Monday, July 1, 2013

Rezeki Syaaban...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Alhamdulillah pejam celik pejam celik now Syaaban makin melabuhkan tirai. Ramadhan makin menampakkan sinar. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat buat kami sekeluarga. Cuaca sekarang ni masih terkawal, tapi di Nilai masih ada saki baki jerebu. Ummi dan Afham sakit2 tekak, batuk dan selsema. Hampir kesemua rakan2 Afham di sekolah (umah pengasuh) menghadapi simptom yg sama. 

Back to the title. Rezeki Syaaban! Alhamdulillah. Kepada sesapa yang mengikuti entry sebelum ini, mungkin tertanya2 apakah Rezeki yg dimaksudkan. Ya, ianya sesuatu yg amat kami nantikan iaitu memiliki rumah sendiri. Alhamdulillah berkat kesabaran kami selama ini akhirnya dibalas dengan sesuatu yang sangat berbaloi2. Syukur padaMu Ya Allah.    Hanya secubit yang kami minta, Engkau balas segenggam. (entahla peribahasa betul ke idak. huhu)

Kami menanti berbulan2, starting Afham 3 bulan di kandungan. Ya masih ingat waktu itu, sehari sebelum Family Day PTM. Kami baru decide untuk searching umah untuk dibeli. Menggunakan gov loan yang cover dibawah bajet 300k, manelah mampu kami nak dapatkan rumah baru kan. Sekarang rumah teres 2 tingkat rumah baru about 300k to 400k. Sedar dengan kemampuan, kami decide untuk cari rumah 2nd hand sahaja. 

Dari Mudah.my, iProperty, cuba nasib rumah lelong, jenjalan cari rumah kat kawasan perumahan, tanya kenkawan, sume kami dah cuba. Pengalaman mematangkan kami. Rumah hampir dapat tapi terlepas gara2 agent yg sengal, owner yg tak jadi jual rumah, owner yg iklankan rumah tapi dah reserve rumah tu untuk sedara dan macam2 lagik. Henpon ni penuh ngan nombor fon agent. hurm...

Sehinggalah kami terjumpa rumah ni kt Mudah.my secara tak sengaja. Dijadikan rezeki, suami pinjam henpon nak maen Candy Crush Saga kt henpon cplud, tapi buka je fon terbuka Mudah.my. Memang cplud bookmark pon page tu tuk cari rumah. First of all, bajet rumah kami adalah 280k ke bawah sebab loan pon hanya cover 280k jer. Iklan tu rumah yg nak dijual kt taman area rumah sewa sekarang dan sangat dekat ke tempat kerja, Alhamdulillah. 270k harga diletak owner, mulanya agak terkejut jugak sebab dulu2 rumah ni below 100k jer. Zaman dah berubah kan. Value tanah area ni makin tinggi. Tengok description rumah renovate, 5 bedrooms. Standard rumah ni juz 4 bilik jer. Cplud ckp kat husband why not kite cuba since kite pon mmg plan nak reno rumah pon. Terus call owner cakap nak tengok rumah. So, petang tu terus g tengok rumah dari luar je. Memang de reno dapur dan tambahan bilik lagi. Call owner, rumah berkunci, penyewa takder. Saje tanya ramai ke yg dah tengok. Rupenya sebelum kami dah 2,3 orang survey rumah ni. Tanya husband, kite setuju jerla. Susah nak cari rumah renovate camni dan harga masih ok lagik. Then comfirm ngn owner. Owner ask, "Betul ke ni setuju even belum tengok dalam??" Ya kami setuju. Memang dah pernah tengok dalam rumah area ni malah lagi teruk pon ada. Memang tak mintak kurang pon ngan owner. Then, she said rumah ni de perlu dibaiki, then dorang nak deduct harga. Alhamdulillah akhirnya kami deal dapat kurang 10k, dapatlah 260k. Alhamdulillah rezeki kami...

Then, kami jumpe owner personally bincang pasal rumah ni sume. Sebelum kami, ada 2,3 orang nak beli rumah ni tapi bukan untuk tinggal, disewa mungkin. Luckily kami dapat owner yg sangat bagus dan baik. Dorang memang nak let go rumah pada insan yg betul2 nak beli rumah yg tiada rumah lagik. Kami de 1st. Sebelum tu jugak, de yg tawarkan 250k cash pada owner. Tapi telah tercatat ini rezeki kami. Alhamdulillah. Rumah dah siap plaster ceiling, reno dapur sume. Alhamdulillah. Kawasan pon strategik, tempat parking pon selesa sume. Syukur sangat :)

Setakat ni dulu, pasni bermula la entry berkaitan Home Sweet Home pulak yer. Tak sabar nak duk umah sendiri :) Tidor pon bermimpikan rumah baru. hikhik :) Semoga dipermudahkan segalanya. Amin

Sedikit nasihat dari kami, bagi yang senasib kami, teruskan berusaha. Jangan mudah putus asa. Percayalah setiap yg berlaku ada hikmahnya. Mungkin Allah nak bagi sesuatu yg lebih baik untuk kite. Sempena bulan baik hari baik ni, cplud doakan semoga semuanya berjaya. Amin

Last, pic my son. Meniarap di masjid. Sujud syukur akhirnya kami dapat rumah sendiri :)


Firman Allah
Man Jadda Wa Jada - Setiap yang berusaha pasti akan berjaya 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena