Thursday, September 19, 2013

Our Future Baiti Jannati

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Lame Plud's Corner menyepi. Banyak benda nak citer, tp mood update ni takdak pulak. Plus bizi dengan bermacam operasi kerja, dengan kursus kat INTAN lagi seminggu. Memang bersawang2 la blog nih.

InsyaAllah tak lama lagi keluarga kecik kami bakal menghuni rumah kediaman kami sendiri. Alhamdulillah. Walaupon tak besar mane, tapi cukup untuk kami berteduh. Sekarang masih dalam proses pinjaman rumah guna loan government. Rumah second jer, kat Nilai ni pon jangan tak tau harga rumah makin melambung2 tinggi cam takdak kawalan jer. Mungkin ini rezki kami.


Sekarang dalam proses nak dapatkan balik pelan rumah kami, tengah deal ngn architect dan dapatkan pelan rumah standard kat MPN. Baru tau susah sebenarnya nak uruskan pembelian rumah second ni. Yerla kalau rumah baru, sume developer yg uruskan. Bukan tak nak beli rumah baru, tapi tak mampu sebenarnya. Kat area Nilai ni pon, rumah teres double story dah cecah 400k, hamek kau! Untung sangat my frend yg dah beli rumah semiD dengan harga sama cam teres sekarang ni. Alhamdulillah rezki dorang kan.

Yang penting, kami kene cepat2 uruskan pembelian rumah ni, dan duk umah ni. Tak Sabarnya!!! Sabar cplud sabar. Masih survey2 kontraktor untuk renovate rumah sket. InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Amin

TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)

6 comments:

AYuNG said...

rezekiiii...
=)

cplud miera said...

@ayung: Alhamdulillah. tq ayung

.:. Maa .:. said...

wah... best2.... mesti excited nk ddk kn... tahniah mira. hepi 4 u ;)

cplud miera said...

@maa: tq kakma. tp prosesnya tu, moga dipermudahkan. akk beli umah ktne?

Hana Soffelia said...

Babe, i pun dlm urusan pembelian rumah. Mula2 i nak beli rumah 2nd which is tak perlu keluarkan duit utk renovation, kitchen cabinet what so ever kan tp prosedur nak uruskan, punyalah leceh. plus terjumpa rumah baru so terus aje rembat.. Harap2 urusan rumah kita berdua berjalan lancar ye. AMIN.

cplud miera said...

@hana: yup sgt2 leceh. tp kami xley patah semangat. berdoa moga dipermudahkan segala urusan kami pasni. umah kami ni pon nak kene buat renovation jugak especially toilet ngn dapur. umah lama kan. byk risk jugak. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena