Monday, December 23, 2013

hsh: Proses Belian Rumah SecondHand

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Lama tak menaip entry kat blog ni kan.. Actually banyak lagi benda nak citer tapi lately sibuk nau dengan moving project ke rumah baru. InsyaAllah this week kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru. Memang kene pindah jugak this week sebab ni je last week for Disember. Tuan rumah sewa pon dah tampal notis rumah untuk disewa kat rumah sewa kami ni. Banyak kenangan kat rumah sewa ni. Walaupon sempit dan kecik tapi rumah ni la syurga kami. Miss this home pasni.. Tapi kalau rindu pon leh datang jenguk lagi rumah ni sebab yang nak pindah pon kawan cplud jugak. huhu~



Okeh berbalik pada tajuk entry, actually entry ni cplud nak menjawab pertanyaan anon yang akan beli rumah subsale cam kami jugak. Dan persoalannya harga rumah melebihi nilaian semasa. 

Actually kami pon sebenarnya mengalami situasi yang sama dengan cik/puan/tuan anon jugak. Almost 60k jugak kene topup sebab nilaian rumah kami hanyalah mencecah 200k sahaja sebab rumah kami kategori intermediate jer. Tapi kami ada kekuatan sebab rumah kami ni dah renovate dengan keluasan besar jugak. Kami pada mulanya yakin akan dapat 260k harga nilaian ni. Cewaaah. Sebab rumah dah renovate lah kononnya. Kami call JPPH untuk dapatkan market price semasa. Dorang cakap kami boleh dapat harga tu tapi................................ kami kene dapatkan pelan rumah yang direnovate dari owner. Ingatkan senang je proses tu, so kami contact owner mintak pelan tu. Yang jadi masalah kami, owner tak buat pelan since die pon beli rumah yang dah direnovate. OMG!! Camna tu?? 

So husband survey pelukis pelan rumah kat internet, rata2 cecah ribuan ringgit. Wow! Banyak tu. Pastu kami ke Majlis Perbandaran Nilai tanya kat sana ada khidmat pelukis pelan dan senang untuk dapatkan kelulusan pelan tu sekali kan.. Dapat, tapi after opis hour die boleh buat pelan tu. Alkisah menunggu bermula di sini...

Okeh pelan kami dapat tak sampai seminggu pon, tu pon lepas push orang MPN tu dan bayar dulu siap2 kat dorang. Phewww~ Kalau tak lagi lama agaknya. Okeh kami dah settle bayar sume2 tu kt MPN baru dorang leh mohon untuk kelulusan di MPN dimana proses menunggunya dalam masa sebulan. Ingatkan senang je dah dapat pelan boleh hantar kelulusan terus kan. Masa tu dah semakin suntuk dah masa tu dan kami kene submit ke JPPH dengan cepat. 

Disebabkan sebulan masa untuk dapatkan kelulusan, kami pon mencuba nasib hantar dulu pelan yang tiada kelulusan lagi. Kami hantar by hand ke JPPH. JPPH cakap insyaAllah kami boleh dapat 260k tu, tapi JPPH taknak terima pelan tanpa cop dari MPN. So dokumen kami dipulangkan dan kami kene tunggu MPN jugak. 

Okeh berbalik citer kat MPN pulak, lepas kami submit full complete dokumen (surat kebenaran jiran untuk renovate dll) dan dah bayar denda sume2 yang mana cecah 2k++, so kami ingat cepatlah prosesnya kan. Tapi kami sangkut kat MPN pulak. Staff incharge tu ambik masa 2 weeks untuk compile sume dokumen kami untuk hantar sign kat bos. Setiap hari kami push MPN sampai naik muak dah agaknya dengar nama cplud ni. Call sms sume tak jalan jugak dengan bermacam alasan, kami pon ambik alternatif lain emel ke YDP dan Pengarah MPN sampai kecoh kat MPN pasal kes ni. Then akhirnya selepas 2 minggu baru dokumen kami dihantar untuk kelulusan. Tak abes sampai sini, kami terpaksa menunggu sehingga sebulan. Genap sebulan, baru siap. Alhamdulillah penantian akhirnya berbaloi. Syukur Ya Allah...

Then macam biasa lawyer akan completekan dokumen tuk submit ke JPPH. Kami minta lawyer je curier sebab masa tu sangat bizi tak dapat nak hantar by hand. Di JPPH pulak 8 hari bekerja kami akan dapat keputusan. Alhamdulillah after 8days waiting akhirnya siap. 



Actually kami dah submit awal ke BPP, so just tinggal follow up jela. Cplud tiap hari check kt BPP status keputusan. Alhamdulillah after 5days dapat result dimana pinjaman kami diluluskan dengan amount yang dipohon. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga. 

Ini lah pengalaman yang sangat indah buat 2013 kami. Kami diuji dengan bermacam dugaan dan akhirnya di penghujung kami dapat sesuatu yang membahagiakan. Syukur.. :)

Okeh bagi kes anon diatas yang sama dengan kes kami, untuk dapatkan harga nilaian JPPH tu boleh dengan syarat rumah tu kene ada pelan asal rumah dan sekiranya harga terlampau tinggi, pembeli kene dapatkan pelan rumah extend tu. InsyaAllah urusan akan lebih mudah sekiranya penjual yg sediakan siap2 pelan rumah. Penting tau pelan rumah ni! Cplud tak tau rumah anon camna, kalau dah renovate tu insyaAllah akan dapat harga yang melebihi market price tu. Harap dapat menjawab persoalan anon yer. Minta maaf kiranya explanation kurang jelas. Anon boleh terus ke emel cplud je kiranya nak dapatkan penjelasan lebih lagi. miera486@gmail.com. Semoga urusan belian rumah anon dipermudahkan. Amin

Our future Home Sweet Home teduhan kasih kami anak beranak versi sebelum dan selepas diubahsuai :)



Pesan cplud: Jangan cepat putus asa dengan ujian Allah swt. Bersabar dengan ujian dan kepahitan kerana dihujungkan kita akan dapat kemanisan. InsyaAllah. Sekiranya bukan sekarang mungkin akan datang dan mungkin kemanisan itu kita akan dapat di akhirat yg kekal abadi. Wallahualam :)

Sekian TQ sudi singgah baca entry panjang berjela cplud ni :) Wasalam...



6 comments:

ain.ya.nun. said...

Macam-macam proses nak beli rumah ni.

Ada yang mudah, ada yang susah.

cplud miera said...

@ain: assalam kak ain. tula kan. macam2 sebenar dan cabaran terbesar 2013 for us actually..

~ NANA ~ said...

waaaaa baru tahu susah rupanya

cplud miera said...

@nana: gitula citernya nana. tp sekarang Alhamdulillah segala penat lelah berbaloi :)

cik hani said...

Saya baru dalam proses beli rumah. sekarang pun dah terasa payahnya proses nya. Sentiasa lambat dan nak kena follow up

cplud miera said...

@cik hani: Alhamdulillah tahniah cik hani. rumah baru ke subsale?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena