Tuesday, May 19, 2015

Aisy Dah 4 Bulan :)



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Arini dah 1 Syaaban rupenya. Lagi sebulan Ramadhan pulak. Sekejapnya masa berlalu...


Baru nak start bercerita pasal baby kedua cplud nih. Ahmad Aisy Aqlan. Alhamdulillah Aisy sekarang dah masuk 4 bulan semalam. Tapi checkup kat KK esok. Aisy punyer perkembangan so far Alhamdulillah. Aisy tiada masalah minum susu ummi guna botol. Start train die botol pon a month before start keje. 

Totally different anak 1st dan 2nd ni kan. Saya rasa semua pon pengalaman sama camni. Proses kelahiran 2 orang ni pon berbeza. Tapi masih belum sempat lagi nak share alkisah bersalin kedua ni. Dugaan sangat dengan abang kene denggi lagi. Later cplud citer yer. Nak citer pasal adik Aisy dulu...

Aisy ada ibu susuan. Opismate cplud sendiri, mama Ucha. Ucha jugak de baby sebaya Aisy, Adeeb namanya. Comey sangat. Adeeb lahir awal nak masuk 8 bulan. Stock ebm ucha banyak sangat meriah. Alhamdulillah ucha dermakan pada Aisy sebab Adeeb refused susu awal. Die minum susu fresh aje. Elakkan bazir, cplud cuba bagi Aisy. Alhamdulillah mau jugak Aisy. Aisy minum susu 5 botol. Jenuh ummi mengepam di opis. Sehari pon ummi dapat sediakan 3 botol jer. Harap mencukupi untuk Aisy.


Aisy dah boleh meniarap di usia 3 bulan lebih. Tak taula samada cepat ke lambat. Tapi rasa normal cam baby lain. Perangai 2 beradik ni pon beza. Tapi ada 1 persamaan yg ummi dapat detect, 2 2 ni susah nak potong kuku. Huhu~

Masa Aisy checkup sebulan di KK, Doc detect Aisy ade Undescended Testicles. Klik sini untuk detail pasal ni. Sepatutnya hospital akan rekod sekiranya baby menghadapi masalah ni. Tapi hospital Aisy lahir tu tak check betul2 or camne tak taula. Doc KK minta kami refer ke Pakar pada Julai nanti. Doc akan check semula dan akan decide whether need to operate or else. Ummi doakan yg terbaek untuk Aisy. Semoga Aisy sentiasa dalam lindungan Allah swt. Ameen. 

Panjang pulak citer kali ni. Harap kenkawan ummi di alam maya ni juga doakan yg terbaek buat Aisy. Kami ummi abah abang sume sayangkan Aisy. LUV U SO MUCH DEAR AISY!!!! 

Wasalam :)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena