بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,Lama betul tak hapdet pasal makan2 ni. Malas bebenor nak snap pic makanan sebenornya. Semalam datang mood 'R' pulak tu yang pagi ni gigih la nak buat entry walaupon tengah melambak keje ni. Update ringkas2 jer.
Lately, Afham suke bebenor makan nasi dengan kicap ni. Nasi goreng kicap, ikan goreng kicap, ayam kicap. Memang laju berdesup makan sampai sendawa. Alhamdulillah. Lega tengok Afham ada selera makan nasi ni. Dulu susah nak makan pape. Memilih sket. Sekarang pasta ke sume die boleh makan. Lega ummi abah...
Cara masak pulak, first ayam ratakan dengan garam dan kunyit. Then goreng garing. Pastu goreng kentang pulak. Toskan. Pada kuali berasingan, tumis bawang putih dan merah sampai masak kekuningan. Taburkan sedikit black paper serbuk. Kemudian masukkan kicap, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata then masukkan hasil gorengan tadi. Ratakan dan boleh angkat.
Makan pulak dengan nasi panas. Suap kat Afham pon die suka ;) Nanti ummi masak lagi yer sayang.. Incik suami suka anak pon suka. Puan isteri tersenyum bahagia. Tips, masa menumis kurang kan minyak. Nanti minyak dari ayam pon kuar sama. Tapi tak yah makan minyak tu. Agak kekeringan sket lauk ni, boleh dihidangkan juga bersama sup :) Selamat mencuba. Wsalam...
0 comments:
Post a Comment