Friday, August 26, 2011

Baaalik Kampung... Ooo Balik Kampung!!

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum...

Salam penghujung Ramadhan buat semua.. Lame betol biarkan blog bersawang yer. Ni cplud datang nk bersihkan blog nih. hehe~ Malam ni 26hb Ogos 2011 cplud akan balik kampung. Hooooray! Balik nek bas jer. Semoga perjalanan malam ni dipermudahkan dan semoga kami semua selamat sampai ke kampung halaman. Di saat dan ketika ni, wajah bonda ayahanda terbayang diruang mata. Tak dilupa gamitan si comel anak buah semua. Miss u all!!


"Hayati CiptaanNYA sebelum tidak sempat untuk merasai anugerah yang tiada nilainya..."

Alhamdulillah today dah masuk 26hb Ramadhan 1432H. Lagi beberapa hari jer lagi Syawal bakal disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Buat yang mengenali diri ini, juga kenalan maya semua, cplud nk memohon jutaan kemaafan sekiranya sepanjg mengenali anda semua dan juga sepanjang ber'blog' cplud de menyakiti anda semua. Jutaan maaf dipohon di hari yg mulia ini. Alhamdulillah Ramadhan tahun ni dirasakan jutaan ketenangan.

Buat En Tunang tersyg, cplud nak memohon jutaan kemaafan andai sepanjang 6 tahun mengenali diri ini terlalu banyak kesilapan cplud lakukan. Harapan moga setiap dugaan dan cabaran, susah dan senang bersama2 lah kita harungi hingga ke akhir hayat kita. Doaku moga urusan penyatuan kite dipermudahkan. Amiin

"Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin dari Cplud Miera buat anda semua... "

Raya ni jangan makan banyak yer. Jaga kesihatan dan buat yg memandu pulang ke kampung halaman, hati2 dalam pemanduan anda. Buat driver bas semua, ingatla insan2 amanah anda untuk mereka pulang ke kg halaman masing2. Semoga semuanya selamat. Amiin


6 comments:

eelobor said...

saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut lebaran, ampun dan maaf jika sekiranya ada komen saya sebelum ini yang boleh mengguriskan hati awak.

cplud miera said...

hehe~ samela. mintak maaf jugok yer. selamat hari raya buat eelobor sekeluarga ;)

example010 said...

uitttt... balik kampung tu balik kampung jugak.. duit raye bile nak bagik..

AYuNG said...

selamat ari raya..
maaf zahir batin yerk..

hati2 balik kg...walaupun naik bas tau..:)

nto balik sini mai la dtg umah ayung..hehe

cplud miera said...

thanx ayung. slmt hri raya jugak. ;)

cplud miera said...

@example: ek elle bro.. kite yg ptt tnye bile nk kasik duit ry. huhu. pose sebulan kt umah xhengat. dhla cuti ry lg pnjg lak tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena