Thursday, April 10, 2014

Macaroni Bakar

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,

Menu western pulak kalini. Menu simple2 ajer untuk breakfast weekend yang lepas. Menggunakan bahan sedia ada kat rumah jer. Actually first time mencuba resepi ni. Resepi dapat dari buku 360 resepi Chef Haneliza. Alhamdulillah walaupon tak menjadi sangat die punye texture, tapi rasa sedaaaap :)



Blur sudah nak taip pe lagi ni. Hahaha. Okeh terus ke bahan2 la ye. Cplud just perlukan macaroni, puri tomato, ayam cincang, sos preggo cendawan, capsicum, slice cheese, ceddar cheese dan oregano kering. Minyak zaitun dan juga bawang holland cincang dadu serta garam...

First you all rebus makaroni dan tambah sedikit minyak zaitun. Settle part rebus, kite masak bahan sos pulak yer. Tumis bawang cincang dengan minyak zaitun. Then masukkan ayam cincang. Tambah sket je air dan masak sampai ayam tu masak. Pastu masuk puri tomato, seterusnya sos preggo, capsicum yang dipotong dadu dan taburkan oregano kering. Kacau2 dan perasakan. Tunggu sampai masak. 

Seterusnya dalam loyang bakar, masukkan macaroni yang telah ditos, kemudian tuang sos tadi. Gaul sebati. Bahagian atas susun slice cheese, kalau cam loyang ni 3 keping cheese slice. Then taburkan keju parut. Bakar dalam oven selama 30 ke 35 minit dengan suhu 180 darjah celcius.



Lupe nak snap pic sebelum masuk oven. Ni hasil after masuk oven. 



Sedia dimakan. Afham pon suke sebab langsung tak pedas :) Selamat mencuba.

TQ sudi jenguk sini. Wasalam :)

2 comments:

O'gosh Iskandar said...

ini sudah semestinya akan ditiru ni..huhu

cplud miera said...

@o'gosh: tiru sis.. sedap nih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena