Wednesday, June 5, 2013

Baby Solid Food: Growell

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Kalini cplud nak share tentang salah satu makanan pertama si bayi iaitu GROWELL. Actually memang cplud tak tahu menahu langsung pasal makanan ni. Yang cplud tau nestum bayi jer. So, memang plan nak bagi baby makan nestum plus susu badan untuk Afham bila masuk 6 bulan nanti. 

Macam mana cplud dapat info berkaitan Growell ni?? Citernya begini... Masa tengah mengepam kat surau, cplud de tanya opismate yang anak dah 3,4 orang ni. Pengalaman dorang bagi makanan pe kat baby. So, die cakap bagi Growell. Memang 1st time dengar. Balik opis, search kat tenet pasal Growell. Cplud share ngn korang info berkenaan Growell ni yer...


GROWELL ialah sejenis makanan bayi yang diformulasasikan oleh Arwahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail. Pakar homeopati. Makanan bijirin yang amat baik untuk tumbesaran bayi dan kanak2. Diperbuat daripada beras dan melukut dan ditambah garamtisu biokimia. Amat baik untuk bayi seawal 6 bulan. Menolong penghadaman dan menambah selera, menjauhkan kembung perut, sembelit dan ragam tangis, menyenyakkan tidur, membantu membina darah, tulang, gigi, menguatkan otot dan sendi, menghindarkan penyakit kulit dan membantu perkembangan akal yang cerdas. (sumber di SINI)

Cadangan penyediaan makanan GROWELL untuk bayi anda mengikut umur (bulan):
  • 3 bulan: 2 sudu, 2 jamuan sehari
  • 7 bulan: 3 sudu, 2 jamuan sehari
  • 12 bulan: 4 sudu, 2 jamuan sehari
Cara penyediaan:
  • Masukkan 2 - 3 sudu besar ke dalam bekas yg bersih.
  • Masukkan air panas ke dalam bekas berisi GROWELL mengikut kesesuaian (seperti disyorkan).
  • Campurkan dengan susu badan/susu tepung secukup rasa dan kacau sebati.
  • Bolehla disuapkan kepada bayi :)

Untuk pengetahuan semua, cplud mula perkenalkan Afham dengan Growell seminggu sebelum usianya menginjak 6 bulan. Alhamdulillah abes dia makan :) Cplud selang selikan jugak dengan puri dan other food for him. 

A little bit info bout this product :::>





Siapa Arwahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail???

Peneraju Keusahawanan Perubatan Homeopati di Malaysia [Malaysian Homeopath & Entrepreneurs: Dr Azizan Ismail (1949 - 2007)]
Bermula pada tahun 1976 sehingga 1980 beliau belajar homeopati dari Dewan Perubatan Homeopati Singapura. Kemudian memperoleh Doctor of Homeopathy dari Brantridge Forest School Sussex, England. Beliau juga mendapat Doktor Falsafah dari Open International University, Sri Lanka dan pelbagai anugerah berprestij yang jarang diperoleh oleh kebanyakan pengamal homeopati di Malaysia. Dr. Azizan merupakan seorang tokoh homeopati yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan di Bukit Besar, Kedah pada 1 Mac 1949 dan mempunyai 11 orang anak. Beliau merupakan seorang pendidik yang berjaya sebelum melibatkan diri dalam perubatan homeopati dan menceburkan diri sebagai usahawan.Beliau pernah membawa rombongan pengamal homeopati membuat lawatan sambil belajar ke Eropah pada tahun 1985. Dalam lawatan itu, banyak makmal, kilang dan farmasi homeopati yang dilawati termasuk Welada Lab Ltd., Nelson Pharmacy dan Boiron Laboratories.  Lawatan itu bukan saja membuka jalan baru dalam kerjaya beliau malah memberi banyak input kepada sekalian rombongan yang mengikuti beliau.Sebagai usahawan, beliau menapak maju dengan tertubuhnya beberapa syarikat yang dimiliki, khususnya Sistem Era Edar Sdn Bhd (sekarang Era Edar Marketing Sdn Bhd). Selain itu beliau dikenali kerana kejayaannya menubuhkan Kolej Homeopati Malaysia yang menawarkan kursus Diploma Homeopathy dan kilang homeopati yang dikenali sebagai Homeofarma Sdn Bhd. (Kini Darulaman Homoeopathic Laboratories Sdn. Bhd atauHOMEOLAB)Di antara produk homeopati popular hasil rumusan beliau ialah Examo,SalindahAsmakur dan beberapa jenama yang menjadi bualan dan digemari ramai. Kilang dan syarikat beliau juga ada mengeluarkan produk pemakanan berasaskan biokimia dan homeopati seperti minuman, susu Bio-lac,  makanan bayi Growell dan lain-lain. (sumber di SINI)


Sekian perkongsian info berkenaan Growell. Bagi sesapa yg baru kenal produk ni cam cplud, bolehla baca berkenaan info ni. 

TQ sudi singgah baca. Wasalam :)

11 comments:

puan.mila said...

Mira, kat mna boleh beli growell ni? How much?

Hafiza Abdul Latiff said...

mana nak dapat ni yang???ordr kat mana?

cplud miera said...

@mila: leh dpt kt kedai homeopathy dan farmacy terpilih. kedai2 jual produk halal pon ada. RM9.90..

cplud miera said...

@fiza: fiza try cari kt farmacy dan jugak kedai2 jual produk halal. kedai homeopathy pon bole. 1st try wat cair2 campor susu badan bg bby makan. mmg die terima :)

Unknown said...

kt klang kt mana kak na dpt .. da try tgok kt frmasi , kdai

cplud miera said...

@FAIZ: cuba try kt kedai yg jual produk muslim. Selalunya kat citu ada jual. harap membantu. tq

KELONG KG BHARU said...

www.eraedar2u.com.my

Unknown said...

Area seremban kat mane ade jual produk ni yer..lama da mencari..urgent,harap dapat membantu tq..

cplud miera said...

@nuh: seremban sy xpasti pulak. cuba try tgk kiosk yg jual jamu. kt area mydin pon byk kiosk tu. sy beli kt tesco nilai ni pon kt kiosk kecilan jer..

Anonymous said...

Area Penang kat mn ada jual produk ni.harap dpt membantu tq..

cplud miera said...

@anon: sis bole try di kiosk jual barangan islamik dan jamu2. Selalunya ada dijual kt situ produk2 ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena