Monday, September 23, 2013

Homemade Stok Ikan

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Monday blues. Mood tak puas bersama anak dan suami di hujung minggu yg singkat. Waiting for the coming heaven weekend. Ohohho...

Aktiviti hujung minggu ni beselah, siapkan stok2 ikan, ayam dan desert buah tuk bekalan Afham kat sekolah. Bajet cam anak dah beso je sekolah, padahal sekolah kt umah babysitter je pun. huhu~

Untuk hari ni, cplud nak share dengan korang semua cara nak hasilkan stok ikan sendiri. Sebelum ni search kat tenet tak banyak yang buat stok ikan untuk bayi ni, yang banyaknya stok ayam dan stok ikan bilis. 

Okeh, bahan2 nya tak susah pon, just sediakan:

  • Ikan (tak kisah lah Salmon ke Kod ke or tenggiri, but prefer ikan isi putih or merah camtu la. Untuk Afham ni, kami pilih ikan Salmon, harga 1 slice nak sama dengan sekor ayam size kecik. Untuk anakanda tersayang takpelah, lagipon ikan ni bagus untuk kesihatan... )
  • Bawang holland dimayang
  • Rembah 4 beradik, tapi cplud guna 3 beradik je. separuh kulit kayu manis, sebiji pelaga dan seketul bunga lawang size paling kecik. Tak mo kuat sangat rasa rempahnya.
  • Carrot dan saderi
  • Minyak zaitun tuk menumis
  • Secawan air

Caranya amat mudah. First time menumis untuk makanan Afham, untuk menumis ni disarankan guna la olive oil yer. Dalam 1 sudu je, tumis bawang holland. Kemudian masukkan air.

Pastu campak segala macam bahan list kat atas tu bersama ikan.



Camnilah hasilnya. Masak sampai mendidih.

Dah masak tu, asingkan ikan dari bahan semua tadi. Pastu hancurkan ikan dan buang segala macam tulang ikan tu. 



Asingkan bahan2 rebus dari air rebusan.



Next step is blend all it together kecuali rempah ratus. Hasil pas blend tu tak snap la pulak pic.



Dah siap sejukkan kejap tu, cplud masukkan dalam bekas cube cute ni untuk masukkan kat freezer. 1 cube untuk satu sesi masak bubur. Cplud masak bubur setiap hari, masak siap2 malam tu sejukkan kejap kt peti ais bahagian bawah then bawa bekal esoknya kat pengasuh. Kat sane dah sediakan pemanas utk makanan dan susu.

Ok, sekian ajer. Selamat mencuba :)

7 comments:

Anonymous said...

Assalam kak...kt mane beli bekas cube tue ea? Brape harganya ea...Thanks kak..best blog walking kt blog akak...

cplud miera said...

@anon: tq anon. bekas cube ek? akk beli ngn member, kebetulan die xnak pakai dah sebab anknye dah beso. tp rasanya klu kt ekspo baby comfirm ade. nnt cubala yer. tq singgah di teratak akk yg bese2 ni :)

cplud miera said...

@anon: harga dlm rm30++

Anonymous said...

Hi. Nk tny nk blend tu kecuali rempah ratus ya. Mean daun saderi dgn carot tu blend jgk ke? Tq share resepi ni. I br nk mencuba.

cplud miera said...

@anon: yus sis. blend kesemuanya :) selamat mencuba

ain naim said...

Salam sis...1st time sy jumpa blog yg ajar buat stok ikan..tq byk2...halalkan ilmu ye..baby dah nak masuk 10 bln. Baru nak kenalkan ikan pada dia...

cplud miera said...

wsalam sis ain. alhamdulillah untuk rujukan semua. bagus perkenalkan ikan ni. now untuk ank no2 tu pon sy selang selikan ikan n ayam kat baby. Selamat mencuba :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena