Showing posts with label AISY. Show all posts
Showing posts with label AISY. Show all posts

Tuesday, January 19, 2016

Aisy Dah Setahun



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam Dear Readers & Followers,

Agak lama tak bersiaran rasa kekok nak menaip. Tapi demi anak bujang ummi yang kedua ni, gigihla ummi cari masa untuk update kesayangan yang dah masuk setahun ni. 


Alhamdulillah rasa macam sekejap sgt masa berlalu. Tak sedar dah setahun Aisy Aqlan. Di kesempatan ni, ummi nak ucapkan Selamat Hari Lahir yg Pertama buat sayang ummi. Semoga diberi kekuatan dalam menempuh kehidupan yang penuh panca roba, semoga dikurniakan kesihatan yang baik, jadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat. Ummi abah abang sayangkan Aisy sangat.

Esok appointment Aisy yang kesekian kalinya di HKL untuk kes Undecended Testis. Semoga diberi kekuatan kami dan keluarga menghadapi apa jua untuk kesihatan Aisy. Aisy kuat! Walaupon Aisy tak tembam macam budak lain, walaupon Aisy tak pandai jalan lagi, tapi Aisy ni baik sangat perangai die. 


Till then.. Wasalam



Read More

Wednesday, September 9, 2015

Anak-anak Syurga


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam to all readers & followers,

Anak-anak syurga ini.. Tiada apa yang dipikirkan melainkan main sahaja. Ceria dengan hilai tawa keletah manja.. Ya Allah kurniakan ummi abah kekuatan dalam mendidik dan mengasuh kalian. Amin

Hilang stress mengadap diorang ni. Luv u all my lovely sons :)

Note: Bilik baru anak2. Switch dengan bilik belajar abah. Dah 2 hero kan, harus la bilik besau sket...
Read More

Tuesday, May 19, 2015

Aisy Dah 4 Bulan :)



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Arini dah 1 Syaaban rupenya. Lagi sebulan Ramadhan pulak. Sekejapnya masa berlalu...


Baru nak start bercerita pasal baby kedua cplud nih. Ahmad Aisy Aqlan. Alhamdulillah Aisy sekarang dah masuk 4 bulan semalam. Tapi checkup kat KK esok. Aisy punyer perkembangan so far Alhamdulillah. Aisy tiada masalah minum susu ummi guna botol. Start train die botol pon a month before start keje. 

Totally different anak 1st dan 2nd ni kan. Saya rasa semua pon pengalaman sama camni. Proses kelahiran 2 orang ni pon berbeza. Tapi masih belum sempat lagi nak share alkisah bersalin kedua ni. Dugaan sangat dengan abang kene denggi lagi. Later cplud citer yer. Nak citer pasal adik Aisy dulu...

Aisy ada ibu susuan. Opismate cplud sendiri, mama Ucha. Ucha jugak de baby sebaya Aisy, Adeeb namanya. Comey sangat. Adeeb lahir awal nak masuk 8 bulan. Stock ebm ucha banyak sangat meriah. Alhamdulillah ucha dermakan pada Aisy sebab Adeeb refused susu awal. Die minum susu fresh aje. Elakkan bazir, cplud cuba bagi Aisy. Alhamdulillah mau jugak Aisy. Aisy minum susu 5 botol. Jenuh ummi mengepam di opis. Sehari pon ummi dapat sediakan 3 botol jer. Harap mencukupi untuk Aisy.


Aisy dah boleh meniarap di usia 3 bulan lebih. Tak taula samada cepat ke lambat. Tapi rasa normal cam baby lain. Perangai 2 beradik ni pon beza. Tapi ada 1 persamaan yg ummi dapat detect, 2 2 ni susah nak potong kuku. Huhu~

Masa Aisy checkup sebulan di KK, Doc detect Aisy ade Undescended Testicles. Klik sini untuk detail pasal ni. Sepatutnya hospital akan rekod sekiranya baby menghadapi masalah ni. Tapi hospital Aisy lahir tu tak check betul2 or camne tak taula. Doc KK minta kami refer ke Pakar pada Julai nanti. Doc akan check semula dan akan decide whether need to operate or else. Ummi doakan yg terbaek untuk Aisy. Semoga Aisy sentiasa dalam lindungan Allah swt. Ameen. 

Panjang pulak citer kali ni. Harap kenkawan ummi di alam maya ni juga doakan yg terbaek buat Aisy. Kami ummi abah abang sume sayangkan Aisy. LUV U SO MUCH DEAR AISY!!!! 

Wasalam :)



Read More

Wednesday, April 15, 2015

My Sayangsss

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Plud Corner sangat lama menyepi. Alhamdulillah seorang khalifah Allah selamat dilahirkan pada 18 Januari 2015 yang lepas. Overdue baby dan patutnya serah diri pada 24 Jan. Tapi Alhamdulillah doa seorang ibu n sangat mustajab. Dikabulkan doaku untuk merasai nikmat bersalin tanpa induce (paksaan). Amin

Ahmad Aisy Aqlan bin Azuan. Our second son, Alhamdulillah...
Aisy : Kemakmuran hidup
Aqlan : Pintar

Citer pasal bersalin patutnya di entry yang lain la. Cuma nak post sekeping pic berjudul 

My Sayangsss for u all :)


Alhamdulillah I'm become the mother of two. Luv u all my sayangsss. 3s for abah, abang & adik :)

Wasalam :)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena