بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Salam Ramadhan Kareem dear readers,Alhamdulillah arini ari pertama berpuasa. Semoga dikurniakan kesihatan yg baek sepanjang berpuasa disamping menyusukan Afham. Amin
Antara banyak2 buah yg diperkenalkan kt Afham, setakat ni buah Kurma diterima baik oleh si tecit ni. Comel je tengok die makan. Ummi pon senang hati tengok kesungguhan anak ummi ni makan puri kurma.
Nak bagi sebiji tu keras kan, so cuba alternatif untuk puri kan buah kurma ni, buah kegemaran nabi. Suka Afham makan sebab buah ni dapat tambahkan tenaga dia jugak. Sehingga 7 bulan ni, my dear Afham ni masih tak kuat menyusu botol. Takder perkembangan, same je kuantiti susu yg die minum. Cuma sekarang ni lega sket sebab Afham dah start makan. Nak citer jugak, mulai bulan Ramadhan ni, cplud takkan gi jenguk menyusu Afham kt rumah pengasuh lagi sebab rehat kan 30minit je,rushing pulak. Lagipon nak latih die. Ummi tak datang pon die ok ajer. Alhamdulillah...
Okeh2, nak citernya pasal Puri Kurma, tapi dah melencong hal laen pulak. Ish ish.. Okey la, puri kurma ni senang jer, cplud rebus beberapa biji kurma, air tu takyah banyak, sket je. Rebus jap je, dah lembut matikan api. Toskan kurma, simpan air rebusan sket untuk blend. Buangkan biji dulu sebelum blend. Ok, dah blend then tapis bagi stucture tu soft jer. Tu ajer, senang jer. Boleh makan terus ataupon campor ngan nestum or bubur nasi.

Afham suka, ummi abah laaaagi sukeeeer :)
Sekian update kalini. Selamat mencuba. TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)
0 comments:
Post a Comment