As salam to dear readers n followers,
Alhamdulillah semalam dah berakhir 1 Ramadhan, tiba pula 2 Ramadhan. Untuk berbuka pose semalam, cplud dapat request dari incik suami utk masak Nasi Bukhari Ayam. Sebelum ni cplud pernah masak sekali dan tak sempat snap pic pon. Huhu~ So, this is second time la masak nasi bukhari ni tapi dengan cara yang berlainan.
~Inilah Nasi Bukhari yang cplud masak semalam~
Cplud refer youtube masak nasi ni. Huhu~ Klik SINI untuk refer video penyediaan nasi bukhari nih. Cam dasat je kan sampai guna video bagai. Haha~ Yela, percubaan pertama kurang menjadi sebab nasi terlalu lembik. Tapi semalam Alhamdulillah menjadi even guna beras Cap Udang jer pon. Hehe~ Yang penting suami suka dan makan pon kenyang...
Resepi ni pon cplud de lah ubahsuai sket, tak ikut 100% pon. Tapi masih sedap ;) So, bagi yang nak mencuba, cplud share kan resepinya disini...
:: RESEPI NASI BUKHARI AYAM ::
Bahan2:
1- 3 sudu minyak sapi
2- 1 sudu minyak masak
3- 1 labu bawang besar dimayang
4- Lobak merah dihiris nipis
5- 3 sudu rempah Bukhari Faeza (nak guna perencah selain faeza pon boleh, terpulang.. Tapi rempah ni direkomen jugak la yer :))
6- 3 sudu besar tomato puree
7- Ayam dipotong mengikut citarasa
8- Beras secukupnya (nak lg cun, gunalah beras basmati, tp cplud guna beras biasa jer)
9- Air secukupnya
10- Garam dan gula sebagai perasa
Cara2:
1- Masukkan minyak diikuti minyak sapi kedalam periuk.
2- Masukkan lobak dan tumis hingga garing.
3- Masukkan pula bawang besar yang dimayang dan kacau rata sehingga berbau wangi.
4- Setelah lobak merah masak, masukkan tomato puree dan tumis hingga pecah minyak.
5- Selepas itu masukkan pula rempah bukhari Faeza, teruskan kacau hingga pecah minyak. Sekiranya agak kering, disarankan tambah sedikit air agar tak melekat.
6- Kemudian masukkan ayam dan perasa. Kacau sebati dan tunggu sehingga ayam masak. Tutup periuk sementara tunggu ayam masak. Kacau sekali sekala.
7- Angkat ayam setelah masak.
7- Angkat ayam setelah masak.
8- Kemudian masukkan air yg disukat secukupnya diikuti perasa secukup rasa. Kacau dan tunggu hingga mendidih.
9- Setelah mendidih, masukkan beras, kacau rata. Bolehlah dialihkan ke rice cooker sambil dikacau sekali sekala. Susun ayam dalam nasi dan masak nasi seperti biasa.
Okey siap resepi, bolehlah nak mencuba.Cplud ni jarang masak nasi ni, so ambik masa sketla. Tu yang masuk dapur pon dalam kul5.30 dan settle nasi kul6.15. huhu~ Sambil tu cplud buat acar mentah untuk dimakan bersama nasi.
~Nasi Bukhari Ayam n De' Gang~
Nasi ni enak dimakan bersama Daging Masak Hitam dan Acar Mentah. Untuk resepi acar mentah, boleh refer SINI. Bagi resepi Daging Masak Hitam pula, cplud akan update di entry yang laen.
Okey, selamat mencuba resepi ni yer dan Salam Ramadhan utk semua ;)
0 comments:
Post a Comment