Showing posts with label PREGNANCY. Show all posts
Showing posts with label PREGNANCY. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Masih Ku Di Sini...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,

Menghitung hari....
Detik demi detik......

Today is my EDD. 15 Jan 2015. The time for adik Afham lihat dunia actually. Tapi....
Ummi masih menunggu tanda2 nya sayang. Kalau boleh tak nak kene paksa2 bersalin cam abg Afham dulu. Baru balik klinik dapatkan surat refer spital on 21 Jan 2015. In case masih belum bersalin... Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Amin

Kenkawan, doakan semoga dipermudahkan segala urusan untuk bersalinkan 2nd baby nih yer. Maafkan andai sepanjang berblog ni banyak singgung hati kenkawan semua. Buat customer2 susu kambing mummylicious juga. Moga kalian mendapat manfaat dan khasiat susu kambing dengan ekstrak pemakanan sunnah ini...

Masih ku disini, 
Di opis..
Menyelesaikan kerja2 setakat yang mampu...

Alhamdulillah hari ni aku maju setapak dalam bisnes... Nanti akan citer kemudian la.. 

TQ semua. Doakan yg baek2 untuk sy dan baby. Amin





Read More

Wednesday, May 15, 2013

41 Weeks.........

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Perjalanan 41 minggu. Penuh emosi, penuh debaran, penuh nikmat, penuh bahagia.. Seronok! Miss that time so much! Biarkan gambar berbicara betapa indahnya saat tersebut...


This time 3 bulan mengandung. Family day opis ke Merang, Terengganu. Perut pon malu2 kucing gitu nak nampak. Padahal baju kot yg besau. kih kih


Bersama Ain, ex housemate. Mase family day jugak bulan 6 2012...


5 months. Ke Pulau Pangkor ditaja kawan hubby untuk siapkan projek website. Bersama Dila, wifey to hubby's frend. Anaknya yg comel. Masa ni dukung baby die ok die nak. So, dapat agak baby dalam kandungan ni boy. Instinct mommy to be...


7 bulan time ni. Balik raya kat Terengganu. Bersama hubby, anak buah & adik jenjalan jenjalan ke Masjid Kristal & Muzium Terengganu...


Bersama anak buah, Dina kat Masjid Kristal. Tengahari... Kepanasan... Kehausan... But enjoy!


Dah 8 bulan. Mengidam Coconut Shake Klebang. Dengan gembiranya sebab hubby bawa ke sana semata2 beli coconut shake. Luv you sangat hubby!


Menunggu hari..... Debaran melahirkan. Last balik Terengganu before deliver. Bambam gilesss. Perut memulat so cumil :) Afham duk menendang time nih. Nice view at my kampung...

41 weeks. Full of memory moments! Sekarang anak ummi dah 5 bulan. How time fast!!! Alhamdulillah syukurku padaMu Ya Allah. Berpeluang merasai nikmat melahirkan zuriat penyambung warisan anugerah pinjamanMu...


Read More

Wednesday, April 24, 2013

~Pengalaman Terindah 2.2.12~

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Pengalaman terindah... Cplud percaya tiap orang ada pengalaman terindah masing-masing kan. Samela kita semua. Actually cplud lama sangat dah nak share pengalaman bersalin kan our lil Afham. Tapi ada je halangan. Blog sangat lama dibiar tak terupdate. Cplud taknak la setiap yang berlaku sebelum ni dibiar berlalu tanpa ada coretan untuk tatapan anak2 dan saudara rakan taulan. Maka cplud nak share sedikit pengalaman yang secebis ni ngan korang semua.

25 Nov 2012
Sepatutnya cplud dijangka bersalin pada tarikh ni. Tapi sehinggalah abes tarikh nak masuk hari baru masih tiada langsung tanda2 Afham nak kuar lihat dunia ni. Padahal ummi abah tak sabar sangat dah nak jumpe die. Ummi abah tiap masa pujuk Afham suh kuar tau. Tapi Afham duk syok je kt dalam tummy ummi. Pengalaman yang sangat best sepanjang Afham kat dalam perut ummi tau. Saaayang Afham sangat2.

26 Nov 2012
Ummi kene checkup cam biasa. Nurse bagi tarikh selagi belum bersalin untuk teruskan rutin checkup cam biasa. Nurse check baby dah enggage. Mungkin dalam minggu ni akan bersalin. Nurse bagi surat untuk warded pada hari ke 6 selepas due date selagi belum bersalin. Petang tu surat siap, ummi pegi ambik surat kt klinik Nilai.

1 Dis 2012
Masih belum ada tanda, tapi cplud kene warded. Pergi serah diri kat spital Tuanku Jaafar Seremban. Around 12 tengahari cplud datang dengan suami dengan penuh debaran sebab 1st time nak kene warded ni. Malam sebelum tu tak ley tido dah duk pikirkan nak bersalin. Kalau boleh nak cepat2 je bersalin. Lepas daftar sume tu, doctor nak check jalan. Sebelum ni banyak gak cplud baca pengalaman blogger2 pasal ve ni. So, dah bersedia nak rasa kesakitan ni. Sakit jugakla tapi takdelah sesakit nak melahirkan. Hampa sebab jalan langsung tak terbuka. So, settle urusan daftar, kene masuk ward.


Baru masuk ward. Time leh senyum2 borak2 ngn hubby sebab takder rasa sakit lagi..


Incik hubby yg sudi teman isteri kt spital. I love u so much syg!

1 Dis 2012: 7.00 pm
Pegi toilet untuk buang air kecil, terkejut tengok kt pantyliners ada darah kaler coklat. Orang ckp tu tanda nak bersalin. Tapi sakit masih belum ada. So malam tu cplud gi jalan2 lawat ward. Borak dengan mummies to be. Kul10 mlm tu nurse panggil suh balik ke katil masing2 sebab kul4 pagi kene buat ctg. (check jantung baby) 

2 Dis 2012: 4 am
Nurse kejut bangun siap bawa alat tuk check ctg. Malam tu cplud tido dengan lena sebab pasni memang akan tau tak dapat tido lena dah. Dengar jugak jiran katil tak boleh tido sebab sakit. Check ctg ambik masa agak lama sampai sejam lebih sebab graf ctg tak cantek. Baby gerak2 time nurse pasang alat tu. Baby ummi aktif sgt bila masuk waktu malam. hehe

2 Dis 2012: 6 am
Rasa mild contraction. Cam senggugut. Dalam hati dah rasa mungkin akan bersalin arini. Bangun dan baca yasin ngan surah Maryam. Sampai solat subuh. Hubby datang bawa air kotak milo. Waktu melawat weekend bermula 7 am. Borak2 ngn hubby kejap. Pegi toilet tengok kt pantyliner ada darah merah. Berdebar.....

2 Dis 2012: 9 am
Cplud memang dimaklumkan yang doktor akan induce pagi ni. So, kene makan siap2 sebab takut takde tenaga nak push nanti. Tapi cplud tak dapat abeskan makanan sebab tak lalu. Memang sket je makan. Tapi de makan telur rebus sebab mak pesan makan telur tu utk tambah tenaga. Tepat jam 9, nurse panggil masuk bilik buat ve ngan induce. Dengan bersemangat pergi sebab yakin akan bersalin arini jugak. Kalau Afham nak tau, ummi volunteer jadi org no 2 utk buat ve ngan induce tau. :) Alhamdulillah doktor masukkan ubat memang tak rasa. Cam buat ve je. Kalau sakit doktor suh tarikh nafas. Memang teknik tu berkesan. tq doc. Bukaan dah 1 cm. Gitau doktor yg dah kuar tanda. Doc ckp tu petanda bagus. Mungkin cepat bersalin.

2 Dis 2012: 9.30 am
Naek wheelchair (1st time okeh naek wheechair ni. heheh) sebab taknak bagi ubat jatuh. Tak boleh pegi toilet dalam masa 2 jam. Juz baring. Sempat baca Surah Yasin sampai habes seebelum contraction. Abes je bc yasin, terus je rasa sakit selang 15 minit. Masih boleh tahan dan amalkan teknik pernafasan bersalin. Bole google klu tak tau teknik tu. Hampir menginjak ke jam 11am, contraction selang 5 minit. Sangat kuat ubat induce tu. Sakit hanya Allah yang tau. Pinggang mau nak tercabut.

2 Dis 2012: 11 am
Nurse bawa masuk ke bilik utk cek ctg baby. Time ni boleh nampak kuatnya contraction kt graf. Jantung baby pulak makin lemah dimana graf ctg amat tidak sekata. Doktor datang utk buat ve lagi sebab takut jalan dah terbuka banyak kot. Bila cek, bukaan 2cm. Contraction makin kuat. Nurse suh gi makan dulu sebab mungkin lapar sebabkan bacaan tak ok. Minta hubby belikan milo. Nasi dah sampai tapi lgsung tak dapat telan. Pas minum milo dapat kekuatan sket. Masuk buat ctg balik. Hampa. Graf still sama. Doktor pakar datang cek lg. Kene masuk labour room. Nurse bawa ke katil. Mase tu hubby tengah baca yasin sebab dah waktu melawat. Nurse suh prepare barang baby. Hubby cuak time ni. Cplud tak dapat kata apa2 dah, sakit teramat sgt.

2 Dis 2012: 2 pm
Siap2 masuk labour room. Time ni contraction amat kuat. Baca doa Nabi Yunus tanpa henti. Pinggang cam nak tercabut. Doc cek bukaan time ni dh 4cm. Alhamdulillah. Hubby dapat masuk tengok. Ctg baby makin lemah, doc terpksa pecahkan ketuban. Tak rasa ape dah time ni.Air ketuban bersih tanda bby belum berak. Cek jalan dah 7 cm. Alhamdulillah. Doc ckp perkembangan bagus. Tapi kene buat vakum sebab ctg bby makin lemah. Hubby kene tunggu kt luar time ni. Doc pakar datang, nurse2 dan doc sume bagi semangat tuk push dibantu vakum.

2 Dis 2012: 2.15 pm
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Seorang lagi khalifah Allah lahir dimuka bumi. Perasaan sebak dan bersyukur sangat. Tengok baby atas badan ummi. Tapi terkilan sebab hubby tak dapat masuk tgk bersalin tu. Hubby azankan baby. Kelip2 mata baby tengok abah azan. Dan mcam biasa la doc akan jahit la. Disebabkan vakum, so luka amat banyak. Ambik masa lama tuk settle kan jahit.



Our lil Afham.. Ummi abah sayang kamu sgt!

Alhamdulillah selesai gak entry ni. Berhari2 taip tak siap2 sebab sibuk dengan urusan lain. Hopefully anak ummi besar nanti baca, dapat tau camne susahnya nak bersalinkan kamu. Semoga anak ummi jadi anak soleh taat perintah Allah dan ibubapa. Amin

Read More

Monday, July 30, 2012

Supplements...

Bismillahirahmanirahim,
As salam dear readers & followers,
 
Alhamdulillah dah 10 hari berada di bulan Ramadhan kareem ni. Puasa pon penuh lagi, insyaAllah akan dipenuhkan sebulan. Tinggal lagi 20 hari je untuk menyambut Hari Raya. 
 
Supplement?? Actually, cplud nak share sket tentang supplement yang cplud makan sepanjang pregnancy ni. Untuk perkongsian bg bakal2 ibu kt luar sana.  Once tau yang cplud hamil, incik suami dah survey supplement yang sesuai, so kitrg tanya farmacy dan buat research jugak. Then, jumpe 1 supplement ni. Iberet Folic. Iberet ni bagus untuk tambahan darah dan mengandungi:

Fe sulfate controlled release 525 mg, 
vit B1 6 mg, 
vit B2 6 mg, 
vit B6 5 mg, 
vit B12 25 mcg, 
vit C 500 mg, 
cobalamin 25 mcg, 
niacinamide 30 mg, 
Ca pantothenate 10 mg, 
folic acid 800 mcg
 
Iberet folic ni jugak di'suggest'kan oleh klinik kesihatan jugak terutama bagi para ibu yang kekurangan darah semasa mengandung. Alhamdulillah darah cplud setakat ni ok. Nurse pon suggest continue je iberet ni. So, ubat klinik cplud tak perlu ambik dah. Amalkan 1 tablet sehari.

Okeh, ni iberet folic yang cplud gtau tuh. I kotak mengandungi 30tablet dan harga RM30 depends on farmacy la. Ada jugak cplud beli RM26 jer. 

Selain iberet folic, cplud de ambik tambahan Neurogain khusus untuk perkembangan minda bayi dalam kandungan. Cplud start makan ni mase kandungan berumur 3 bulan, tapi tu pon de skip2 jugakla. hehe~ Alhamdulillah sepanjang Ramadhan ni, tak pernah skip lg neurogain ni. Dan akan diteruskan hingga ke peringkat akhir kehamilan, insyaAllah. 

Harga: RM58 untuk 30biji tablet. 

1 kelemahan cplud, susah sangat nak telan ubat. So, untuk atasi masalah tu, cplud telan ke2 2 ubat ni dengan minuman Yogurt Bliss. hehe~ Especially iberet ni, baunya agak kuat, awal2 dulu mmg selalu gak muntah telan ubat ni. Alhamdulillah now dah ok dengan minuman yogurt bliss nih. hehee~

 Minuman Yogurt Bliss yang sangat membantu.. :)

Okey, setakat ni yang dapat cplud kongsikan. Harap2 dapat membantu bakal2 ibu diluar sana. Ameen. As salam :)
Read More

Tuesday, July 24, 2012

BabyCenter

Bismillahirahmanirahim,

As salam to dear readers & followers,

Alhamdulillah arini dah masuk 4hb Ramadhan 1433 Hijrah. Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan sepanjang menjalani ibadah di bulan mulia ni. Kali ni cplud ingin berkongsi dengan bakal2 ibu especially yang 1st time bakal bergelar ibu macam cplud. Perkongsian yg cplud maksudkan adalah website BabyCenter.

 Korang boleh klik je image ni, cplud dah link kan ke website tersebut.

Actually banyak sangat info yang boleh diperolehi tentang pergerakan dan perjalanan sepanjang 9 bulan 10 hari ini. Special thanx to my bos sebab kongsikan website yg penuh berguna ni. 

Untuk 1st time user, korang boleh sign up dan login cam biasa. Untuk pemantauan kandungan dan mengetahui perkmbangan bayi setiap minggu, cplud sarankan agar anda masuk ke website ini. Di samping itu, terdapat jugak video berbentuk 3D tentang perkembangan dari minggu ke minggu sehinggalah kepada kelahiran dan penjagaan bayi. Bagi cplud, ianya sangat membantu. Bagi sesiapa yg ade smartphone, boleh install application ni kt phone dah setiap masa anda boleh mengetahui perkembangan bayi anda secara maya.

 Ni contoh untuk 22 minggu cplud punya. Kita boleh lihat kedudukan bayi melalui image yang ditunjukkan. 

Semoga info berguna ini dapat memberi manfaat kepada semua terutama bakal ibu. As salam...

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena