Sunday, December 26, 2010

Konsep "Buang Rezeki" Dalam Penjagaan Berat Badan?

Credit pic to En Google ;)

Assalamualaikum to all readers,

Kali ni cplud nk berkongsi 1 artikel berkenaan konsep 'Buang Rezeki' dalam penjagaan berat badan. Moga perkongsian kali ni akan menyedarkan dan sebagai peringatan untuk kita semua umat Islam di muka bumi ciptaanNYA ni ;)

"Jangan buang rezeki!"

"Tak baik membazir!"

"Tak baik buang rezeki"


Ah itu selalu kata-kata yang membuat kita rasa bersalah untuk mengelak daripada makan atau minum terlebih. Contoh, anda berada di mamak dan meminta nasi separuh. Tapi bila dapat pinggan nasi, ia masih terlebih. Atau anda pesan teh tarik tapi yang saiz hidangannya agak besar. Jadi macamana? Apa hukumnya? Patutkah anda "membazir" atau boleh tinggalkan "rezeki" demi kesihatan?

Allah SWT Maha Memahami

Kita semua tahu bahawa salah satu sifat Allah SWT adalah Maha Memahami. Jadi dalam situasi ini niat anda sangat penting. Semasa kita buat pesanan nasi putih mahupun teh tarik, kita boleh berusaha (niat dan amalan) untuk memesan kuantiti ataupun saiz hidangan yang sesuai tetapi akhirnya jumlah saiz hidangan bukan di tangan kita ... melainkanlah anda ke dapur restoran mamak dan ambik lauk sendiri.

Lagi2 kalau pesan air, sudah pasti akan dapat gelas penuh, dan nak kongsi dengan orang lain memang susah. I mean, siapa nak share dengan kita :)

So di sini, kalau niat anda adalah untuk menjaga kesihatan dan keadaan tidak membolehkan anda menjimat (elak dari membazir), Insyallah Allah SWT memahami keadaan anda.

Tapi kalau niat anda memang nak membazir, sudah pasti anda yang bersalah.
Yang penting adalah niat anda.

Sumber artikel didapati di SINI

P/s: Sekian perkongsian ilmu utk malam ini untuk igatan kita semua. Sesungguhnya yg baek itu dari Allah swt dan yg buruk itu dari kekurangan kita sebgai hambaNYA. Wassalam ;)

2 comments:

ankeljonni said...

kadang2 kalu perut dah kenyang tak lalu nak sumbat lagi.... terpaksa tinggal... huhuhu...


kenyang sgt kang tak bley bangun plak....

cplud miera said...

@abg jonni: yup, btul tu. nk wat cmne kn..nnt kenyg sgt, membuta pulak xwat koje laen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena