Showing posts with label DIET. Show all posts
Showing posts with label DIET. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Diet!!


Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum pembuka bicara,

Diet?? Alamak, berat badanku memerlukan aku diet. Oh tidaaak! Before this dh diet tp separuh jalan. Adekah jln terbaek selain diet?? Adoyaaaai. Nampaknya cplud terpakse berdiet dan jadikan amalan makan sikit dan berpada2 sbg habit. ;( So sad, tp tuk kesihatan juga. Makan byk kolestrol leh bw penyakit pulak. So, start today, mmg bertekad nk memulai amalan DIET ini.

Tadi cplud de surfing pasal menu2 diet utk penurunan berat badan. Terjumpa kt forum & cplud nk share kt cni. Utk panduan cplud sendiri dan sesape yg nk berdiet. Bukan xnk pkai Herbalife ke Jusmate5 ker, tp mahal dan klu xjaga pola pemakanan, bdn akn nek jugak. Huh~ Tak baek mengeluh, tp keadaan sekarang membuatkan cplud asyik mengeluarkan perkataan 'huh' itu. ;( Korang, jom kite tgk menu diet/ sihat penurunan berat badan kt bawah ni.

:: Menu Sihat Untuk penurunan Berat Badan ::

Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu

Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai

Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad

Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren

Panduan:
-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber
-campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
-kurangkan minuman manis terutama kordial dan minuman berkarbonat

Sumber didapati di SINI

Walaupon agak sukar melepasi halangan ini, cplud akan cuba. InsyaAllah! I can!! Chayook2 Gambatte! Di harap korang sume dpt manfaat dari perkongsian ilmu diet ini. Sekian, wasalam




Read More

Thursday, December 2, 2010

Info Kentang

Bismillahirahmanirahim,
Cplud nak share sket info tentang kentang nih. Actually, pg tadi terbaca kt akhbar kosmo mengatakan yg ade sorg mamat nih turun 10kg dengan hanya memakan kentang. Ikuti berita selajutnye yg telah di'copy' dari kosmo online utk tatapan pengunjung Plud's Corner.

~Chris Voigt bersama kentang~

WASHINGTON - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Chris Voigt yang gigih mengamalkan diet memakan ubi kentang selama 60 hari akhirnya berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Diet istimewa itu membawa kesan baik terhadap kesihatan Voigt apabila berat badannya berkurangan dari 89.35kg kepada 79.83kg manakala tahap kolesterolnya berkurangan kepada 69 mata.

Pengurangan berat badan itu mengejutkan doktor yang memeriksanya.

Voigt kini dinasihatkan secara perlahan-lahan mengambil makanan yang lain selepas dia berhenti mengamalkan diet istimewa itu Isnin lalu.

Source: Kosmo

P/s: Lagi elok kalau rebus or kukus kentang nih tuk diet sbbnya klu goreng, tambah kolestrol sbb berminyak.

:: LAGI INFO BERKAITAN KENTANG ::

Korang dah bace petikan berita kt atas? Kalau dah jom kite selidiki dan kupas rahsia2 di sebalik kentang nih. Sumber didapati di SINI.

Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.


Sekian perkongsian maklumat berkenaan kentang yg boleh mempengaruhi diet anda ;)
Read More

Wednesday, September 29, 2010

Tips Pemakanan Sihat

Pic ehsan Google

Salam readers sekalian..
Entri kali ni berkisar tentang pemakanan sihat yang MESTI diamalkan (~warning untuk diri sendiri!). Sejak mula beraya sy memang makan tak beringat langsung, bila dah kene musibah, sendiri la kene tanggung. Tujuan sy tulis entri kali ni adalah untuk mengingatkan diri sendiri agar lebih berhati2 dalam memilih menu makanan seharian. Memang diakui sy memang gemar makan Fast Food kebelakangan ni, terutama mase bulan Syawal nih. Sebab tu la berat badan makin naik, mase puase berat badan turun dan sy sgt bersyukur. Bukan maksud sy berat sekarang ni terlalu teruk, tp sy ingin mengekalkan berat sedia ada & klu boleh turun sket agar dapat lakukan kerja harian/pejabat dengan lebih bersemangat dan lebih confident ;)

TIP AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Sumber didapati di SINI.

1) Paling utama, makanan yg dimakan mestilah HALAL dari segi syarak dan punca rezeki yg digunakan untuk membeli makanan tersebut.
2) Amalkan memulakan makan dengan 'BISMILLAH' dan diakhiri dengan 'ALHAMDULILLAH'.
3) Jangan makan makanan yg terlalu panas @ terlalu sejuk(makanan atau minuman yg baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan air batu yg sgt tidak digalakkan).
4) Kurangkan makan makanan berminyak(bergoreng), berlemak & berkolestrol. ~warning tuk diri sendiri sbb suke sgt this type of food
5) Kurangkan makanan mengandungi garam & gula yg terlalu tinggi.
6) Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein & gas.
7) Elakkan makanan mengandungi perasa, bhn pengawet, MSG dan bahan pewarna.
8) Amalkan minum jus atau makan buah2 seperti kurma, betik, pisang & laen2pd awal pagi. ~Petua org dulu2 ialah mulai makan/minum dgn benda2 yg belom bermasak pd awal pg).

Pic ehsan Google

9) Disyorkan makan nasi sekali shja sehari jika tidak melakukan kerja berat. ~Oh, sy kene praktik amalkan nasi sekali sehari. Chayook to me!! Pilih lauk yg mempunyai gizi seimbang dari segi zat & vitamin.
10) Biasakan mkn makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bhn yg terbaek utk kecerdasan minda.

P/s: Sekiranya kita dpt menjaga cara pemakanan kita seperti tips di ats, InsyaAllah kita kita telah menunaikan kewajipan menjaga kesihatan tubuh badan yg dikurniakan oleh Allah SWT.

Pic ehsan Google
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena