Showing posts with label JALAN2 CARI MAKAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN2 CARI MAKAN. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Yong Tau Fu Best Ever!

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Assalam dear readers,

Yong Tau Fu Seremban Parade! Menggamit memori zaman berdating time belajar dulu. hehe~ Sebelum try yong tau fu kat sini, memang cplud pernah makan tapi tak sesedap kuah yang kat sini. Terletak kat food court Seremban Parade. Memang kitorang ke sana semata-mata nak makan yong tau fu ni. Husband yg perkenalkan kt cplud dan teruslah terjatuh hati. 

Kitorang pergi weekend lepas, dulu berdua sekarang dah ber3. Makcik yg jual tu pon still sama. heheh~ Bawa si tecit pulak kalini...


Yumm yummy~

Tak nak citer banyak, juz layan jerla gambor kami bersama si tecit...



Lain kali harus datang lagi sini. hurrm, yummy yummy... Sekian :)
Read More

Friday, May 10, 2013

Restoran Wadi Hadramawt

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Lame tak review pasal kedai makan @ restoran kan? Okey la, kali ni nak citer pasal satu restoran makanan arab ni, mungkin agak femes kat ibu kota ni. Tapi 1st time cplud dan family datang sini. Balik dari HomeDec baru2 ni, terus gi kedai makan ni jumpe akak ipar kat sane. Dorang rindu sangat kt bambam afham ni. hehe~



Restoran Wadi Hadramawt kat Jalan Ampang. Parking jangan riso, lebih dari cukup. hehe~ 



Kami order Mandy Lamb, roti dan kebab bersama juice. Jom layan pic makanan yg cplud compile. 



Replika Yemenia~

Afham antara yg sangat excited, makan pon kene gilir. Nasib ramai, so ade yg tolong pegang si tecit. Nak letak dalam baby seat, Afham tak bole duduk lagi. Terpaksa pegang. Sekarang ni semua benda nak dicapainya. Sangat lasak. Boboi ummi ni akrif sangat. :)





Restoran ni cplud rekomen kat korang la untuk cuba. Sedap. Harga standard kedai nasi arab lain la. Selamat berkunjung :)



Read More

Sunday, July 22, 2012

Burger Bakar Abg Burn, Nilai

Bismillahirahmanirahim,

As salam to dear readers & followers,

Lame betul tak share tempat makan, so now cplud nak share 1 tempat makan ni yang baru je dibuka area Nilai. Tak nak lepaskan peluang merasa, maka cplud dan suami ke gerai tersebut yang terletak di 

MMA Santai Corner, 
Putra Point Fasa 2B, 
Putra Nilai, Nilai

 

Sehari sebelum Ramadhan, kami ke Gerai Abg Burn ni utk merasai kesedapan beger bakar ni setelah terliur tengok ramai yang upload kt fb pic beger kt sane. Kami cuba 2 beger iaitu beger daging bakar utk cplud dan beger kambing bakar utk incik suami.

Ni burger daging bakar yang cplud order. Sangat kenyang. huhu~

 
Ni pula burger kambing bakar yang incik suami order. Nyum2. 

So, sesiapa yang berdekatan area Nilai ni, bolehla mencuba keenakan beger bakar ni yer. Walaupon harga agak mahal iaitu lingkungan RM10++, rasanya berbaloi gak la sekali sekala makan cini :)

Dibuka bermula jam 6 petang sehingga 12 tgh malam. Kalau bulan pose ni, after terawih boleh la pakat ramai2 datang :) Selamat menikmati keenakan beger bakar Abg Burn nih yer. As salam.



Read More

Thursday, February 9, 2012

Jijan: Ayam Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum readers,

Pernah sebelum cplud citer tentang Restoran Jijan yg terletak di Kg Jijan, Sepang ni kan..

Klik SINI & SINI...

Kalau sebelum ni kite cuba Nasi Ayam & another menus yg laen, so kalini cplud mencuba Ayam Masak Lomak Negori nih. Nak cuba la jugak camno orang nogori masak ni kan. Alhamdulillah rs sodap, korang boleh mencuba menu ni sekiranya berkunjung ke kedai makan nih yer.

Set nasi + masak lomak...

Ayam masak lomak...

Set nasi putih ngn ikan masin + sambal belacan + ulaman..

Santai jerla.. Best dan tak rugi korang mencuba menu ni... :) Sekian, wassalam...
Read More

Golden Fortune Pizza

Salam to all readers,

Korang dah mencuba FEAST ON ABUNDANCE FOR A FORTUNE FILLED YEAR PIZZA?? Harus cuba & rugi tau kalau tak cuba. Bagi penggemar udang tempura cm cplud ni, pizza ni amatla sesuai.

Ok jom kite tgk pe yg menariknya pizza ni!!!

The menu......

Yummilicios Golden Fortune Pizza!

The set of Treasure Platter...

Again, yummilicious pizza in the house!!! hahaha~

Bakal suamiku........

It's me! Tersipu2 dapat makan pizza best nih :)

Okeh sekian. Jumpe di laen entry...
Read More

Saturday, December 3, 2011

Ultimate Cheesy Bites Pizza

Salam to all readers,

Yummy yummy. Dapat gak den raso Ultimate Cheesy Bites Pizza ni last few weeks, uhhu~ Thanx en tunang belanje cplud. Makan dengan gembiranya, sanggup tak makan tengahari. uhhu~ Bukan xley beli sendiri, saje ngade2 ngn en tunang mintak belanjer. ekekeke ;) Tak tau nak tulis per, layan jolah pic den yoo!

Yummy yummy.......

A slice of cheesy bites pizza...

Auuuuummmm ;)

Harusla cplud makan ngn sopannya. Ahahahaha ;)

Alhamdulillah ngn kurniaan rezeki dariNYA. Amiin ;) Sebelum menoktahkan coretan ni, cplud dan tunang ingin mengucapkan

"Selamat BerGRADUASI to our beloved ISA's Juniors & Kengkawan Master yg cplud sayangi ~Yiyen, Yaniez, Kak Ija, Bell, Shu, Siti ~!!!"

Read More

Monday, November 21, 2011

Jom Pekena Sata Ganu.....


Salam to all readers,

SATA @ SATAR yang terkenal di negeri pantai timur ini merupakan makanan ringan yang begitu popular di kalangan rakyat pantai timur serta pelawat negeri lain. Bak kata en tunang, tak sah kalau datang Ganu ni tak singgah beli sata nih.

Salah satu warung sata terkenal kt Ganu ni adalah Warung Aziz Satar di Cukai, Kemaman. Lokasi bersebelahan stesen bas Kemaman. Actually, tempat ni diperkenalkan oleh en tunang mase die datang Ganu bersama kawan die sebelum nih. See.... Cplud rakyat Ganu pon enggak tau tempat nih.

Warung Aziz Satar

On the way pulang ke Nilai Selasa lepas, kami singgah sini makan sata. Time tu kt Ganu mmg hujan tak berhenti, cume bila dah samai Kemaman ni, hujan dah renyai2. Sata kt cni the best la, kata en tunang cmtu la. Cplud pon rasa nice la. 10 biji tuk RM5 ringgit, so kami order RM10, dapatlah 20 biji. Selain sata, kat cni juga de hidangkan masakan lauk tengahari, otak2 dan juga air kelapa. Rasenya masakan panas pon ada jugak.

En tunang dan sata kegemarannya...

Sata jugak untuk cplud...

So, korang sume kt luar sane, klu nk pekena Sata Ganu ni, silalah datang ke Warung Aziz Satar nih yer. Okey, babai....

Read More

Sunday, September 18, 2011

Aunty Aini's Garden Cafe

Salam to all,

Selamat berhujung minggu semua. Harap2 sumenya sihat yer ;) Okeh, kali ni nk berkongsi 1 lagi restoran kt area Nilai. Kitrg pegi tuk berbuka pose last week Ramadhan yg lepas. After opis hour, gerak ke sane. Untuk mengelakkan tidak mendapat tempat ke sane, kami order dulu dgn hubungi cafe Aunty Aini's ni. Sampai jer, xderla nk kne tggu lame sgt tuk berbuka tuh. Jom layan pics.. Pic kali ni tak bape clear, lighting xcukop kot. Ape pon jomla tgk pe yg bestnya kt Aunty Aini's ni yer. Kami dtg pon utk berbuka, so tak sempat nk explore sgt taman kt sane. Owh yer, masing2 memilih tema western food kt cni. Untuk makluman semua, cafe ni jugak menyajikan masakan negori. Tapi cplud blom torai lagik ;)

Cafe ni tepi jalan jer, org tak biase tkutla terlepas pandang..

Ni pandangan dari dekat, cplud zoom in sket

Bergambar kenangan.. ~Ain, Isma, Wahida, Hajar, Kak Ina~

Bergambo lagik. Alamak oooi, nape saye nmpak tersgt gemuk disitu. Ni salah posing nih. hehe (nak cover lah tuh..)

Kami reserve dan order siap2, so tak perlu cari tmpt dan order lg kt sane

Bergambo lagik.. Isma+Fakrul (dorang ni xlame lagik nk kawen dh. hehe)

Kak Ina, cplud dan Dhea

Sweet Hajar & Dhea

Layan makanan jom............

Chicken chop with Black Pepper Souce

Lamb chop with Black Pepper Souce

Roasted Chicken

Errrrkk.. Dah kenyang. See the plates, licin sumenya ;)

Akhir sekali, desert homeade Aiskrim. Bagi sesape yg nk berkunjung ke cni, sila salin alamat di bawah:

"Aunty Aini's Garden Cafe
Batu 16, Jalan Sepang
Kampung Chelet
71800 Nilai,
Negeri Sembilan"


Waktu perniagaan seperti tertera dibawah:

"Isnin-Khamis: 11.30am-3pm, 5.30pm-11.30 pm
Jumaat-Sabtu: 11.30am-3pm, 5.30pm-12.30am
Tutup pada hari Ahad"

Read More

Sunday, July 31, 2011

Sesi Makan2 @ Sunita Tomyam Seafood

Salam penghujung Syaaban,

Sempena hari baik bulan mulia ni, cplud nk share sketla 1 tempat makan menarik ni kt Salak Tinggi, Kg Salak. Betul2 berhampiran masjid Salak. Actually ni kali ke2 kitrg makan cni, 1st time setelah tersesat ke Sepang. Ingatkan area masjid Sepang, rupenya kt Salak jer. Thanx to my frend, Faeza sbb perkenalkan tempat makan ni kat kami.

Actually, makan2 ni sempena nk celebrate my besday on 4th August dan jugak my dear en tunang's besday yg jatuh pada 1hb Ramadhan. Senang betul nk igt besday die ;) Ramadhan kali ni, xdapatla nk berbuka bersama lagi seperti 6 tahun yg lepas. Sebabnya kali ni en tunang bermastautin kt kg sepanjang bulan pose nih. Takperla, jnj die wish on my besday tu nnt..

Ni muke budak xmalu sambut besday awal seminggu. Tersipu2 je bile en tunang ckp, budak xmalu smbut besday awal. Hehehe~

Ni besday boy kite, 1hb Ramadhan ni genapla 26thun umur my fiancee nih. Hepy besday in advance sayang ;)

Merenung ape tu cik abang oiii ;)

Seperti bese, kirg order air suam jer dan teh o ais.. Air suam ni bagus tuk kesihatan ;)

Menu kami simple ajer, bersederhana dalam berbelanjer dan menjamu selera, cewaaah ;) Kami juz order nasi putih + tomyam ayam + kailan ikan masin....

Tak dilupe juga udang tepung + sotong tepung yg mantops nih ;) Sedaap....

Ade kelapangan, bolehla makan dan juga berbuka pose kt Sunita Tomyam & Seafood yg terletak di Kg Salak nih ;)
Read More

Saturday, June 11, 2011

Nasi Arab Damsyik


Salam to all readers,

Last Thursday, cplud dan en tunang gi makan kt Restoran Nasi Arab Damsyik kt Senawang, Seremban. Actually nk makan cni mase besday en tunang yg lepas, tp hari tu kebetulan restoran ni tutup (Selasa). Untuk pengetahahuan sume, restoran ni buka setiap hari kecuali Selasa.

After opis hour, kitrg bergegas ke Senawang melalui Lebuhraya Lekas. Kebetulan hari tu cplud pose, so ajkla en tunang teman berbuka. Ekceli ni first time kitrg dating selepas bergelar tunang. Huhu~ Rasa cm lg best drpd mase kapel2 dulu ;)

Kalau sape2 dari Nilai, sebenarnya x jauh pon perjalanan. Kitrg gerak kul 6.30 ptg dan sampai sane 5 minit sebelom berbuka iaitu kul7.10 mlm. Dari Nilai, kitrg lalu highway Lekas dan trus ke destinasi paling hujung lebuhraya iaitu Senawang. Kuar highway, trus je sampai jumpe traffic light dan ambik kanan utk ke Seremban. Dah ambik kanan tu, trus je until sampai Pusat Dakwah kt Paroi. Pastu masuk kiri, trus je sampai jumpe signboard Taman Bougainvilla. Bila dah jumpe signboard tu, bersedia ambik kiri, tepi jln tuh je Restoran Nasi Arab Damsyik.

Kitrg tergerak nk mencuba keenakan nasi arab kt cni setelah tgk rancangan Jalan2 Cari Makan kt tv3. Huhu~ Service kt cni mmg cepat, baru order x sampai 5minit, makanan dah sampai kt meja makan. Panas2 lak tuh. Nampak cm sedap kan. So, cubalah rs. ;)

En Tunang order set nasi arab kambing, RM13..

Cplud lak order set nasi arab ayam, RM10. Ayam die lembut sgt, pastu byk sgt sampai x terlarat den nak abeskan ;)

Istimewanya kt cni berbanding restoran arab yg laen adalah, nasi arab nya dihidangkan bersama yogurt dan sambal. Bese restoran laen juz bg sambal tuh jer. Pastu die punye sambal tu sedap & kene selera org melayu. Sedaaaaap ;)

Air pulak kami order teh pudina. Sungguh menyamankan tekak org pose nih ;)

Alhamdulillah kenyang. Puas hati la makan kt cni. So, sape2 nk cuba bole dtg ke Restoran Nasi Arab Damsyik nih. Ni alamatnya:

"No 1, Jalan Bourgainvilla 1,
(Dekat Jalan Paroi – Senawang),
Taman Bourgainvilla,
70400 Senawang, Seremban,
Negeri Sembilan "


Okey, sehingga berjumpa lagi di laen entry. Selamat mencuba keenakan nasi arab di cni ya! ;) Salam

P/s: Pasni nak gi makan lagi la kt cni ya en tunang ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena