Showing posts with label WESTERN FOOD. Show all posts
Showing posts with label WESTERN FOOD. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

Macaroni Bakar

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,

Menu western pulak kalini. Menu simple2 ajer untuk breakfast weekend yang lepas. Menggunakan bahan sedia ada kat rumah jer. Actually first time mencuba resepi ni. Resepi dapat dari buku 360 resepi Chef Haneliza. Alhamdulillah walaupon tak menjadi sangat die punye texture, tapi rasa sedaaaap :)



Blur sudah nak taip pe lagi ni. Hahaha. Okeh terus ke bahan2 la ye. Cplud just perlukan macaroni, puri tomato, ayam cincang, sos preggo cendawan, capsicum, slice cheese, ceddar cheese dan oregano kering. Minyak zaitun dan juga bawang holland cincang dadu serta garam...

First you all rebus makaroni dan tambah sedikit minyak zaitun. Settle part rebus, kite masak bahan sos pulak yer. Tumis bawang cincang dengan minyak zaitun. Then masukkan ayam cincang. Tambah sket je air dan masak sampai ayam tu masak. Pastu masuk puri tomato, seterusnya sos preggo, capsicum yang dipotong dadu dan taburkan oregano kering. Kacau2 dan perasakan. Tunggu sampai masak. 

Seterusnya dalam loyang bakar, masukkan macaroni yang telah ditos, kemudian tuang sos tadi. Gaul sebati. Bahagian atas susun slice cheese, kalau cam loyang ni 3 keping cheese slice. Then taburkan keju parut. Bakar dalam oven selama 30 ke 35 minit dengan suhu 180 darjah celcius.



Lupe nak snap pic sebelum masuk oven. Ni hasil after masuk oven. 



Sedia dimakan. Afham pon suke sebab langsung tak pedas :) Selamat mencuba.

TQ sudi jenguk sini. Wasalam :)

Read More

Sunday, July 22, 2012

Burger Bakar Abg Burn, Nilai

Bismillahirahmanirahim,

As salam to dear readers & followers,

Lame betul tak share tempat makan, so now cplud nak share 1 tempat makan ni yang baru je dibuka area Nilai. Tak nak lepaskan peluang merasa, maka cplud dan suami ke gerai tersebut yang terletak di 

MMA Santai Corner, 
Putra Point Fasa 2B, 
Putra Nilai, Nilai

 

Sehari sebelum Ramadhan, kami ke Gerai Abg Burn ni utk merasai kesedapan beger bakar ni setelah terliur tengok ramai yang upload kt fb pic beger kt sane. Kami cuba 2 beger iaitu beger daging bakar utk cplud dan beger kambing bakar utk incik suami.

Ni burger daging bakar yang cplud order. Sangat kenyang. huhu~

 
Ni pula burger kambing bakar yang incik suami order. Nyum2. 

So, sesiapa yang berdekatan area Nilai ni, bolehla mencuba keenakan beger bakar ni yer. Walaupon harga agak mahal iaitu lingkungan RM10++, rasanya berbaloi gak la sekali sekala makan cini :)

Dibuka bermula jam 6 petang sehingga 12 tgh malam. Kalau bulan pose ni, after terawih boleh la pakat ramai2 datang :) Selamat menikmati keenakan beger bakar Abg Burn nih yer. As salam.



Read More

Sunday, April 8, 2012

Fettuccine Meat Sausage

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,

~Fettuccine Meat Sausage~

Menu breakfast yg agak sempoi. Sedap tapi tak ley makan banyak2, nnt muak pulak. hehe~ Penyediaan yg sangat mudah.

Rebus fettuccine dan toskan. Mase rebus tu masukkan sedikit planta or marjerin, untuk elak fettuccine melekat antara 1 sama laen.

Okeh untuk sos, tumis bawang besar yang dicincang, kemudian masukkan pes tomato or tomato puri. Then masukkan sos prego or kimball. Cplud guna kimball cendawan. Masukkan sedikit air. Taburkan oregano dan tambahkan sedikit garam sebagai perasa.

Untuk meat sausage tu, cplud hiris nipis2 kemudian goreng. Untuk hidangan, tuangkan sos di atas fettuccine dan letakkan meat sausage. Taburkan sedikit oregano. Okai sedia dihidangkan. :)
Read More

Monday, January 2, 2012

Spagetti Sosej Ringkas

Salam Tahun Baru 2012...

Spagetti Sosej Ringkas ni menu sarapan cplud pagi tadi. Tak tau nk masak pe for bekfast, cek kt dapur, bahan2 masak spagetti ade. So, cplud pon pe lg, mulakanlah hobi memasak nih. Resepi mudah sgt, bahan2 pon mudah bangat seeyh. Nak cuba?? Jom kite tgk resepi cplud ya!

::RESEPI SPAGETTI SOSEJ RINGKAS::

BAHAN2:
1- Bawang besar dicincang
2- Sosej dihiris nipis (kuantiti ikut citarasa masing2)
3- 2 sudu besar tomato puree
4- 3 sudu sos pasta kimball (cplud guna perasa cendawan)
5- Oregano
6- Secubit garam
7- Spagetti (kuantiti ikut citarasa)

CARA2:
1- Rebus spagetti, tos dan ketepikan.
2- Panaskan kuali, masuk minyak dan tumis bawang cincang.
3- Bila bwg dh kekuningan, masukkan sosej. Kacau biar sebati ngn bawang. Pastikan spagetti masak dan garing sket.
4- Masukkan tomato puree, kacau rata.
5- Masukkan pes pasta kimball dan sedikit air.
6- Kacau rata dan masukkan sedikit garam.
7- Last sekali taburkan oregano.

Okeh siap. Bagi yg suka spagetti sebati ngn sos, masukkan pasta ke dalam sos dan kacau rata. Boleh dihidangkan ;) Selamat mencuba..

Read More

Saturday, October 22, 2011

Spagetti Meatball

Salam to all,

Holla, kali ni dipersembahkan hidangan ringkas beberapa hari yg lalu, Spagetti Meatball. Rase ni resepi cplud paling ringkas. Hahah.. Sume teror kot masak spagetti ni kan?? Mau nengok resepinya?? Sila klik SINI tuk tengok resepi tuh..

Selamat berhujung minggu semuanya ;)
Read More

Thursday, August 4, 2011

Hidangan Ulangtahun ke25 :: Ramadhan ke4


Salam Ramadhan to all,

Wah, dah 4 hari pose. Huhu~ Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan dalam menjalani ibadah puase kali nih. A song to besday girl:

"Allah panjangkan usiaku.... Allah rahmatkan hidupku.... Allah berkatilah hidupku ini........ Allah selamatkan cplud miera......."

Huhu~ Alhamdulillah, tercapai impian masak spagetti sedap. Hehe~ Bertungkus lumus cari resepi spagetti mudah kt tenet, sudahnya wat resepi sendirik jer. Balik keje, trus ajk my frend ke tesco tuk beli brg2 masak spagetti ni. Maklumla, ni 1st time msk spagetti, sebelum ni mkn kt kedai n org masak jer. huhu~ Terkejut gk ngn harge bahan masakan ni agk mahal. Tapi demi keinginan yg membuak2, ku truskan jua niat murniku....

Taraaaa... Ni la hidangan ku berbuka td bersama teman2 ;) Alhamdulillah suke tgk dorg tambah2 makan td. Cplud tak tambah pon, kenyang makan sepinggan. heheh~

Ni hasil masakan yg cplud masak mase berbuka tadi. Hidangan ni tuk 3 orang makan ;) Tu pon de lebih lg, kitrg plan nk wat sahur jer ;)

Ni kuah spagetti hasil ciptaan sendirik. Okey, jom tgk resepi!

:: RESEPI SPAGETTI CPLUD ::

:: BAHAN2 ::
1- 1 labu bwg besar dicencang halus
2- 3 ulas brg putih juga dicencang halus
3- 1/2 tin tomato puree
4- Sos prego (cplud gune dalam 1/2 botol kecik)
5- Bebola daging dalam 8 biji dipotong 4 --> yg ni terpulang la yer
6- Sedikit garam
7- Minyak tuk menumis
8- Oregano leaves

Berpusing2 cari dalam tesco dapatkan oregano nih.. Harga dalam RM8 tuk botol sekecik nih.. huhu~

:: CARA2 ::
1- Panaskan minyak dan tumis bwg putih diikuti bwg besar. Tumis sampai dh jadi kaler kuning maksdnya nk masak la tuh.
2- Masukkan tomato puree, kacau rata.
3- Masukkan sos prego dan air sket. Kacau lagi.
4- Masukkan bebola daging dan kacau lagik.
5- Secubit garam ditabur ke dalam masakan. Tunggu hingga masak dan kaco sekali skala.
6- Last skali, taburkan oregano leaves ni sket dlm masakan ;) Sedia dihidangkan ;)

Alhamdulillah td kt opis ade edaran bubur lambuk free. Rembat 3 tuk member. hehe~ Nampak cam pelik, rase pedas2 dan 1st time rs bubur yg ditumis dulu. huhu~

Ni paaaaaaaaaaaaaling diidam selain spagetti. Tapi cheesecake ni buatan kedai, rembat kt tesco. Marble cheesecake. 1 mase nnt nk bljar jugak masak cheesecake ni, xder lg nk buang duit kt kedai tuk makan kek nih. ;)

Okey la setakat ni dulu la. Pnjg pulak berceloteh minah cplud nih yer. Memalam2 cmni byk pulak idea nk coretkan. kuikuikui ;) Overall, sgt bersyukur dan berpuas hati dapat celebrate ngn hasil air tangan sendirik ;)

P/s: To kucing oren, jgn jeles tgk spagetti nih ya! Nnt dah kawen, tiap hari leh masak utkmu ;)

Read More

Monday, October 4, 2010

Chop & Steak

Salam to all readers..
Kali ni nk upload psl western food pulak, aritu(xingat bila~), sy & opismate ke satu kedai makan yg hidang western food nih, area Serdang. Name kedai makan tu, 'Chop & Steak'. Jalan ke sane tak bape ingat sebab tumpang dorang pi kedai ni. Actually dah 2 kali dah makan kat cni, before pose 1kali, & then kali ke2 after raya. Sedap la & harga standard la. Meh layan pics makanan yg kitrang order ;)

Spageti with meatball (dari pandangan sisi)

Spageti with meatballs pandangan penuh

Chicken Grill ~ni sy yg order

Fish Grill
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena