Sunday, January 16, 2011

5 Tip Kewangan Yang Bagus

Pic: Credit to Google ;)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera to all readers,

Kali ni cplud nk share tentang tips kewangan yg bagus yg cplud dapat dari sharing info from my friend. Sangat berguna info2 tersebut tuk tatapan dan amalan seharian korang. Kalau nk tau lebih lanjut, bacalah article 5 tips di bawah ;)

:: 5 TIP KEWANGAN YG BAGUS ::


1) Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. Daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar nak bayar payment setiap bulan! Ramai orang ‘kaya’ hidup begini.

2) Bagi yang dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua suami, isteri & anak-anak. Kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai, bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dengan pasangan. Mulakan didikan wang kepada anak-anak pada umur yang muda. Galakkan mereka menabung & hargai wang yang diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang-sorang tetapi satu keluarga.

3) Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%, atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Kita sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Tapi jangan lupa, kita juga kena letak matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT, maka tak guna juga.

4) Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki yang lain. Don’t worry! Rezeki Allah yang beri. Kita cuma perlu berusaha dan bertawakal saja.

5) Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. Kemudian baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan…kalau takde, memang bahaya untuk diri!

Source didapati di SINI


Sekian perkongsian ilmu kali nih dan semoga kalian mendapat manfaat dari setiap g disampaikan. Sekian, jumpe lg di laen entry ;)


P/s:Urusla kewangan dengan baek utk menjamin keharmonian dan keutuhan rumah tangga dan hidup kita ;)




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena