بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Alhamdulillah dapat jugak ummi sediakan bekal pertama untuk Afham. Sebelum ni ummi just bekalkan Afham dengan Growell dan jugak biskut Milna kt umah pengasuh.
Weekend lepas ummi masakkan bubur ayam kentang pada Afham. Alhamdulillah die makan cuma tak banyak. Tapi takderla sampai tolak langsung makanan yg ummi masak. huhu~ Sebelum ni ummi ada masak bubur kosong. Langsung di tolaknya taknak makan sambil meraung2.. Adoiyaaaai
Jadiknya, ummi decide nak cuba masakkan bubur ayam kentang bersaderi untuk Afham. Gigih ummi bangun kul5 pagi. Almaklumla cplud takdak slow cooker untuk masak bubur ni. Abah tak kasi beli, pakai aje periuk biasa katanya. hoho~ okehla abah syg...
:: RESEPI MUDAH BUBUR AYAM KENTANG BERSADERI ::
Bahan2:
- Beras yg dibasuh (kuantiti amat sedikit, tu pon tak abes pon)
- Ayam dipotong kecik2
- Kentang potong cube
- Saderi hiris halus
- Air secukupnya untuk bubur
- Sedikit garam gula
Cara2:
1- Masak beras dengan kuantiti air yg betul untuk masak bubur.
2- Kemudian bila dah didih sket air tu masukkan ayam dan kentang.
3- Masukkan perasa.
4- Biarkan seketika dan dimasukkan saderi.
5- Kecikkan api dan masak macam biasa. Sampailah jadik bubur yg diinginkan.
6- Dah masak tu, sejukkan kemudian blend.
Ni la hasilnya selepas di blend dan masuk termos. Buat bekalan si tecit kt umah pengasuh...
Okeh ummi, jom kita gi sekolah. vrooooooooooom... Ummi duk dendiam tau....
Sekian. TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)
8 comments:
xpa...memula..
hehe~~
@ayung: hehe. tula kan ayung. memula :)
hai mira...:)
comel sangat afham nie, pandai pulak die tak nak makan bubur nasi yg kosong je kan..hehe
* tak sabar nak tunggu eshan boleh makan pulak
@emma: hai k.emma. tula kak. klu kasi mkn kt umah mmg kurg mkn. tp pengasuh citer die ni makan banyak. huhu
panduan buat jijah nanti jugak ni..tq yunk!
@jijah: hehe.. tula. cplud share kt cni utk semua :)
salam mira, tq sudi singgah blog akak yg xberapa best tu... kikiki.... btw, info yg best... tgh survey makanan si pertama si tecit tu.... kita tkr2 link k... ;)
@maa: hehe. orait kak :)
Post a Comment