Petang tu de lagi family asben dan kawan opis. Tapi tak sempat snap picture dh. Duk sibuk borak je sampai anak berak pon hold nak basuhkan. Haha~

Alhamdulillah. Nanti akan de lagi siri ke2 ke3 ke selagi Syawal ni kan. Nak wat sekaligus tak larat den. TQ semua yang memeriahkan umah kami. Walaupon penat tapi hepy sangat tau. Nasi minyak Alhamdulillah licin ;) 

Tu je nak share. TQ sudi jenguk sini. Wasalam :)

Read More

Thursday, May 15, 2014

Pertandingan "Deco Inspirasi Rumah/Syurga Ku"

*sticky post* 
*scroll bawah untuk entry terkini*

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,

Dengan rasa rendah diri, cplud ingin menjemput semua untuk memeriahkan contest yg dianjurkan oleh page Deco Rumah Ku Syurga Ku di facebook. Contest bermula pada 2hb Mei berakhir pada 15hb Mei 2014. Motif join pon sekadar ambik pengalaman je suka2. Ni kali ke 2 join contest. Kali pertama kat Group Kami Suka Susun Atur. Walaupon tak dapat LIKE terbanyak, tapi ioll hepy sebab dapat jumpe ramai sangat kenalan disamping belajar susun atur dari depa semua. 

Untuk contest kali ni, hadiah depa semua menarik bangat! Teruja pulak. Tapi niat join pon sekadar memeriahkan contest disamping mencuba nasib gak sebenarnya. Huhu~ Bagi yang rasa pic di bawah ni patut diberikan 'LIKE' cplud sesangat hargai okeh! Kalau tak tak payah pening2 nak like yer. Huhu~

Tapi korang, bukan boleh senang2 cenggitu je nak LIKE. Korang kene join group dulu tau. Admin dah approve baru leh LIKE. 


DIRK 19

Peraduan “Deco Inspirasi Rumah Ku” !! Pemenang akan dipilih berdasarkan undian “LIKE” terbanyak.
Peraduan akan bermula pada 2hb MEI 2014 dan akan berakhir pda 15hb MEI 2014.
Hadiah Di taja Oleh :
Hadiah berupa:

1.perabut dari KAYU JATI sponsor oleh Wan Jati Furniture
2.Hamper TUPPERWARE BRANDS benilai RM200 sposnor oleh Are Wee tupperware
3.Barangan Minuman Kecantikan PERLA COFFE sposnor oleh Yantie Diezatie's
4.Suiz Deco sponsor oleh Fazly Sani
5.Tudung Layer sponsor oleh
6.Wall DECO sponsor oleh Next Wall Deco
7.Barangan Perhiasan rumah sponsor oleh Tabby Cameo Int
8.Deco Kaligrafi Stiker 
9.Pemangang ajaib sponsor dari SInar Nurul
10.Wall Paper sponsor dari Wallpaper Ezy

Okeh TQ pada semua yg LIKE dan yang sudi jenguk baca entry cplud ni. Wasalam ;)

Read More

Wednesday, April 30, 2014

hsh: Mini Taman hasil sentuhan Incik Suami #1

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Tak tau nak mukadimah camna yer, huhu~ Cplud nak share projek Taman/Kebun Mini hasil sentuhan incik suami. Kagum si isteri tengok. Patut orang pempuan ni suke bunga2 tapi cplud ni bukannya tak suka. Tapi entahlah rasa cam tak sempat. Ada kelapangan incik suami, sikit2 lama2 tengok dah jadi kebun cantek ni. Asalnya umah kami beli memang takder tanah langsung. Kat hujung penjuru pagar sket tu pon dalam 1 kaki cenggitu jer. Hasil kerajinan incik suami, sket2 die gerakkan projek kebun ni.

Alhamdulillah dikurniakan suami yang betul2 rajin. Dari umah sewa dulu lagi gigih tanam rumput karpet ni haa. Asben masih sambung belajar, PhD Alhamdulillah ada la masa sket. Tapi time die bizi toksah cakapla. Tengah malam nu tak tidoq duk siapkan keje. Eh eh katanya nak citer pasal kebun tapi melalut ke lain pulak. Tak reti aih nak type pe lagi ni. Meh kite layan gambo kebun mini kami ni...



Ni kiranya keseluruhan la. Dari pandangan berbeza.





Meh kite zoom in lagi. K, ni luar pagar tau. Bunga ni cantek. Tak tau pulak nama pe bunga ni. Tapi kat kampung kedah banyak bunga ni..





Ni kat porch. Batu bata tu pon lebihan yang renovate umah yang lepas. Asben de beli sket lagi tambahan buat tembok kat taman.



Ni pandangan sisi. Pokok cili yang dibeli dari Cameron Highland. Pedas mak aih. Sedap ni.. huhu~

Alhamdulillah bersyukur. Tengah mengumpul duit ni nak buat pangkin sket. InsyaAllah moga dipermudahkan. Owh ye lupa nak share, kebanyakan bahan2/pokok2 kat taman ni asben pi beli kat nursery area Mantin nu. Kat Nilai pon ada tapi cam mahai sket la. Batu tu pon suma beli kat Mantin jugak. 

Okeh setakat ni nak share pasal Taman/Kebun Mini di Teratak kami suami isteri :) TQ sudi singgah sini. Wasalam :)
Read More

Friday, March 21, 2014

hsh: Our Simple Deco Living Hall

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,

Cepatnya dah Jumaat kan. Redup2 petang Jumaat ni, cplud nak share susun atur Ruang Tamu yang sangat simple. Tanpa bunga bungaan dan aksesori yang mewah dan cantek. Just nice ajer. Walaupon simple, ruang ni la tempat berkumpulnya kami sekeluarga untuk aktiviti keluarga disamping layan si tecit kami sepahkan mainan. hoho~



Keadaan sebelum dan selepas diubahsuai. Alhamdulillah rumah yg kami beli memang dah siap2 extend so ruang tamu bagi kami agak luas sebab tak perlu kongsi dengan ruang makan. 





Before this cplud pernah share kt group Susun Atur kat FB dan Alhamdulillah dapat feedback dan kritikan membina dari semua. Especially part TV console tu. Memang agak tinggi. Sebelum pasang memang dah tanya pendapat semua, tapi tak sangka dari gambar ni nampak tinggi. So far kami selesa aje. Dan Afham tak de nak main2 kat TV tu. Kami hargai pandangan semua. 




Meja kayu sebelah rak buku tu pulak sebenornya tempat buat kerja opis yang dibawa balik ke rumah. Tak dan nak disiapkan di opis kekdahnya. Nampak agak pelik, patut time snap pic ni sorokkan je meja tu. Hehe~ But the reality is meja tu memang duk kat situ pon sampai la ni. huhuhu~

Kufi order from my frend, Creative By Two. Boleh follow IG #creativebytwo dan FB Creative By Two. TQ korang untuk hasil superb ni. Ada 2 sebenarnya kufi ni tapi lagi satu belum tampal lagi masa pic ni snap. Jam pulak default IKEA punye jam dulu. Belom jumpe yang betul2 nice dan modern gitu. :)

Karpet simple but nice tone color tu kami beli kat Nilai Square ajer. Almaklumlah kami ni duk Nilai, bila2 masa leh terjah shopping karpet ni. Huhu~

Citer sofa pulak, kami beli fresh from kilang. FOFS kilang kat Semenyih. Gigih cari kilang ni sebab nak dapat harga murah. Kualiti superb. Thanx ucha share tempat ko beli sofa ni. Sangat puashati.. :)

Ni sajalah nak citernya. Entry pon dah lama terperam kat draft. Nak menaip panjang2 pon xreti dah sebab memang agak lama tak hapdet blog ni. Sempat blogwalking je bila nak taip entry macam2 lah kekangan nya. Alhamdulillah syukur dengan nikmat pinjaman Allah swt kepada kami sekeluarga :)

Sekian, TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)
Read More

Monday, February 24, 2014

hsh: Dapurku Syurgaku...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Agak jarang bersiaran sekarang ni. Tapi bw tetiap hari tau. Nak baca update terbaru rakan2 blogger semua. Okehla, patutnya dah lama ada sambungan dapur cplud ni kan. Tapi baru sekarang nak citer. Dapur biasa2 saja Alhamdulillah bersyukur. Ada sedikit rezki kurniaan Yang Maha Esa kite gunakan untuk sesuatu yang penting jugak ye. 

Cplud nak berkongsi dapur kami yang pada asalnya memang agak teruk keadaannya terutama part cornice yang tercabut dan sinki yang tersumbat semua. Dengan sedikit bajet yang ada, kami gunakan sebaeknya utk merancang itu ini demi untuk mencantekkan disamping mendapat keselesaan kami sekeluarga. 



Pic pertama ni keadaan sebelum dan selepas dapur kami. Pic sebelum tu hubby snap masa 1st time lawatan ke bakal rumah kami. Masa ni agak berkecah penyewa lama umah owner masih dalam proses untuk pindah ke rumah lain. Kalau perasan, dapur asal tu dah ada table top. Asalnya kami nak pakai ape yang ada je. Tapi memandangkan keadaan table top tak sama tinggi, especially tempat masak tu, kami pikir2 nk robohkan dan buat baru je. Build in cabinet jer. Tempat yg de peti ais kecik pic sebelum diubahsuai tu kami jadikan ruang makan sekarang. Tapi konsep dan idea yg sesuai masih belum dapat lagi. Jadinya cplud tak share ruang makan kami dulu. Nanti bila dah settle puas hati sume baru akan dikongsikan, InsyaAllah...



Pandangan dari tepi dapur...



Pandangan dari ruang makan...

Alhamdulillah bersyukur dengan pinjaman sementara ini. Paling banyak pelaburan pada kitchen ni sebenarnya. Moga dapat memberikan yg terbaek buat keluargaku.. 

Sekian, TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)
Read More

Monday, January 13, 2014

hsh: Makeover Lantai Tangga Rumah

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Masih bercerita pasal rumah lagik. Huhu~ Kalini pasal tangga rumah sebelum dan selepas makeover. Asalnya tangga ni tak termasuk dalam list ubahsuai sebab masa quotation dengan kontraktor rumah dah minta repair sekali tangga ni termasuk dalam kos lagi. Tapi masalahnya cam tiada perubahan ketara dan lantai nampak makin comot dengan kesan cat. Ni pon dah bersihkan tapi kesan still sama. 

Pada awalnya memang kitorang nak pejam mata je dengan tangga ni, tapi bile pikir ade si kecik dan turun naik dari bawah ke atas ni agak kerap jugak terutama masa tengah pindahkan barang aritu, so alang2 my husband dah booking lantai kayu untuk ruang tamu dan bilik atas, cplud minta tambah kos untuk tangga jugak. Alhamdulillah pemasangan lantai kayu ni tak mengambil masa yang lama macam pakai tiles. 1 hari jer. Datang dalam kul10 dan siap sepenuhnya dalam kul7 malam. Pemasangan sangat kemas dan HIGHLY RECOMMENDED!! 

Actually rumah kami ni rumah yang dah lama berbelas2 tahun dah dan kami notice yang kawasan ni ada masalah anai2. Mood sangat risau. Kami dah pon buat pes control dan sebelum pemasangan lantai kayu datang lagi sekali cek anai2 dan kami di paras selamat. Tapi kami masih tawakkal harap di masa akan datang tiada masalah yg serius. Amin

Okeh, ni picture tangga sebelum di makeover buat kali kedua..



Ni pulak selepas install lantai kayu. Sedap selesa dipijak dan kemas. Teliti cara pasangnya. Untuk part tangga RM180 untuk 1 anak tangga. Kos dikira mengikut lebar dan bilangan anak tangga. 



Sesapa yang berminat untuk installation lantai kayu boleh hubungi Mr Joe (0123656256). 

TQ sudi singgah sini. Wasalam :)
Read More

Thursday, January 9, 2014

hsh: Kitchen Progress #1

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Entry ni dari tahun lepas lagi duk menjeruk dalam draft. Eh ade ke term 'menjeruk' ni, ah gasakla pape pon. huhu~ Mase ni kitchen in progress. Sekarang dah siap merasmikan lagi dengan bermacam juadah dan semangat baru ke dapur baru even penat lelah pon still memasak gak. pheww~ Bukan sebab dapur baru je, tapi dah memang tanggungjawab isteri memberikan yang terbaik untuk both anak dan suami. 

Okeh, sekarang ni cam tak tau nak taip panjang2 ni, de gambor kiter citer melalui gambar jerla yer.. Pic bawah ni keadaan dapur asal owner lama dalam proses pecah tile. Pic kanan adalah dapur asal standard sebelum di extend. Dapur lama dijadikan ruang makan kami sekeluarga. About a month settle part renovation tukar tiles ni, tanpa melibatkan tambahan struktur bangunan baru. 



Pic bawah ni pulak dah siap pasang tiles. Kitorang pilih tiles hitam 2x2kaki.



Proses seterusnya tambahkan tiles petak2 hitam putih tu ukuran in between table top dan kabinet ruang atas dan jugak tukar tingkap jenis nakuh kepada aluminium sliding... Masa ni lantai ya ampun memang teruk giles kesan pijakan sume. Nasib incik husband cuci dengan acid dan kitorang entah berapa puluh kali bersihkan baru nampak cantek dan selesa dipijak. Masa gambar ni diambil, kerja2 memasang plaster ceiling sedang berjalan so memang berkecah gakla keadaan rumah time nih. Kalau perasan ada sedikit ruang kaler grey tu adalah ruang makan kami. Terselit jugak pic Mr Nick dari Everskill ni. Tengah buat ukuran akhir sebelum install our kc...



Finally, keadaan dapur selepas dipasang kitchen kabinet. Tapi time ni belum pasang table top lagi. Next entry cplud akan wat sambungan plus susun atur kat dapur ni yer. 



'Dapurku Syurgaku'... Cewaaah...

Sekian saja kali ni. TQ sudi singgah sini. Wasalam ;)


Read More

Monday, December 23, 2013

hsh: Proses Belian Rumah SecondHand

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Lama tak menaip entry kat blog ni kan.. Actually banyak lagi benda nak citer tapi lately sibuk nau dengan moving project ke rumah baru. InsyaAllah this week kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru. Memang kene pindah jugak this week sebab ni je last week for Disember. Tuan rumah sewa pon dah tampal notis rumah untuk disewa kat rumah sewa kami ni. Banyak kenangan kat rumah sewa ni. Walaupon sempit dan kecik tapi rumah ni la syurga kami. Miss this home pasni.. Tapi kalau rindu pon leh datang jenguk lagi rumah ni sebab yang nak pindah pon kawan cplud jugak. huhu~



Okeh berbalik pada tajuk entry, actually entry ni cplud nak menjawab pertanyaan anon yang akan beli rumah subsale cam kami jugak. Dan persoalannya harga rumah melebihi nilaian semasa. 

Actually kami pon sebenarnya mengalami situasi yang sama dengan cik/puan/tuan anon jugak. Almost 60k jugak kene topup sebab nilaian rumah kami hanyalah mencecah 200k sahaja sebab rumah kami kategori intermediate jer. Tapi kami ada kekuatan sebab rumah kami ni dah renovate dengan keluasan besar jugak. Kami pada mulanya yakin akan dapat 260k harga nilaian ni. Cewaaah. Sebab rumah dah renovate lah kononnya. Kami call JPPH untuk dapatkan market price semasa. Dorang cakap kami boleh dapat harga tu tapi................................ kami kene dapatkan pelan rumah yang direnovate dari owner. Ingatkan senang je proses tu, so kami contact owner mintak pelan tu. Yang jadi masalah kami, owner tak buat pelan since die pon beli rumah yang dah direnovate. OMG!! Camna tu?? 

So husband survey pelukis pelan rumah kat internet, rata2 cecah ribuan ringgit. Wow! Banyak tu. Pastu kami ke Majlis Perbandaran Nilai tanya kat sana ada khidmat pelukis pelan dan senang untuk dapatkan kelulusan pelan tu sekali kan.. Dapat, tapi after opis hour die boleh buat pelan tu. Alkisah menunggu bermula di sini...

Okeh pelan kami dapat tak sampai seminggu pon, tu pon lepas push orang MPN tu dan bayar dulu siap2 kat dorang. Phewww~ Kalau tak lagi lama agaknya. Okeh kami dah settle bayar sume2 tu kt MPN baru dorang leh mohon untuk kelulusan di MPN dimana proses menunggunya dalam masa sebulan. Ingatkan senang je dah dapat pelan boleh hantar kelulusan terus kan. Masa tu dah semakin suntuk dah masa tu dan kami kene submit ke JPPH dengan cepat. 

Disebabkan sebulan masa untuk dapatkan kelulusan, kami pon mencuba nasib hantar dulu pelan yang tiada kelulusan lagi. Kami hantar by hand ke JPPH. JPPH cakap insyaAllah kami boleh dapat 260k tu, tapi JPPH taknak terima pelan tanpa cop dari MPN. So dokumen kami dipulangkan dan kami kene tunggu MPN jugak. 

Okeh berbalik citer kat MPN pulak, lepas kami submit full complete dokumen (surat kebenaran jiran untuk renovate dll) dan dah bayar denda sume2 yang mana cecah 2k++, so kami ingat cepatlah prosesnya kan. Tapi kami sangkut kat MPN pulak. Staff incharge tu ambik masa 2 weeks untuk compile sume dokumen kami untuk hantar sign kat bos. Setiap hari kami push MPN sampai naik muak dah agaknya dengar nama cplud ni. Call sms sume tak jalan jugak dengan bermacam alasan, kami pon ambik alternatif lain emel ke YDP dan Pengarah MPN sampai kecoh kat MPN pasal kes ni. Then akhirnya selepas 2 minggu baru dokumen kami dihantar untuk kelulusan. Tak abes sampai sini, kami terpaksa menunggu sehingga sebulan. Genap sebulan, baru siap. Alhamdulillah penantian akhirnya berbaloi. Syukur Ya Allah...

Then macam biasa lawyer akan completekan dokumen tuk submit ke JPPH. Kami minta lawyer je curier sebab masa tu sangat bizi tak dapat nak hantar by hand. Di JPPH pulak 8 hari bekerja kami akan dapat keputusan. Alhamdulillah after 8days waiting akhirnya siap. 



Actually kami dah submit awal ke BPP, so just tinggal follow up jela. Cplud tiap hari check kt BPP status keputusan. Alhamdulillah after 5days dapat result dimana pinjaman kami diluluskan dengan amount yang dipohon. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga. 

Ini lah pengalaman yang sangat indah buat 2013 kami. Kami diuji dengan bermacam dugaan dan akhirnya di penghujung kami dapat sesuatu yang membahagiakan. Syukur.. :)

Okeh bagi kes anon diatas yang sama dengan kes kami, untuk dapatkan harga nilaian JPPH tu boleh dengan syarat rumah tu kene ada pelan asal rumah dan sekiranya harga terlampau tinggi, pembeli kene dapatkan pelan rumah extend tu. InsyaAllah urusan akan lebih mudah sekiranya penjual yg sediakan siap2 pelan rumah. Penting tau pelan rumah ni! Cplud tak tau rumah anon camna, kalau dah renovate tu insyaAllah akan dapat harga yang melebihi market price tu. Harap dapat menjawab persoalan anon yer. Minta maaf kiranya explanation kurang jelas. Anon boleh terus ke emel cplud je kiranya nak dapatkan penjelasan lebih lagi. miera486@gmail.com. Semoga urusan belian rumah anon dipermudahkan. Amin

Our future Home Sweet Home teduhan kasih kami anak beranak versi sebelum dan selepas diubahsuai :)



Pesan cplud: Jangan cepat putus asa dengan ujian Allah swt. Bersabar dengan ujian dan kepahitan kerana dihujungkan kita akan dapat kemanisan. InsyaAllah. Sekiranya bukan sekarang mungkin akan datang dan mungkin kemanisan itu kita akan dapat di akhirat yg kekal abadi. Wallahualam :)

Sekian TQ sudi singgah baca entry panjang berjela cplud ni :) Wasalam...



Read More

Friday, December 6, 2013

hsh: Plaster Ceiling Progress #1

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Dah lama takder citer pasal progress rumah kan.. So arini cplud nak citer sketla pasal progress plaster ceiling kat bakal rumah kami. Alhamdulillah senang berurusan dengan kontraktor ni, Abg Shahrin. Sangat berpengalaman dan teliti hasil kerja die. Cumanya kene booking awal la. Kitorang dulu 1 months booking, pastu pas sebulan baru mula kerja. Penatnye part menunggu tu la. Tapi tula, at least boleh kumpul duit dulu ye dak?? Hehe~

Kite tengok gambo dulu la hasil kerja nya yer. Then boleh la dipikir2 nak contact or camne kan...

Tu dia! Lori dah sampai depan rumah...



Cplud share ni part living hall jer tau. Sebab ni la core die dan paling rumit. Yang lain2 nanti di lain entry. 

Ni ceiling asal. Owner lama dah buat plaster ceiling. Tapi design ni lama punye. Kitorang nak yang moden minimalis gitew.. 



Kerja-kerja pemasangan bermula selepas merobohkan plaster ceiling lama... Ambik masa jugak pasang2 besi ni sume. Tapi tak sampai 1 week pon. 2 3 hari gitew jer...



Sesi touch up pulak... 



Ok, dengan rasminya semalam abg shahrin wasap gambo kat husband yg living hall punye part dah siap.. Yeayyyy! Kagum. Sebijik cam yang husbnd design. Puas hati :) Okeh, ada my frend ask bout price untuk living hall design camni, ok la below than 2k...



Untuk living hall, kami request untuk buat stor jugak menutupi tangga.. Sebelum siap...



Taraaa! Alhamdulillah siap :) Kemas + teliti! Ini yg customer mau! Bayar mahal pon tak per yang penting customer puas hati.. Berkat tu yg penting.. Sebab tu la rezki abg shahrin ni tak putus2, pas rumah kitorang banyak lagi projek lain menunggu :)



So plaster ceiling ni HIGHLY RECOMMENDED!! Boleh view fb SBD INDAH CIPTA ENTERPRICE, Plaster Ceiling Specialist Sbdise dan boleh view kat BLOG jugak. 

Ok untuk progress lain2 cam kat bilik dan yang lain2 cplud update kat lain entry yer. TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena