Thursday, July 4, 2013

Campak @ 7 Bulan

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Alhamdulillah 2 Julai lepas, Ahmad Amirul Afham genap 7 bulan. Sekejap je masa berlalu kan. Tak lama lagi merangkak dan berjalan pulak. Afham masuk 7 bulan aritu kene Campak. (bukan kene campak tinggi2 tuh yer)  Yang Afham kene ni campak halus, orang tua2 ckp campak air. Lagi 1 campak tu, chicken pox yg tu ambik mase lama nak baek. Campak halus ni cam ruam, tapi akan merebak ke seluruh badan. Bila dah abes sampai ke kaki maknenya nak abesla tuh. 

Setiap kali bertukar bulan, mesti Afham akan kurang sihat. Starting 4 bulan, pertama kali Afham demam. Ummi abah riso kemain. Almaklumlah anak sulong dan belum de pengalaman anak sakit lagik. 4 bulan jugak Afham start selsema dan paling teruk lepas sihat demam, Afham kene Ulser mulut pulak. Asalnya ummi abah tak tau, start detect mase nak menyusukan, Afham takmo, bila baringkan nak nyusu meraung2 die. Dalam hati, susu ummi tak sedap ke ape kan. huurm

Untuk mengurangkan keresahan, kami bawa Afham ke Klinik Pakar Kanak2 Annur di Bangi. Time tu bukan maenlah ramainya kanak2 tak sihat. Afham lemau je, tak minum susu, mane nak ada tenaga kan. So, bila doktor cek rupanya ada ulser dalam mulut, doktor bagi ubat spray dalam mulut kurangkan perit tekak tuh and try feeding until ok. Berbaloi tunggu lama2 sebab tau Afham sakit ape. Tu citer 4 bulan aritu.

5 dan bulan demam selsema nak bertukar bulan. Tapi masuk 7 bulan ni, kene campak pulak. Afham tak demam, tu yg kami tak tau die kene campak, juz ingat ruam2 bese jer kan. Sapulah bedak Aiken (bedak berubat) kat badan die. Malam tu perasan gak Afham asyik merengek time nak susu, selalunya tak camtu pon. Esoknya antar umah BS cam biasa. Kebetulan Selasa aritu ada ceramah kesihatan. Penceramah ada cakap pasal Denggi. Bahaya jugak boleh bawa kematian. Dalam kepala time tu duk pikir merah2 kat badan Afham sebab salah satu tanda denggi adalah bintik merah. 

Abes je ceramah, call BS tanya keadaan Afham. BS cakap makin teruk sampai ke kaki bintik tu. Cplud cepat2 bawa gi klinik. Time abah takdelah Afham sakit2 ni kan. Tiap kali demam sebelum ni pon time abah training jauh. Kalini kat UMP,Pahang pulak. Demi mencari rezeki nak masuk umah baru nanti. Mintak tolong Auntie Fani teman ke klinik sebab Afham nak berdukung jer, camni cplud nak bawa kete kan. Sampai klinik, doktor sahkan Afham kene campak rupanya. Then, terpaksalah mc sebab takut budak laen jangkit. 

Doktor de bagi Lotion Calamine, sapu ke seluruh badan. Owh yer, cplud tanya kat doktor, takde tanda2 laen ke selain demam, sebab Afham tak demam, tapi selsema jer. Rupanya selsema pon tanda campak nih. Syukur Alhamdulillah sekarang dah sihat. Semalam pon kuarantin Afham kat umah, umminya ambik cuti bagi betul2 sihat dulu. Kang tak pasal2 jangkit dak laen pulak. 




Kat umah tu, tak pakaikan baju pon. Pas mandikan terus sapu lotion calamine tu. Lepas kasi makan nestum beras+susu ummi, suapkan ubat selsema dan tahan gatal. Ok pulak makan ubat. Alhamdulillah. Then tidokan, juz pakai pampers je tanpa baju.




Ni dah bangun. Conpius ummi duk snap pic pulak tengah sexy2 ni. haha. Alhamdulillah bangun tido nampak selesa sket. Tapi langsung takley tinggal die sorang. Merengek jer. Time tido wat keje cepat2, siap sempat lagi masak nasi dan lauk simple. 

Anak2 nak membesar ni kite mak ayah kenelah kuat semangat kental sume sebab dorang ni akan banyak sakit untuk membesar. Alhamdulillah anak ummi ni kuat!

Masuk 7 bulan ni, Afham dah boleh meniarap ke depan. Kata makyong nya, Afham gerak cm buaya, haha. Sup sap kejap je dah capai barang. Sekarang tak suka maenan sangat, tapi kalau bukan mainan, bersungguh2 main cam mainan die pulak. Remote tv, tali pinggang abah, bakul baju, bedak2, kalau duk diam je kite tinggal tu, tengok2 die dah main wayar kt tv. Plug extension pon ditariknya. Siap ummi letak divider tak kasi main situ. Afham dah nak belajar merangkak, dah angkat punggung cuma tak reti nak gerakkan lutut tu lagi. Hehe.  Afham dah boleh duduk, cuma kadang tak stabil, trus bertukar jadi meniarap. Dia boleh je tu, cume kemalasan sket kot. 

Oklah, panjang pulak entry kali ni, juz nak citer anak ummi ni dah besar. Ummi abah saaaayang kamu sesangat! Sekian entry kalini. TQ sudi singgah baca. Wasalam :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena