Friday, October 25, 2013

hsh: Renovation Progress

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Alhamdulillah dapat gak curi mase nak hapdet blog ni. Dah lame tak update. Lately macam2 keje plus operasi pengundian kampus lagi. So, cplud kali ni nak update pasal rumah la. 

Urusan pembelian rumah second ni amat rumit bagi kes kami ni. Actually rumah yang kami beli ni memang dah extend (lega sebab takyah kuar duit ribu riban tuk extend dapur). Tapi..................... the big problem is nak beat harga yang tuan rumah jual ni dengan harga Jabatan Penilaian (utk gov loan) yang mana agak rendah. Rumah kami beli harga RM260, tapi masa beli owner suppose bekalkan kami dengan Geran Rumah yg dah extend ni. Tapi dorang tak buat extension punyer pelan ni. Jadiknye kami sebagai bakal owner rumah yg baru ni kene dapatkan pelan. So gigih la kami berkejar sana sini pegi balik MPN hampir 2 minggu tuk dapatkan pelan. Okeh cantek pelan dah dapat. Ingatkan pasni urusan akan smooth la kan.

Ghupernya masih de tempoh menunggu lagik tuk dapatkan kelulusan MPN. Bimbang proses loan kami drag lama sangat, kami hantar dulu borang ke Bahagian Pinjaman Perumahan. Patutnya sekali gus dengan hantar borang ke Jabatan Penilaian. Bincang dengan lawyer, lawyer suggest hantar dulu ke penilaian guna pelan yg belum de kelulusan tu. Then, minta en suami hantor ke JPPH Seremban. Tapi sedihnya dorang tak terima yang takder kelulusan MPN tu. Tanya staf MPN, die cakap kelulusan proses tu minimum sebulan jugak. Gulp....

Inform JPPH pasal pelan tuh, then dorang cakap better tunggu kelulusan tu sebab memang kami akan dapat RM260 tu if ade kelulusan. Kat BPP pulak kene hold dulu sebab dorang takkan proceed if tak dapat feedback penilaian. So now kami tinggal follow up ngn MPN tuk kelulusan tuh. 

Okeh abes citer bab pinjaman ni. Satu lagi hal pulak, owner minta kami menyewa dengan die ikut rate penyewa sebelum ni. RM900. Gulp. Mahal pulak. Mane mampu nak sewa 2 rumah pulak kan. So nak tak nak kami kene pindah ke bakal rumah kami ni. Tapi.......................................

Kami tak nak duk rumah tu cenggitu je memandangkan banyak prob jugak rumah tu. Dengan piping, masalah dapurnya. So, kami bincang ngn owner nak reno dulu before duk umah tuh. Owner setuju. So sekarang tengah proses reno rumah.... Phewww melayang duit den...

Nak citer pasal rumah renovation ni pulak. After a few survey bout contractor ni, akhirnya kami dapat yang paling ikut bajet kami la. Plan dulu nak wat minor reno je, tapi dah alang2, ni kategori pertengahan jugak la. Bukan major reno sangat. 

Paling penting bab dapur. Kami tukar atap genting dan tiles dan tukar tingkap jugak. (tetibe de budak tecit menyelit kt gambo nih)



Abah with afham. Time ni kitorang wat lawatan rumah after balik keje. 



Ni bilik sebelah dapur. Sebelum ni ade tingkap,tapi kami nak tutup tingkap tu. Biar dinding je.



Ni pulak ruang dapur asal sebelum extend. Kami plan jadikan ruang makan. 



Bilik air pon kami tukar tiles dan set toilet baru. Toilet ni penting jugak selain dapur.



Ni pandangan luar rumah dari pintu utama.



Cplud with Afham dari luar rumah. Bersepah jugak rumah. 



Kami harap proses berjalan dengan lancar pasni. Semoga urusan pinjaman dipermudahkan dan proses reno rumah pon berjalan dengan lancar dan ikut timing seperti kami nak. Amin. 

TQ sudi singgah baca sini. Wasalam. :)


6 comments:

Hana Soffelia said...

before this i nak beli rumah second tau yg tak payah nak renovate apa dah. then the hard part timbul bila pemaju rumah tak prepaid surat hak pindah milik rumah kepada owner rumah sekarang. Kes ni makan tahun mcm mana enth. serius leceh, so i cari je rumah baru. Sigh!

cplud miera said...

@hana: yeke? tula tapi tula, tak mampu aih umah baru ni tinggi sangat rege die. bile hana pindah umah baru tu?

EZAN IDMA said...

semoga berjalan lancar :)

cplud miera said...

@ezan: amin tq izan

Khairul Badri Yusmaliza said...

MIRA renovate tu abis berapa? terliur tgk rumah cantek..

cplud miera said...

@yusma: reno ni dlm 30k jugak la abes. rumah yusma pon dah cantek kan. baru siap kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena