Wednesday, July 31, 2013

Campak Besar & Homeopati

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Besar sungguh dugaan Ramadhan kali ni. Afham diserang campak gelombang kedua lagi. Ingat tak entry cplud yg citer Afham demam sebelum ni? Rupanya Afham demam nak kene campak lagi. Ingatkan nak tumbuh gigi ke or nak merangkak. Demamnya dah reda Sabtu tu, kitorang kemain lagi bawa ke IKEA malam tu sebab ingat dah sembuh demam. Tapi balik dari IKEA tu sepanjang malam Afham asyik merengek je tak leh tido. Cek suhu dah normal. Bagi susu pon tak mo. Berdukungla, tido kat bahu jer. 

Esoknye pagi tu senyum sket dapat tido sat. Pastu menjelang tengahari dah merengek balik. Kami riso la, tambahan pulak cam timbul merah2 kat muka. Ingatkan kene nyamuk semalam ke kan. Merahnya besar2 tak macam campak air sebelum nih. Kitorang decide ke Hospital Pakar Annur petang tu. Mase tu sampai Annur dah kul 5. Rupenya klinik tutup kul 4.30 ptg. Adooyai. Si tecit makin tak selesa. Rash makin banyak timbul. Muka dah penuh merah time tu. Husband try tengok kat Klinik Az Zahrah, bersebelahan Annur, rupanya dah tutup jugak. So, kitorang decide ke Klinik Panel Annesa kat Nilai jer.

Doktor Suraya kat Klinik Annesa pon dah kenal kami anak beranak ni, mane tak nya dalam sebulan ni banyak kali kami berulang alik klinik. Tanya doc mungkin ni campak lagi ke kan. Rupanya doc ckp mungkin lagi serius, Chicken Pox or Campak Besar sebab de sebijik kat bawah dagu Afham tu macam dah pecah kuar air. Risonya ummi abah. Terus minta MC 2 hari plus cuti rehat tuk jaga my lovely son. Abahnya mengajar training the whole week, memang ummi kene jaga sorang. Doc pesan suh sapu lotion calamine dan bagi ubat tahan gatal jer. Kalau makin teruk makin banyak pox nya pecah, datang klinik lagi utk ubat lain.

Balik umah call my mom gitau anak sakit. Mak ckp kalau kat kampung boleh minta penawar kat sorang ustaz ni memang ubat sakit2 camni. Tapi kami kat Nilai ni mane nak cari?? My sis cadangkan ke Homeopaty. 1st time nak pegi beubat kat homeopaty ni. Gigihla survey homeopaty area Bangi, Nilai dan Seremban. Jumpe 1 ni kat Bangi. Tengok review cam bagus. So, esoknya pas abah balik keje kami terus ke Bangi sebab cek kat website tutup kul6 petang. 



Sementara tunggu abah balik keje, cplud tak pakaikan Afham baju pon. Badan time ni penuh rash. Besar2 pulak tu. Tapi takder kuar air dah cam semalam.



Lagi 10 minit ke jam 6 kami sampai ke homepati. Tapi sedihnya dah tutup. Tanya kedai2 sebelah, katenya bulan puasa ni, tutup jam 6 buka balik jam 8 hingga 9 malam. Lupa pulak nak gitau Homeopati kami pegi ni terletak kat PKNS Bangi Aras 2. Perubatan Homeopati Hasan. Sape2 ada masalah kulit, kesihatan ke boleh la ke sini. Rawatan alternatif selain perubatan moden.



Kami berbuka puasa kt kedai makan dalam PKNS ni jer. Nak tunggu kul8 tuk jumpe Ustaz Hasan. Alhamdulillah dapat jugak berubat dengan ustaz ni. Perubatan homeopati ni lain sket dari perubatan moden. Nak tau, cubala ke sana. Kami tanya ustaz, anak kene campak or chicken pox. Tapi katanya dalam perubatan homeopati, tiada istilah tu sume, cume dikaitkan dengan masalah kulit. Selalunya ia berpunca dari masalah minda (stress) or paru2. Ustaz tanya ada sejarah asma ke ape ke kan. Abahnya asma, memang senang dijangkiti anak. So ustaz bagi ubat tablet, tumbuk dan suap kat baby. Kami pon ambil kesempatan jugak tanya pasal masalah kesihatan kami. 

Malam tu trus suapkan Afham sebijik ubat. Alhamdulillah esoknya kat muka rash makin kurang. Syukur Ya Allah. Kami truskan bagi ubat dan Alhamdulillah by Friday dah boleh anto Afham ke BS cam biasa. Afham makin sihat dan tak merengek lagi. Syukur yg tak terhingga. Semua ni kuasa Allah. 



Afham ke sekolah dengan carseat baru setelah seminggu tak sekolah sebab sakit. Bersambung lagi sebenarnya. Lepas Afham sihat, abahnya pulak diserang asma yg serius sampai sesakkan pernafasan. Nanti cplud citer laen. Panjang sangat dah entry ni.

Sekian, TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)

4 comments:

.:. Maa .:. said...

siannya... tp btl ke campak besar tu.... sbb kuar rash je kan, xmcm bintik2 ada air tu kn... amsyar selalu kena, tp doc ckp bkn campak, eleggic teruk... bdn pun pns klu rash tu kuar.... skrg dh ok sikit.... hihihiihi, Alhamdulillah afham dh makin sihat... comel je dia... ;)

cplud miera said...

@maa: entahla kak. doctor ckp campak besar, tapi bile gi homeopathy, ustaz tu ckp masalah kulit. mula2 mmg bintik de air. dalam 2 biji je pastu tak kuar dah just rash yg besar2 merah2 jer. tp ambik cuti gak xbagi berjangkit ngn budak lain kan. pegi klinik lain doctor lain cakap mungkin alergik. macam2 term dorg guna, tp mungkin masalah kulit je kot.

azizah :) said...

mungkin masalah kulit kot.. ada alergic apa2.. kalau xgatal bukan campak tu.. penawarnya minum la air kelapa..hee

nasib baby dah sihat yer..

cplud miera said...

@jijah: tula. mungkin masalah kulit tu. die asyik merengek je xsedap badan. garu2 gk kt badan tuh. alhamdulillah dah sihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena