Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan Kareem 1435Hijrah


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Salam Ramadhan Kareem to readers & followers,

Alhamdulillah bertemu jua dengan Ramadhan mulia tahun ni. InsyaAllah semoga dipermudahkan untuk pose penuh tahun ni. Amin. Alhamdulillah dengan setiap rezki kurniaanMu Ya Allah. 

Lama tak menaip ni cam agak kekok pulak. Ramadhan kali ni disambut kami berempat. Ya, Alhamdulillah awal tahun depan Afham bakal dapat adik. No wonders Afham amat manja tahap dewa ngan ummi sekarang ni. Sepanjang dah 4 hari berpuasa ni, 1 pic makanan pon tak snap. Entahla, gejala malas update datang lagik. Kalau dulu waktu mengandungkan Afham, ummi asyik loya nak muntah tengok blog sendiri. Update apatah lagi. Makanya tak banyak kenangan pregnant kan Afham tercatat. Hurrm.

Alhamdulillah jugak walaupon sambut Ramadhan pada trimester pertama mengandung ni, alahan cuma di waktu pagi after sahur. Pernah sekali hari pertama sahur, muntah abes apa yang ditelan. Malas nak makan balik, just minum nestum je dan kurma. Alhamdulillah dikurniakan kekuatan puasa hari tu. Semoga dipermudahkan ummi untuk meneruskan 1 bulan puasa, InsyaAllah. Adik baby kuat, ummi rasa kuat harungi Ramadhan demi mu sayang. 

Ya Allah.. Kurniakan kami kebahagiaan dalam rumahtangga, kekuatan menjalani ibadah di bulan mulia ini. Semoga setiap ibadah kami mendapat keberkatan dan rahmatMu Ya Allah. Lindungilah semua kesayanganku, Abah.. Afham.. Adik baby dan kedua family ku. Semoga Ramadhan tahun ini yang terbaek dari yang sebelumnya. Amin

6 comments:

O'gosh Iskandar said...

Insyaallah..u can do it...amin

cplud miera said...

@ogosh: tq ogosh ;)

Kausar Amin said...

slmt berpuasa miera...

cplud miera said...

@kausar: selamat berpuasa jugak utk kausar :)

ain.ya.nun. said...

Wahh tahniah Cplud, tak lama lagi nak berempat dah. (haha, akak tak tahu nak panggil apa)

cplud miera said...

@kak ain: hehe. mira je bole kak. tq kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena