Thursday, December 2, 2010

Info Kentang

Bismillahirahmanirahim,
Cplud nak share sket info tentang kentang nih. Actually, pg tadi terbaca kt akhbar kosmo mengatakan yg ade sorg mamat nih turun 10kg dengan hanya memakan kentang. Ikuti berita selajutnye yg telah di'copy' dari kosmo online utk tatapan pengunjung Plud's Corner.

~Chris Voigt bersama kentang~

WASHINGTON - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Chris Voigt yang gigih mengamalkan diet memakan ubi kentang selama 60 hari akhirnya berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Diet istimewa itu membawa kesan baik terhadap kesihatan Voigt apabila berat badannya berkurangan dari 89.35kg kepada 79.83kg manakala tahap kolesterolnya berkurangan kepada 69 mata.

Pengurangan berat badan itu mengejutkan doktor yang memeriksanya.

Voigt kini dinasihatkan secara perlahan-lahan mengambil makanan yang lain selepas dia berhenti mengamalkan diet istimewa itu Isnin lalu.

Source: Kosmo

P/s: Lagi elok kalau rebus or kukus kentang nih tuk diet sbbnya klu goreng, tambah kolestrol sbb berminyak.

:: LAGI INFO BERKAITAN KENTANG ::

Korang dah bace petikan berita kt atas? Kalau dah jom kite selidiki dan kupas rahsia2 di sebalik kentang nih. Sumber didapati di SINI.

Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.


Sekian perkongsian maklumat berkenaan kentang yg boleh mempengaruhi diet anda ;)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena