Thursday, August 4, 2011

Hidangan Ulangtahun ke25 :: Ramadhan ke4


Salam Ramadhan to all,

Wah, dah 4 hari pose. Huhu~ Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan dalam menjalani ibadah puase kali nih. A song to besday girl:

"Allah panjangkan usiaku.... Allah rahmatkan hidupku.... Allah berkatilah hidupku ini........ Allah selamatkan cplud miera......."

Huhu~ Alhamdulillah, tercapai impian masak spagetti sedap. Hehe~ Bertungkus lumus cari resepi spagetti mudah kt tenet, sudahnya wat resepi sendirik jer. Balik keje, trus ajk my frend ke tesco tuk beli brg2 masak spagetti ni. Maklumla, ni 1st time msk spagetti, sebelum ni mkn kt kedai n org masak jer. huhu~ Terkejut gk ngn harge bahan masakan ni agk mahal. Tapi demi keinginan yg membuak2, ku truskan jua niat murniku....

Taraaaa... Ni la hidangan ku berbuka td bersama teman2 ;) Alhamdulillah suke tgk dorg tambah2 makan td. Cplud tak tambah pon, kenyang makan sepinggan. heheh~

Ni hasil masakan yg cplud masak mase berbuka tadi. Hidangan ni tuk 3 orang makan ;) Tu pon de lebih lg, kitrg plan nk wat sahur jer ;)

Ni kuah spagetti hasil ciptaan sendirik. Okey, jom tgk resepi!

:: RESEPI SPAGETTI CPLUD ::

:: BAHAN2 ::
1- 1 labu bwg besar dicencang halus
2- 3 ulas brg putih juga dicencang halus
3- 1/2 tin tomato puree
4- Sos prego (cplud gune dalam 1/2 botol kecik)
5- Bebola daging dalam 8 biji dipotong 4 --> yg ni terpulang la yer
6- Sedikit garam
7- Minyak tuk menumis
8- Oregano leaves

Berpusing2 cari dalam tesco dapatkan oregano nih.. Harga dalam RM8 tuk botol sekecik nih.. huhu~

:: CARA2 ::
1- Panaskan minyak dan tumis bwg putih diikuti bwg besar. Tumis sampai dh jadi kaler kuning maksdnya nk masak la tuh.
2- Masukkan tomato puree, kacau rata.
3- Masukkan sos prego dan air sket. Kacau lagi.
4- Masukkan bebola daging dan kacau lagik.
5- Secubit garam ditabur ke dalam masakan. Tunggu hingga masak dan kaco sekali skala.
6- Last skali, taburkan oregano leaves ni sket dlm masakan ;) Sedia dihidangkan ;)

Alhamdulillah td kt opis ade edaran bubur lambuk free. Rembat 3 tuk member. hehe~ Nampak cam pelik, rase pedas2 dan 1st time rs bubur yg ditumis dulu. huhu~

Ni paaaaaaaaaaaaaling diidam selain spagetti. Tapi cheesecake ni buatan kedai, rembat kt tesco. Marble cheesecake. 1 mase nnt nk bljar jugak masak cheesecake ni, xder lg nk buang duit kt kedai tuk makan kek nih. ;)

Okey la setakat ni dulu la. Pnjg pulak berceloteh minah cplud nih yer. Memalam2 cmni byk pulak idea nk coretkan. kuikuikui ;) Overall, sgt bersyukur dan berpuas hati dapat celebrate ngn hasil air tangan sendirik ;)

P/s: To kucing oren, jgn jeles tgk spagetti nih ya! Nnt dah kawen, tiap hari leh masak utkmu ;)

14 comments:

example010 said...

adoooooi.. sedap nye.. macam nak makan je monitor ni.. sbb keluarkn gmbar mkanan sedap..

cplud miera said...

@exaple010: sabar yer dear.... rase pon sedap tau. kuikuikui ;)

MamaPatch said...

hantar la kat aku ckit! huhu!

cplud miera said...

heheh..ni testing jer, 1st time uat.. xper, nnt aku wat lg bw kt unit yer. InsyaAllah

Unknown said...

wah! kecur air liur ni..hoiii, gile nih..sabar2..puasa2..

cek chun said...

hepy besday cik plud
tahniah atas kejayaan buat spageti sedap :)

AYuNG said...

origano leaves tuh untuk apa yer?

cplud miera said...

@cek chun: tq cek chun...huhu~ Alhamdulillah menjadi spagetti sy ;)

kak ijan said...

Happy birthday Cplud Miera!!!! baru 25 muda sangat lagi tu :)

sama lah kita sambut birthday bulan pose... apepun, semoga panjang umur murah rezeki...moga cepat2 makan nasi minyak.eheheh :)

cplud miera said...

@kak ijan: thanx akk. yeke? samela kite, bulan pose ;) amiin, semoga dipermudahkan ;)

indahhouse said...

Salam miera,
Happy birthday ya. :)

kalu nak mula masak mskn western, mmg mahal brgnya. Tapi boleh dimasak berkali2. Makan pun boleh berkali2.. hehe.

cplud miera said...

@indahhouse: arigatoo gozaimas kak. btul tuh ;) boleh dimasak berkali2 ;)

cplud miera said...

@fee: huhu..sabor2. pose nih

cplud miera said...

@ayung: origano leaves tuk penyedap mknan. tgk kebykan org letak, so cplud pon cube la letak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena