بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,Kuasa Allah tiada 1 kuasa selainNya yang dapat menidakkan kekuasaanNya. Ya Allah besar kuasaMu. Tragedi MH370 hanya Allah yang Maha Mengetahui segala 1001 soklan yang tidak mampu manusia lemah ini rungkaikan. Ya Allah semoga mereka semua mendapat rahmah dariMu dan tenang di SANA. Alfatihah...
Kuasa Allah juga bila mengkehendakkan sesuatu, kita sebagai hambaNya yang kerdil harus redha menghadapinya. Permata hati ummi abah disahkan oleh doc menghidap lelah @ asthma. Mulanya doc hanya detect pre asthma last kene end Jan lepas. Now semalam keadaan sama berulang. Actually doc pon tak berani nak comfirmkan asthma sebab Afham below 2 years old. Tapi berdasarkan genetik dimana hubby pon menghidap lelah, kemungkinan 90% is true.
Speechless ummi. Sebabnya ummi harap just kahak yang banyak aje. Kata doc jugak, babies selalunya tak memberikan tindakbalas sangat pada neb kecuali yang betul2 ada lelah @ asthma ni. After neb, peparu Afham kembali normal. Doc juga sarankan kami suami isteri untuk beli Asthma Kit untuk kegunaan dirumah memandangkan keadaan ini akan berulang. Takkan asyik nak berulang alik ke klinik aje untuk neb.

Neb kali pertama malam tu memang tak berkesan sebab Afham meraung tolak neb tu. Ummi dah gigih buka kartun pocoyo dan kartun die suke sume tak jalan jugak. Then doc sarankan datang balik after Afham tido. Barulah dapat neb dan keadaan paru2 Afham kembali normal. Cuma doc cakap keadaan ni mungkin akan berulang lagi. Doc minta kami beli Aero Chamber di farmasi memangkan tiada stok tersebut kat klinik.

Aero Chamber. Kit for Astmatic people. Kami beli kat farmasi Nilai. Harga rm100. Demi anak, nasib baek pas gaji, terus kami beli. Sekali dengan Ventolin, alat untuk bantu pesakit asthma. Actually hubby memang ada benda ni. Now Afham pula ada benda ni. Ventolin is below rm20.

Aero Chamber...

Ventolin...

Actually Aero Chamber ni ada pelbagai saiz. Bole refer keterangan ni...

Ni cara pasangnya. Just picitkan sekali then biarkan dalam 5 saat bagi gas berkumpul then baru picit gas untuk kali kedua. Sangat mencabar masa nak neb Afham on our own. Berpeluh ummi abah.
Ni saja nak citer. Pasni alat ni kene sentiasa dalam beg ummi whenever I go. Sakit ni bebila masa leh serang. Untuk Afham lelah bermula dengan selsema sahaja tanpa demam. Bila kahak terlalu banyak, sakit ni akan datang menyerang. Ya Allah semoga aku diberi kekuatan dan kesihatan demi menjaga kedua Hero kesayanganku ini. Amin...

My strength my soul my everything...
TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)









