Tuesday, December 3, 2013

Warkah Buat Anakanda @ 1 Year

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Alhamdulillah 2.12.2013 (semalam) anakanda Ahmad Amirul Afham genap usianya menginjak 1 tahun. Syukur padaMu Ya Allah memberikan kami suami isteri peluang untuk merasai nikmatnya bergelar ibu ayah.

Sayangku Afham,

Ummi coretkan warkah ni untuk Afham baca suatu hari nanti agar Afham tau yang ummi abah terlalu sayangkan Afham. Kami sentiasa doakan kesejahteraan Afham, semoga Afham menjadi insan yg soleh, taat pada perintah Allah dan kedua ummi abah. Semoga Afham dikurniakan kesihatan yg baik, berjaya dunia akhirat, dikurniakan kefahaman yg tinggi seindah namamu Afham, sentiasa cemerlang dan menjadi kebanggaan kami sentiasa. 

Anak ummi ni dah setahun tapi masih belum boleh berjalan. Ummi tak paksa sayang berjalan, biarlah mengikut flow cume kami encourage sayang untuk berjalan. Afham makin lasak, suka sangat fon ummi. Pantang nampak kelibat fon ummi, mesti Afham nak capai nak tengok video pororo, asmaul husna dan lagu di pondok kecil. huhu. Comei sgt. Afham suke jugak tengok video 'Sasha cam comei jer'. haha.. Sekarang ni ummi abah susah nak makan kat luar sebab Afham lasak sangat. Tak duk diam. Kami makan rushing je dan sekarang ni pon bungkus je kalau tak sempat masak. Tapi makanan Afham ummi masak sendiri. Kami tak salahkan Afham, dah namanya budak n laki pulak tu, kalau tak lasak tu something wrong la kan. 

Ummi abah tunggu Afham panggil 'ummi' dan 'abah'.. Waiting n waiting... Now Afham panggil ummi 'Ndah' dan abah pulak 'Ntaa'. Pantang ummi takde depan mata, ke dapur la di cari. Dengar je suara ummi terus senyum. Budak pandai ni. Amin.

Sayangku,

Sempena Afham 1 tahun ni, kami ummi abah tak tau nak celebrate camne. Kami decide bawa sayang jenjalan. Kami bw ke Sunway Piramid semalam. Tapi tak beli apa pon untuk Afham. Untuk 1 tahun ni, ummi hanya dapat hadiahkan Afham ruang yang selesa tak lama je lagi. Kite akan berpindah ke rumah baru bulan ni and this is part of your besday gift from us. Yang paling utama ummi abah hadiahkan kasih sayang yg tidak berbelah bahagi untuk Afham. Ummi tak nak belikan kek sebab banyak gula dan kek tu manis, kurang sesuai untuk Afham. 

Alhamdulliah Ahmad Amirul Afham fully breatfeeding untill now. Seingat ummi tak sampai 1 oz Afham pernah minum susu formula. Masa tu sebab jaundis Afham terlampau tinggi dan ummi bengkak susu plus masih kurang mahir menyusukan Afham waktu tu. Semoga ummi dapat meneruskan penyusuan sehingga Afham 2 tahun. InsyaAllah...



Ok, jom kite tengok perjalanan sayang dari lepas dilahirkan sehingga 1 tahun ni :)

Saat dilahirkan sehingga 1 bulan usiamu :)



2 bulan sudah :)



Afham dah 3 bulan.. 



4 months already!



5 bulan udah si bambam ummi..



6 months!



Ketika 7 bulan usiamu...



8 bulan! Start tumbuh gigi dan pandai merangkak :)



9 bulan............



Bulan ke 10.. :)



Demam dikala 11 bulan nak masuk 1 tahun..



Officially 1 year @ 2.15pm. 



Terasa sekejap masa berlalu. Di kala 2 Dis tahun lepas, ummi berhempas pulas melahirkan mu sayang. Now Afham dah pon setahun. Alhamdulillah :)

Semoga anak ummi abah sentiasa dirahmati dan dibawah lindungan kasihNya. Amin

2 comments:

azizah :) said...

comeynya afham!

moga afham membesar jadi anak yg baik dan soleh... Amin.. happy birthday syg~

cplud miera said...

@azizah: amin tq aunty jijah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena