Showing posts with label BUBUR. Show all posts
Showing posts with label BUBUR. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

Bubur Rempah Kaseh

Bismillahirahmanirahim,

Salam dear readers & followers,

~Bubur Rempah Kaseh~

Menu kali ni adalah bubur berempah hasil air tangan incik suami. Den tak tau pulak yg incik suami ni pandai masak. Cplud juz mintak tolong wat bubur kosong jer sebab pening sangat time tu. Sekali tengok bubur berempah siap de sayur dan ayam bagai. Sangat sedap!

Dinamakan Bubur Rempah Kaseh sebab sangat sedap. Disediakan dengan penuh keihklasan dan kasih sayang. Cewaah. Tapi sayang tak dapat nak share resepi ni. Nanti cplud mintak resepi dan share kt sini buat tatapan readers sekalian. Okeylah, sampai sini jerla. Wasalam
Read More

Monday, March 26, 2012

Bubur Jagung

Bismillahirahmanirahim...

Salam dear readers & followers,

Jagung... Oh sukanya. Jagung ni memang my favourite. Sangat suka makan jagung, tak kisahlah rebus ke, bakar ke, kukus ke.. Sume cplud bedal.

Actually jagung ni beli kt Cameroon, memang terbukti segar dengan isi yang lembut jer. Bubur jagung ni sume orang tau buat kot. Cplud call mak tanya resepi sebab sebelum ni memang tak pernah masak bubur jagung.

Bahan2 nya pulak simple jer...
1- Jagung yang telah diambil bahagian isi sahaja
2- Santan
3- Gula melaka potong kiub (seketul jer)
4- Garam
5- Gula
6- Daun pandan disimpul

Cara2 nya pon mudah ajer. Cuma kalau nak jagung tu lembut, kene rebus kasi lama sket.
1- Rebus isi jagung. Air tu biar sampai tenggelam isi jagung tu sume.
2- Dah agak2 jagung tu masak dan lembut, baru masukkan santan dan daun pandan yang telah disimpul rapi.
3- Masukkan 1 kiub gula melaka. Ni resepi mak nak bagi bubur ni nampak perang sket.
4- Kacau sampai sebati ngn santan dan perasakan dengan garam dan gula.

Okey, agak2 dah masak tu, boleh tutup api dan hidangkan. Boleh dijadikan hidangan hujung minggu dan jugak minum petang :)

Bubur jagung enak kegemaranku.. Yummy yummy...

Read More

Wednesday, July 20, 2011

Bubur + Ikan Bilis Masak Kicap Berlada Hitam


Salam to all,

Bubur lagik.. Huhu~ Ni adalah menu petang merangkap malam cplud yer. Kali ni masak bubur tapi rajin sket masak ikan bilis goreng kicap berlada hitam. Masak bubur senang jer, korang letakla bawang, halia dan garam sket. Pastu masak bubur seperti biasa.

Petang tadi pegi survey peti ais lagik kt beberapa kedai letrik area Nilai. Jumpe la 1 kedai hrga ok la. Kali ni kene berkongsi ngn En Tunang coz nk beli mesin basuh sekali. Beli awal2 ni nnt xderla ssh pikir after kawen. Tapi untuk mase ni, mmg agak sesak nafas sket la. Banyak duit dilaburkan utk kehidupan jgka masa pnjang. Cewaah ;) InsyaAllah ade lg rezki tuk cplud kumpul duit kawen. Ade peti ais mmg sgt2 kene berjimat. Kene rajin + selalu masak! Harus!! Sekarang ni nk masak pon, mls nk beli ayam dan masak sedap2 sbb kene makan terus xboley nk simpan2. Tetibe imagine de peti ais baru. Yuhuuuuu~

Okeyla, dah terlanjur celoteh ni, jomla kite ke dapur pulak tgk resepi ikan bilis nih. Senang jerla, tp nk post jugak. Hihi~

:: RESEPI IKAN BILIS MASAK KICAP BERLADA HITAM ::

BAHAN2:
- 3 biji bwg merah dimayang
- 2 biji bwg putih diketuk
- 1/2 inci halia dihiris halus
- 4 biji cili padi dihiris halus
- Sedikit kicap
- Sedikit lada hitam
- Garam
- Ikan bilis digoreng terlebih dahulu

CARA2:
1) Panaskan minyak dan tumis sume bwg, halia dan cili padi.
2) Agak2 masak, masukkan kicap, kacau lagi dan masukkan air sket.
3) Taburkan lada hitam dan masukkan garam sebagai perasa.
4) Sedia dihidangkan bersama bubur panas2.

Ikan bilis hias, jom kite pekena bubur nasi panas2 ;)
Read More

Tuesday, July 19, 2011

Bubur Untuk Orang Sakit...

Salam to all readers,

Kalini post bubur pulak. Balik keje petang td cplud agak xder selera. Mulut teringin nk mkn bubur jer. Tak sedap badan sebab cuaca agak panas arini. Balik keje, singgah gerai depan umah jap beli ayam goreng berempah. Brader tu jual nasi lemak ayam berempah sebenarnya, tp sebabkan xder selera makan nasi, cplud beli ayam jerla.

Masak bubur ni senang jer. Ape yg diperlukan adalah kesabaran. Aik, resepi la cplud oii. hehe~ Cplud masak ni cukup tuk semangkuk kecil nih jer. Maklumla duk sorang jer, housemate baru belum pindah masuk lagi. Berbalik kpd resepi, didihkan beras bersama air yg agak byk. Kemudian masukkan halia dan bawang merah yg dimayang. Jangan dilupa sedikit garam sbg perasa. Kalau x, tawar jerla bubur tuh. Halia tu cplud letak bebanyak sebab nk buang angin kt dalam badan. Pale akan jadik pening kalau angin bayak dalam badan.

Alhamdulillah kenyang jugak walaupon selera kurang. Cplud serve bubur ngn ayam goreng berempah yg dibeli. Korang cubala mkn cmnih, sedapla jugak ;)
Read More

Monday, June 27, 2011

Bubur Ayam Bersayur Sawi

Salam,

Entry ni lame nk post, tp baru sekarang berkesempatan. Sesape rase teringin nk makan bubur ayam ni boleh la cuba resepi cplud nih. Kali ni cplud letak sayur sawi, klu sesape tak suke sayur sawi, bole ganti carot or ape2 jerla sayur laen. Jom tengok resepi ringkas cplud....

:: BUBUR AYAM BERSAYUR SAWI ::

.: Bahan2 :.
- Sesenduk nasi
- Dada ayam dihiris nipis
- Sedikit sayur sawi dipotong
- Sedikit lada hitam tumbuk
- 1/4 kiub pati ayam knorr
- Sedikit garam sebagai perasa
- 3 biji bawang merah dimayang
- 1/2 inci halia dimayang

.: Cara2 :.
1) Masukkan air kedalam periuk dan seterusnya nasi dimasukkan. Air tu kalo boleh banyak la sampai menenggelamkan nasi dan berpada2. huhu~
2) Setelah menggelegak air dlm periuk, masukkan kiub ayam, ayam dan sedikit bawang merah yg dimayang beserta halia.
3) Biarkan sehingga mendidih bubur dan kemudian boleh dimasukkan garam dan sayur sawi.
4) Taburkan lada hitam ke dalam bubur.
5) Last sekali, goreng lebihan bawang yg dimayang dan kemudian taburkan bwg mayang yang telah digoreng tersebut ke dlaam bubur yg telah masak.
6) Segera hidangkan dan makan panas2 ;)


Okeh sekian tuk kali nih, selamat mencuba resepi ringkas cplud ;) Wasalam
Read More

Thursday, September 30, 2010

Berdiet dengan Bubur Ayam


Salam readers..
Sebut pasal diet, ya! sy mesti mengamalkan cara pemakanan sehat utk kesihatan tubuh badan agar diri sentiasa yakin! Memulakan misi amalan pemakanan sihat, sy masak bubur ayam berkhasiat untuk menu dinner semalam. Untuk sape2 yg nak mencuba resepi ringkas ni, jgn segan2 yer. Especially yg bujang2 nih ;)


Bahan2:
- Beras disukat terpulang pd individu
- 2 ulas bwg merah dimayang
- 1/2 inci halia dimayang
- Lobak merah dipotong nipis
- Sedikit kiub ayam ~1/4 drpada kiub
- Garam sbg perasa
- Ayam dipotong nipis
- Sedikit lada hitam ditumbuk
- Bilis digoreng

Cara2:
- Masakkan beras beserta air (air letak byk sket, klu x nnt jadi nasi lak)
- Bila dh mula menggelegak, masukkan ayam, bwg, halia.
- Biarkan seketika, kemudian masukkan kiub ayam dan garam.
- Masukkan lobak, kacau dan biarkan.
- Masak agak lama agar bubur masak sepenuhnya. Taburkan lada hitam yg telah ditumbuk.
- Bila bubur masak, taburkan bilis goreng utk hidangan ringkas dinner anda ;)



Read More

Friday, August 13, 2010

Bubur Kentang + Bilis Goreng

Actually, bubur ni dh lame aku wat, before puasa lg.
Wat bubur ni mase makan petang sbb tibe2 perut rs lapar. Besela ujung2 minggu mmg cmtu..huhu. Walaupon bubur ni sgt senang, tp aku nk post juga cara2 membuatnya.

Bahan:

- Sedikit beras or nasi (aku guna nasi sbb bg cpt masak)
- Kentang dipotong dadu
- Kiub ayam
- Halia (dihiris)
- Bilis yang dah siap digoreng
- Bawang merah dimayang
- Garam

Cara2 membuat:

- Masukkan nasi/ beras beserta air (air byk sket) ke dalam periuk.
- Masak sehingga nasi hancur, kemudian masukkan kentang, halia, bawang yang dimayang dan juga kiub ayam. Sume aku campak je.
- Masak sehingga ns lembik kemudian rasakan dengan garam. Selepas siap, taburkan dengan bilis goreng. Siap utk dihidang
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena