Assalamualaikum readers sekalian..
Kali ni cplud nak update pasal menu hujung minggu iaitu hari Ahad, semalam. Dengan cuaca yg agk2 suam kuku, mendung jer, jadinya cplud tak kuar mane2. Tambahan pulak, cplud tak sihat sgt, asyik rs seram sejuk je badan cam nak demam. Tapi pas mkn panadol baru ok sket. Duk umah jerla sambil layan movie2 pinjam ngn member. Memandangkan tiada ayam or ikan tuk dijadikan lauk, tgk2 ade telur & bilis je kat dapur, so cplud terpikir akn satu resepi mudah dan sgt senang. Huhu~ Budak kecik pon tau msk nih, tp takpela cplud nak share jugakla pade sume. Mane tau de yg bujang2 & pikirkan menu yg mudah dan ringkas ni, lehla tgk kt Plud's Corner nih. Okla, jom kite menyoroti menu2 simple masakan cplud nih.

:: Resepi Telur Mata Masak Kicap ::
Bahan2:
-2 ulas bwg putih diketuk
-1/2 labu bwg besar dimayang
-5 biji cili padi dipotong
-1/2 inci halia dimayang
-5 biji telur digoreng (utk 5 org makan)
-1 biji cili hidup dipotong serong
-1 biji tomato dipotong
-Kicap manis & masin
-Secubit garam
Cara2:
1) Tumiskan bwg putih, bwg besar, cili padi dan halia. Biarkan sampai kekuningan dan berbau harum.
2) Kemudian masukkan 2 jenis kicap (masin (letak sket je sbb nk tmbah garam lg) + manis). Tambah sedikit air bg de kuah.
3) Perasakan dengan secubit garam. Masukkan telur yg digoreng, susunkan tomato dan hirisan cili hidup ke dlm kuali.
4) Terbalikkan bg rata kuah dengan kicap tersebut. Ok..sedia dihidang bersama bilis goreng berkicap.

:: Ikan Bilis Goreng Berkicap ::
Bahan2:
-Bilis digoreng (kuantiti mengikut citarasa)
-1/2 labu bwg merah dimayang
-1 biji cili hidup dipotong serong
-1 biji tomato dipotong
-Sedikit kicap masin dan manis
Cara2:
1) Tumiskan bwg besar, kemudian masukkan ikan bilis, cili hidup.
2) Tuangkan sedikit kicap masin dan manis. Kacau sebati.
3) Masukkan tomato, kacau lg dan sedia tuk dihidangkan.

Selamat mencuba ye kwn2 blogger and readers sekalian. Menu simple dan mudah ;)
2 comments:
boleh try nih.... nampak sedap je nih....
huhu~ kne cube tuh en gorilla..sonang jer
Post a Comment