Thursday, May 16, 2013

Teacher's Day!

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Tanggal 16hb Mei 2013! Hari Guru seluruh Malaysia!

Ditujukan entry ini khas untuk semua guru yang telah berpenat lelah mendidikku sehingga menjadi seperti sekarang. 

Cikgu Tadika Kemas, 
Cikgu Sek Rendah Bukit Tunggal, 
Cikgu Sek Ren Telok Pasu, 
Cikgu Sek Men Agama Khairiah
Lecturer2 Kolej Matrikulasi N9
Lecturer2, Dr & Prof USIM 

Jasamu guru terlalu besar. Alif Ba Ta A B C aku kenali keranamu Cikgu! Halalkan ilmu yang telah dicurahkan kepadaku selama ini. Ya Allah ampunkan segala dosa guru ku dan kurniakan limpahan rahmat serta rezki buat mereka. Amin

Juga buat suami, sebagai cikgu untuk anak kita, Afham. Umi pon secara tak langsung jadi cikgu jugak utkmu syg :) A E I O U !!! Umi tak sabar nak tgk Afham nyanyi A E I O U :)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


 Pic got from Google~

Selamat Hari Guru untuk semua!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena