Wednesday, October 13, 2010

7 Tips Motivasi Pagi utk Buat Diri Anda Lebih Bersemangat!

Salam sejahtera & Assalamualaikum..
Pada pg yg mulia, harmoni & mendamaikan ni, sy nk share ngn anda semua tentang tips2 berguna utk anda dan sy memotivasikan diri agar kehidupan seharian menjadi lebih bersemangat. Di kesempatan ni sy nk ucapkan ribuan terima kasih pd blogger yg sy dapatkan source nya di SINI yang sudi berkongsi dgn kita semua akan tips yg akan sy coretkan di bawah. Antara perkara baik yg patut anda semua lakukan di waktu pg adalah:

1) Bersyukur..bersyukur & bersyukur
Sentiasa mengucapkan syukur kerana anda masih diberi peluang oleh Allah SWT utk meneruskan hidup di muka bumi ni. Sbg muslim, ucaplah Alhamdulillah sbg tanda syukur kita. Bersyukur kerana masih diberi kesempatan utk melakukan yg terbaik utk hari ini, jauh lebih baik dari smlm.

2) Tekad bermotivasi
Pasang niat di dlm hati yg anda mahu bermotivasi sepenuhnya. Sbg langkahnya, anda tampal la beberapa artikel or kata motivasi dan baca seminit 2 setiap hari.

3) Dekatkan diri dgn sesi motivasi
Ikuti sesi motivasi di media spt Motivasi TV3 or motivasi2 di stesen radio ataupon kaset2 motivasi dan luangkan masa selama 3 hingga 5 minit utk mendengar motivasi tersebut. Motivasi perlu dijaga agar ia tidak mudah turun yg boleh memberi kesan anda akan menjadi tidak bersemngat dan malas.

4) Mulakan Bismillah dalam apa jua tindakan yg anda lakukan
Bila anda mula punch card masuk kerja, bacalah Bismillah moga anda dijauhkan dari perkara negatif dan bisikan syaitan yg membuat anda lalai, mengantuk dan tidak bersemangat meneruskan agenda kerja.

5) Set target kemajuan diri sendiri
Sbg seorang pekerja, set beberapa tugas yg anda nk siapkan dan set masa yg diperlukan utk menyiapkan setiap tugasan. Kecekapan seorang pekerja dinilai dari kepantasan, kekemasan dan kecekapan.

6) Lihat warna cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita energetik, ceria dan penuh dgn idea.
Pengalaman sy, utk meningkatkan mood bekerja bila diri dilanda mengantuk, sy kuar ambik angin dan tgk pepohon hijau yg segar. Perkara ni membuatkan sy lebih bersemangat.

7) Penuhkan hati dengan kemaafan
Lupakan segala yg dulu2..Maafkan org di waktu pg, maafkan kesalahan semuanya bermula dari sekarg. Lepaskan dendam, rs xpuas hati dan yg sewaktu dgnnya. Anda mesti berubah utk kemajuan diri!! Berani berubah utk kecemerlangan hidup!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena