بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,
Pengalaman terindah... Cplud percaya tiap orang ada pengalaman terindah masing-masing kan. Samela kita semua. Actually cplud lama sangat dah nak share pengalaman bersalin kan our lil Afham. Tapi ada je halangan. Blog sangat lama dibiar tak terupdate. Cplud taknak la setiap yang berlaku sebelum ni dibiar berlalu tanpa ada coretan untuk tatapan anak2 dan saudara rakan taulan. Maka cplud nak share sedikit pengalaman yang secebis ni ngan korang semua.
25 Nov 2012
Sepatutnya cplud dijangka bersalin pada tarikh ni. Tapi sehinggalah abes tarikh nak masuk hari baru masih tiada langsung tanda2 Afham nak kuar lihat dunia ni. Padahal ummi abah tak sabar sangat dah nak jumpe die. Ummi abah tiap masa pujuk Afham suh kuar tau. Tapi Afham duk syok je kt dalam tummy ummi. Pengalaman yang sangat best sepanjang Afham kat dalam perut ummi tau. Saaayang Afham sangat2.
26 Nov 2012
Ummi kene checkup cam biasa. Nurse bagi tarikh selagi belum bersalin untuk teruskan rutin checkup cam biasa. Nurse check baby dah enggage. Mungkin dalam minggu ni akan bersalin. Nurse bagi surat untuk warded pada hari ke 6 selepas due date selagi belum bersalin. Petang tu surat siap, ummi pegi ambik surat kt klinik Nilai.
1 Dis 2012
Masih belum ada tanda, tapi cplud kene warded. Pergi serah diri kat spital Tuanku Jaafar Seremban. Around 12 tengahari cplud datang dengan suami dengan penuh debaran sebab 1st time nak kene warded ni. Malam sebelum tu tak ley tido dah duk pikirkan nak bersalin. Kalau boleh nak cepat2 je bersalin. Lepas daftar sume tu, doctor nak check jalan. Sebelum ni banyak gak cplud baca pengalaman blogger2 pasal ve ni. So, dah bersedia nak rasa kesakitan ni. Sakit jugakla tapi takdelah sesakit nak melahirkan. Hampa sebab jalan langsung tak terbuka. So, settle urusan daftar, kene masuk ward.
Baru masuk ward. Time leh senyum2 borak2 ngn hubby sebab takder rasa sakit lagi..
Baru masuk ward. Time leh senyum2 borak2 ngn hubby sebab takder rasa sakit lagi..
Incik hubby yg sudi teman isteri kt spital. I love u so much syg!
1 Dis 2012: 7.00 pm
Pegi toilet untuk buang air kecil, terkejut tengok kt pantyliners ada darah kaler coklat. Orang ckp tu tanda nak bersalin. Tapi sakit masih belum ada. So malam tu cplud gi jalan2 lawat ward. Borak dengan mummies to be. Kul10 mlm tu nurse panggil suh balik ke katil masing2 sebab kul4 pagi kene buat ctg. (check jantung baby)
2 Dis 2012: 4 am
Nurse kejut bangun siap bawa alat tuk check ctg. Malam tu cplud tido dengan lena sebab pasni memang akan tau tak dapat tido lena dah. Dengar jugak jiran katil tak boleh tido sebab sakit. Check ctg ambik masa agak lama sampai sejam lebih sebab graf ctg tak cantek. Baby gerak2 time nurse pasang alat tu. Baby ummi aktif sgt bila masuk waktu malam. hehe
2 Dis 2012: 6 am
Rasa mild contraction. Cam senggugut. Dalam hati dah rasa mungkin akan bersalin arini. Bangun dan baca yasin ngan surah Maryam. Sampai solat subuh. Hubby datang bawa air kotak milo. Waktu melawat weekend bermula 7 am. Borak2 ngn hubby kejap. Pegi toilet tengok kt pantyliner ada darah merah. Berdebar.....
2 Dis 2012: 9 am
Cplud memang dimaklumkan yang doktor akan induce pagi ni. So, kene makan siap2 sebab takut takde tenaga nak push nanti. Tapi cplud tak dapat abeskan makanan sebab tak lalu. Memang sket je makan. Tapi de makan telur rebus sebab mak pesan makan telur tu utk tambah tenaga. Tepat jam 9, nurse panggil masuk bilik buat ve ngan induce. Dengan bersemangat pergi sebab yakin akan bersalin arini jugak. Kalau Afham nak tau, ummi volunteer jadi org no 2 utk buat ve ngan induce tau. :) Alhamdulillah doktor masukkan ubat memang tak rasa. Cam buat ve je. Kalau sakit doktor suh tarikh nafas. Memang teknik tu berkesan. tq doc. Bukaan dah 1 cm. Gitau doktor yg dah kuar tanda. Doc ckp tu petanda bagus. Mungkin cepat bersalin.
2 Dis 2012: 9.30 am
Naek wheelchair (1st time okeh naek wheechair ni. heheh) sebab taknak bagi ubat jatuh. Tak boleh pegi toilet dalam masa 2 jam. Juz baring. Sempat baca Surah Yasin sampai habes seebelum contraction. Abes je bc yasin, terus je rasa sakit selang 15 minit. Masih boleh tahan dan amalkan teknik pernafasan bersalin. Bole google klu tak tau teknik tu. Hampir menginjak ke jam 11am, contraction selang 5 minit. Sangat kuat ubat induce tu. Sakit hanya Allah yang tau. Pinggang mau nak tercabut.
2 Dis 2012: 11 am
Nurse bawa masuk ke bilik utk cek ctg baby. Time ni boleh nampak kuatnya contraction kt graf. Jantung baby pulak makin lemah dimana graf ctg amat tidak sekata. Doktor datang utk buat ve lagi sebab takut jalan dah terbuka banyak kot. Bila cek, bukaan 2cm. Contraction makin kuat. Nurse suh gi makan dulu sebab mungkin lapar sebabkan bacaan tak ok. Minta hubby belikan milo. Nasi dah sampai tapi lgsung tak dapat telan. Pas minum milo dapat kekuatan sket. Masuk buat ctg balik. Hampa. Graf still sama. Doktor pakar datang cek lg. Kene masuk labour room. Nurse bawa ke katil. Mase tu hubby tengah baca yasin sebab dah waktu melawat. Nurse suh prepare barang baby. Hubby cuak time ni. Cplud tak dapat kata apa2 dah, sakit teramat sgt.
2 Dis 2012: 2 pm
Siap2 masuk labour room. Time ni contraction amat kuat. Baca doa Nabi Yunus tanpa henti. Pinggang cam nak tercabut. Doc cek bukaan time ni dh 4cm. Alhamdulillah. Hubby dapat masuk tengok. Ctg baby makin lemah, doc terpksa pecahkan ketuban. Tak rasa ape dah time ni.Air ketuban bersih tanda bby belum berak. Cek jalan dah 7 cm. Alhamdulillah. Doc ckp perkembangan bagus. Tapi kene buat vakum sebab ctg bby makin lemah. Hubby kene tunggu kt luar time ni. Doc pakar datang, nurse2 dan doc sume bagi semangat tuk push dibantu vakum.
2 Dis 2012: 2.15 pm
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Seorang lagi khalifah Allah lahir dimuka bumi. Perasaan sebak dan bersyukur sangat. Tengok baby atas badan ummi. Tapi terkilan sebab hubby tak dapat masuk tgk bersalin tu. Hubby azankan baby. Kelip2 mata baby tengok abah azan. Dan mcam biasa la doc akan jahit la. Disebabkan vakum, so luka amat banyak. Ambik masa lama tuk settle kan jahit.
Our lil Afham.. Ummi abah sayang kamu sgt!
Alhamdulillah selesai gak entry ni. Berhari2 taip tak siap2 sebab sibuk dengan urusan lain. Hopefully anak ummi besar nanti baca, dapat tau camne susahnya nak bersalinkan kamu. Semoga anak ummi jadi anak soleh taat perintah Allah dan ibubapa. Amin

0 comments:
Post a Comment