Wednesday, July 25, 2012

Sayur Bayam Masak Air

Bismillahirahmanirahim,

As salam dear readers & followers,

Actually, resepi Sayur Bayam Masak Air ni hasil cuba2 cplud jer. Alhamdulillah menjadi dan sedap jugakla. Yang penting, incik suami suka. Simple je caranya dan bahannya. Boleh guna bayam merah jugak kalau tiada bayam hijau. Both pon sedap :) Bagi bakal2 ibu yang kurang darah, boleh cuba masak resepi ni. Bayam yang telah dimasak juga merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat hamil kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan. Jom lihat resepi :)

~Sayur Bayam Masak Air~ 

:: RESEPI SAYUR BAYAM MASAK AIR :: 

Bahan2:

1- Bayam dipotong dan diasingkan batang dan daun bayam
2- 2 biji bawang merah dimayang
3- 1 ulas bawang putih diketuk
4- 1/4 kiub pati ikan bilis
5- Serbuk lada putih
6- 2 cawan air
 7- Garam sebagai perasa

Cara2:

1- Tumis bawang putih ketuk bersama bawang merah.
2- Setelah bawang masak, masukkan air, pati ikan bilis dan jugak garam.
3- Bila mendidih, masukkan batang bayam yang telah dipotong dan diasingkan dari daun.
4- Kemudian baru masukkan daun bayam.
5- Sedikit serbuk lada putih sebagai perasa tambahan.

Okey siap hidangan. Selamat mencuba :)
As salam...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena