Tuesday, June 17, 2014

Bronchopneumonia...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,

Rasanya lama sangat menyepi dah bersawang mawang sume blog ni. Mood tak suka update blog ni cam datang lagik je. Errrk. Tapi still kene update jugak untuk rakam moment Afham warded pada hari cuti Israk Mikraj yang lepas. Bronchopneumonia. Panjang nau ejaannya. 

Sebelum citer lebih lanjut, sedikit explanation tentang penyakit ni:

BRONCHOPNEUMONIA ~ Jangkitan kuman pada paru2 ~

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di dalam paru2 boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi2 udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru2 dikenali pnuemonia. Merupakan jangkitan kuman yg biasa di kalangan kanak2 kecil dan jugak orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian di bahagian atas (batuk dan selsema) yg merebak ke bhgian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ni boleh melibatkan keadaan yg tidak serius pada awalnya sehinggalah pada keadaan yg boleh mengancam nyawa. Nauzubillah... 

Bagi kes Afham pulak, demamnya on off dan berlarutan sampai ke seminggu lebih. Kejap baik kejap lemau kejap sakit. Hati ibu mana yg keruan tengok si anak yg dikandung 9 bulan ni yg dulunya aktif tapi lemau je duk melepek depan tv. Mainan pon langsung tak disentuhnya. Badan panas yg melampau bile sejuk panas balik. Berulang alik ke klinik 2 hari sekali. Pakar la klinik panel la. Ubat demam kahak sume telan. Keadaan masih sama. 

On Sunday 25 Mei, petang tu kami bawa Afham ke klinik panel after mak dan sedara dari Terengganu berangkat pulang. Anto daftar sedara masuk USIM untuk Tamhidi. Terpaksa ummi EL tak berutgas minta ganti orang lain on that day. Kedaan Afham makin lemah, Doc panel suggest warded je. Gomen ke swasta ikut kemampuan. Since Afham ada medical card prudential, why not kami cuba ke KPJ Kajang, doc pon suggest pakar kat situ terbaik. Tapi die bagi option jugak cuba ubat dlu tgk keadaan camne. So kami guna plan B, makan ubat dulu. Pagi esoknya Alhamdulillah memang sejuk badan sebab subuh tu dah kasik ubat. Tapi walaupon tak demam dan suhu normal pagi tu, keadaan Afham agak lemah lemau. Tak bermaya. Silap kami anta jugak ke taska sebab ingat tak demam kan.

Kat taska, cikgu takde pulak ckp demam ke ape. Cuma Afham tak main sangat masih lemah. Ummi kt opis dah tak keruan dah serba serbi tak kena. Abahnya amek dari taska dan jemput ummi kat opis, tengok dari jauh, 'eh betul ke ni ank aku??' Lembik lemau kurus dan negatif la. Terus bf Afham banyak. Lega tengok die minum. Tapi tak sampai 5 minit sume die muntahkan. Tak leh jadik ni kan. Bagi air zamzam pon tak mo. Malam tu bf lg muntah lagi. Tengah malam pon asyik muntah after bf. Isssyh ni sume benda  tak masuk perut die lg ni. So esoknya cuti Israk Mikraj, terus bawa ke KPJ Kajang. 


Sesampai di spital, kami ke level 1 untuk jumpe pakar paed dulu. Doc Meena, bagus explanation dan die ckp memang banyak kahak. Kene warded for 3 days. Suppose 7 days tapi sebab tak boley amek cuti lama2 banyak sangat dah keje tertangguh kat opis tu, minta 3 days jer. Dan bermula la episod sedih kene cucuk bagai. Neb ambik darah. Drip. Arggh pengalaman yg kalau boleh biarlah pasni takde dah ank ummi kene lalui lagi. Biarlah aku yg sakit gantikan ank2 aku pulak.

Ward full. Maklumla cuti, so kami balik umah dulu amek barang2 nak stay kt spital. Kul 4 baru spital call de kosong. Terus gerak. Afham muntah lagi ke sekian kalinya. Sampai dah lembik. Alhamdulillah warded jugak masuk drip. Lega sket ummi abah. Masuk air kasi tenaga. Tido jela malam tu. 4 jam sekali kene kejut neb makan ubat cek bp dan amek suhu. 



Citer pagi esoknya. Dah masuk air dlm bdan dah de tenaga. Terus ajak ummi main masak2 ngn gajet spital. 


Seterusnya fisio. Afham kene pose 2 hours before fisio. Ni keadaan selepas. Ngeri jugak teman Afham mase buat rawatan fisio. Kahak tersgt banyak...


Tapi pernafasan makin lega sket. Teruskan rawatan yg sama 3 days. Doc check makin de perubahan positif. Khamis mlm boleh discharge but kne continue antibiotik kat umah. Sampai abes.

Sempat berselfie ngn Afham sementara tunggu discharge. Abah takde pulak gambo dalam ni. Tapi Afham kene tau abah ulang alik dari nilai tau nak tgk perkmbangan syg tau.


Bergambar ngn staf yg cun baek hati. Sangat sporting. 


Alhamdulillah makin sihat dari hari ke hari. Makin aktif makin bijak. Paham pe ummi suh die buat tapi tang cakap tu cm lambat je. Aish. 1 tahun 6 bulan dah tapi ckp bahasa die. Ada yg paham tp mostly xpaham pe die sembang. Ummi doakan Afham sentiasa sihat, jadi anak soleh, bahagiakan ummi abah dan cepat2 cakap. Luv u my son!! 

TQ sudi singgah baca sini.. Wasalam :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena