Tuesday, March 15, 2011

10 Tips Berjimat Untuk Kumpul Bajet Kahwin...


Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum pembuka bicara,

Ape khabar sume pembaca dan pengunjung Plud's Corner diluar sane?? Diharap sihat Alhamdulillah sumenya. Baru2 ini dunia dikejutkan dengan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit, 'JAPAN' yang dikenali antara negara termaju seantero dunia. Takziah kepada sume mangsa, beribu2 kematian dan kerosakan teruk melanda Jepun. Sebagai hambaNYA, kite hanya mampu berdoa agar diselamatkan rakyat Jepun keseluruhannya dan juga warga Malaysia yg belajar dan bekerja di Jepun khasnya. Semoga kita semua dilindungi dan dikurniakan ketabahan untuk menghadapi musibah yg menimpa. Percayalah... Ada hikmah di sebalik musibat yg Allah swt turunkan.

Image from Google: Lakaran ombak tsunami

Berbalik kepada topik hangat di atas, marilah kita sama2 berjimat cermat bukan sahaja untuk simpanan kahwin tetapi juga untuk kesenangan hidup di dunia ini. Teringat semasa kecik, cikgu2 sibuk melontarkan pepatah 'Sikit2 lama2 jadi bukit', 'Susah sekarang dari susah dikemudian hari'. Semua ini menggambarkan kepentingan tabungan di mana ianya dapat membantu kita di kemudian hari di saat memerlukan. Okeh, bagi sesapa sahaja yg bakal melangsungkan perkahwinan, peringatan tuk diri sendiri jugak memandangkan umur pon semakin meningkat, marilah kita berjimat cermat untuk hari bahagia kita 1 mase nnt. Jom kita selami apakah tips2 yg bakal cplud coretkan dibawah. Untuk pengetahuan, cplud dapati sumbernya di SINI dan juga SINI disamping sedikit tambahan dari cplud sendiri.

:: 10 TIPS BERJIMAT UNTUK KUMPUL BAJET KAHWIN ::

1. SEDIAKAN BAJET KEWANGAN
Umum sedari yg perancangan kewangan adalah tersangat penting dalam kehidupan seharian dimana ianya boleh mempengaruhi gaya hidup kita. Tips dari cplud, tiap kali dapat gaji, cplud sudah merangka bajet kewangan apa yg perlu dibelanjakn dan berapa jumlahnya serta mesti ade SIMPANAN WAJIB untuk setiap bulan. Tidak semestinya, guna utk kahwin simpanan wajib ni, ianya boleh digunakan dalam keadaan kecemasan/ kemalangan atau sebaliknya. 'Ukur baju di badan sendiri', perumpaan yg sgt sinonim dengan kehidupan kalian dimana berbelanja setakat yg termampu dan jgn membazir. Utamakan yg utama iaitu keperluan daripada kemahuan. Adanya perancangan bajet kewangan, pengaliran wang bulanan juga akan terkawal.


2. SEDIAKAN WEDDING CHECKLIST
Checklist ni penting dimana kita dapat menyenaraikan apakah keperluan2 utk majlis perkahwinan. Agar dapat mengelakkan kita kelam kabut dalam menguruskan majlis tersebut. Terdapat banyak contoh di internet untuk mendapatkan checklist perkahwinan. Checklist hendaklah dibuat utk ke2 pihak laki dan perempuan agar masing2 dpt kenalpasti keperluan majlis tersebut.


3. MASAK SENDIRI
Elakkan makan di luar kerana selain ianya tak elok untuk kesihatan korang, korang juga akan dapat melakukan penjimatan yang besar! Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga, terutamanya makanan! Lagipon, masak sendiri lagi terjamin khasiatnya ;)


4. BAWA BEKAL KE PEJABAT
Cara ni bukan calang2 orang boleh buat kerana ia memerlukan kite bangkit di awal2 pagi lagi untuk menyediakan breakfast dan membawanya ke pejabat sebagai bekalan makanan kita. Nak jimatlah konon. ;) Tapi, bagi orang yang rajin dan suka memasak, perkara kecik nie gerenti tak jadi masalah punyer. ;) Berbekal lah walaupon hanya dengan sekeping roti, nescaya korg akan rasai penjimatannya.


5. ELAKKAN MEMANDU SENDIRI
Ni bagi yg bekerja dibandar2 besar yg terdapat byk kemudahan awam sepertu komuter, bas, lrt dan sebagainya. Disamping dpt jimatkan minyak, poket juga dpt diselamatkan ;)


6.BELI BARANG SECARA PUKAL
Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.


7. LAKUKAN PERBANDINGAN HARGA DALAM BERBELANJA
Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat.

8. KURANGKAN BELI BARANG BERJENAMA
Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya.

9. KURANGKAN DATING TIAP HUJUNG MINGGU
Tips yg paling sukar utk dilakukan! Chayook2 cplud, anda boleh!! Bukan xdating lgsg, tp cume kurangkan. Mungkin 1bulan, 2 kali or 3kali jer ke. Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek/pakwe tersayang ;) . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama. Yelah, masa keluar makan, takkan asyik pakwe yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek/ pakwe marah2, cakap kat dia “Berjimat ni untuk kepentingan bersama la abg sayang”. ;) 1 lagi tips dari cplud, klu dating tu terutama bab2 makan ni, besenye kami akan share bersama, xderla sorg je byr. So, masing2 dpt rasai kesusahan nya ;)


10. PAKAI PREPAID INSTEAD OF POSTPAID
Time bercouple nie la yang akan mengikis banyak duit you all, betul tak? Selain daripada berbual2, sms-ing jugak banyak menelan belanja, beb. Kadang2, kita tak sedar bila jari kita duk menekan huruf2 kat keypad handfon tuh, sampailah time nak membayarnya, huhu. Kalau kita pakai postpaid, kita mungkin akan terus berbual2 berjam2 lamanya tanpa mengira masa. Tiba je hujung bulan, bila tengok bil telefon yang melambung tinggi tuh, masa tu lah anda akan frust menonggeng dan berasa menyesal tak sudah. ;) So, it’s a bit better kalau korang just guna prepaid instead of postpaid, ye. ;)


Okey, sekian dulu tuk kali ni, semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini. InyaAllah. Akhir kalam, selamat menabung dan semoga majlis perkahwinan anda berjalan lancar ;) Yang baik datang dr Allah swt dan kekurangan datang dari hambaNYA yg hina.

P/s: Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian ;)

6 comments:

example010 said...

alamak.. susahnye peratiran no 9 tu..

cplud miera said...

pasti boleh! chayook2! ;)

eelobor said...

nasib baik dah kawin....huhuhuhu

cplud miera said...

@eelobor: hurrm. nk wat cmne kan. nak kawen punyer psl, knela berjimat cermat. utk kebahagian di kemudian hari jugak ;)

Anonymous said...

unnie, kurangkn window shopping mu! nnt da je y die nak capai....kuik3~

cplud miera said...

hihi..okai unni ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena