Wednesday, April 15, 2015

My Sayangsss

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Plud Corner sangat lama menyepi. Alhamdulillah seorang khalifah Allah selamat dilahirkan pada 18 Januari 2015 yang lepas. Overdue baby dan patutnya serah diri pada 24 Jan. Tapi Alhamdulillah doa seorang ibu n sangat mustajab. Dikabulkan doaku untuk merasai nikmat bersalin tanpa induce (paksaan). Amin

Ahmad Aisy Aqlan bin Azuan. Our second son, Alhamdulillah...
Aisy : Kemakmuran hidup
Aqlan : Pintar

Citer pasal bersalin patutnya di entry yang lain la. Cuma nak post sekeping pic berjudul 

My Sayangsss for u all :)


Alhamdulillah I'm become the mother of two. Luv u all my sayangsss. 3s for abah, abang & adik :)

Wasalam :)
Read More

Thursday, January 15, 2015

Masih Ku Di Sini...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,

Menghitung hari....
Detik demi detik......

Today is my EDD. 15 Jan 2015. The time for adik Afham lihat dunia actually. Tapi....
Ummi masih menunggu tanda2 nya sayang. Kalau boleh tak nak kene paksa2 bersalin cam abg Afham dulu. Baru balik klinik dapatkan surat refer spital on 21 Jan 2015. In case masih belum bersalin... Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Amin

Kenkawan, doakan semoga dipermudahkan segala urusan untuk bersalinkan 2nd baby nih yer. Maafkan andai sepanjang berblog ni banyak singgung hati kenkawan semua. Buat customer2 susu kambing mummylicious juga. Moga kalian mendapat manfaat dan khasiat susu kambing dengan ekstrak pemakanan sunnah ini...

Masih ku disini, 
Di opis..
Menyelesaikan kerja2 setakat yang mampu...

Alhamdulillah hari ni aku maju setapak dalam bisnes... Nanti akan citer kemudian la.. 

TQ semua. Doakan yg baek2 untuk sy dan baby. Amin





Read More

Friday, December 19, 2014

It's Family Time!! Farm In The City

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Gambo Google
Wah gitu title entry nih kan. hoho~ Last weekend punye family outing, kami ke Farm In The City. Afham sangat suke binatang, so kami memang suke la kalau bawa die pi zoo ke or tempat yang ade binatang ni. Istimewanya FITC ni, kite boleh pegang dan bagi makan pada binatang tu. Even binatang tak sebanyak kat zoo tu, ni pon dah cukup seronok dah.

Lokasi:
Jalan Prima Tropika Barat 2, 
Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan, Selangor

Family Package
Tak reti sangat nak mengarang panjang lebar, kite tunjuk gambo jerla ye....


Ummi tengah berator beli tiket. Afham menunggu tak sabor nak tengok binatang...


First animal kite jumpe, turtle ni. 


Ada rusa,turtle, rabbit sume..


Dah penat, kite bergambo sat. Toilet kat sini ok la not bad, pastu tempat rehat tuk yang tak larat pon banyak.. 


Sambung pengembaraan lagi.. Last picture de budak tak puas maen.


Ok tamat sudah. Tempat die tak besau sangat. Larat la nak berjalan sambil tolak stroller kat sini. Kite minum dulu.. So heaven dapat minum ABC ni kan. Time ni kul2 kot. Kitorang gerak dari Nilai pon dalam jam 12. Duk kat dalam 1 hour camtu kot. Penat but heppy!!


Ok moh kite pulang. Sy sangat happy!! Kata dak Afham..


Ok, bagi sesapa yg suke animals ni jangan lepaskan peluang ke sini :) Bye, wasalam...
Read More

Thursday, December 4, 2014

Abang Afham is turning 2!!!

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Lama benau rasanya tak menaip kat sini. Windu jugak nak bersihkan sawang ni. Tapi malas benau nak up entry belakangan nih. 



Lama sangat tak update citer pasal anak bujang ummi yang genap 2 tahun on 2.15pm pada 2 Disember yg lepas. Yang sadisnya, anak sulong ummi ni kurang sihat. Diserang cirit birit pada Isnin sehari sebelum besday die. Tapi Alhamdulillah sekarang dah pon sembuh. Syukur Ya Allah. Ummi abah paksa minum air garam (SMECTA) yang dibekalkan klinik. Haru jugaklah isnin tu setiap sejam cirit. Sampai nak jalan pon sakit. Cian sangat kt abang yer.

Alhamdulillah cplud now on 3rd trimester pregnant adik Afham. Jantina kejap boy kejap girl. Mane2 pong ummi terima jer asalkan anak ummi sihat. Amiin. Pejam celik pejam celik now dah pon 34 minggu. Lagi 6 minggu ke due date. Kalau ikut pengalaman lepas, abang Afham overdue 7 days. Semoga urusan bersalin kali ni jugak dipermudahkan. Amin

Okeh berbalik pada citer si abang. Ababg Afham is turning 2 pada 2 Disember lepas. Sekejap je 2 tahun. Perkembangan Afham so far sangat bagus cuma tang cakap tu, cam susah nau. Sekarang still cakap bahasa die. Nak dapat adik dah nih abang oii. Ade la jugak perkataan yang kite paham. Sekarang kalau ummi abah solat die pon ikut sama. Dengar azan pon boleh ikut Allahu Akbar cuma pelat sket. Yang lelain pon ada yg bole sebut. Tapi perkataan UMMI ni keramat sangat kot. Suh panggil ummi die gelak. Mama boleh pulak. Macam2 lah awak ni abang. 

Syukur masa 2 hb tu cirit birit Afham makin kurang. Dan perut pon leh terima makanan dah. Ummi masak bubur taruk habbatusauda. Air pon banyak minum di samping kasi air garam jugak. Susu pon dh minum ok. Alhamdulillah.



Petang tu after abah balik dari UTM, kami bawa Afham jenjalan makan2. Besday si anak tp si parents yang sibuk makan sedap. Anak tak dak selera sangat nak uat camana kan. huhu~ 

Cadang nak beli kek utk Afham celebrate dengan kengkawan kat taska. Last taska bulan ni je. Next year kene cari taska lain. Macam2 jadi lately. Taska Afham dah nak tutup operasi, kurang pekerja katanya. Si anak dah serasi ngn taska ni. Tapi nak buat cemana kan. So sekarang ni kami duk survey yg mana terbaik tuk anak2. Sekarang taska kt Nilai ni rm380 tuk baby. Kalau Afham 300. Hambek kau anak 2 next year rm680 tuk anak ajer. Phewww~ Plus GST la bla bla itu ini. Memang cabaran betul dan langkah penjimatan penting sangat! Menabung jugak tuk masa depan. 

Panjang meleret entry. Lepas gian lama tak menaip kot. Sume benda nak dihamburkan. Ni pon de lagi nak citer pasal bersalin. Takpela stop sini dulu la. 

Last word...

Epy besday ank ummi abah Ahmad Amirul Afham. Semoga anak ummi abah jadi anak soleh patuh pada Allah, ajaran agama dan kedua ummi abah. Semoga dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa. Dah nak jadi abang no more anje2 lagi tau. Nak jadi abang dah. Moga cepat cakap jugak wahai anak ummi abah cayang mmuaaahhh... 

Amiin...
Read More

Monday, December 1, 2014

Susu Kambing Mummylicious

* Sticky Post Entry *
** Scroll untuk entry terkini **

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,


Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu dan ini memang tidak dinafikan semua. Bagi sesapa yang bf dan bercadang nak putus susu dicadangkan boleh cuba tester untuk Susu Kambing Mummylicious ni.



Cplud bukan cakap kosong, tapi berdasarkan pengalaman sendiri. My son Afham memang cplud perkenalkan susu kambing ni after putus susu. Alhamdulillah memang tiada alahan dan juga sebarang kesan negatif pada dia. Tapi biasala kan setahun lebih duk bf dengan ummi, tup tup sekarang kene minum susu tepung memang permulaannya agak janggal. First cplud try bagi kat taska. Kata cikgu, slow jugak perkembangan minum susu tepung ni. 2 Oz tu bercinta nak abeskan. Tapi kat rumah still bf la masa tu. After tau pregnant, cplud perlahan2 cuba alihkan dia pada susu kambing ni. Memandangkan kawan seopis cplud ejen susu ni, memang senang nak dapat stok, Alhamdulillah syukur. 

After sebulan perkenalkan susu ni, cikgu di taska citer yg Afham minum cepat abes dan banyak. Dalam hati apa lagi memang syukur tak terhingga Allah permudahkan untuk putus susu dia. Sekarang kat rumah memang susu kambing ni je, dah tak mo bf. Kekadang cplud saja bagi bf, sekejap je die nak pastu dah takmo. 

Panjang citer pasal pengalaman sendiri kan. Memandangkan harga susu kambing agak mahal berbanding susu lembu biasa, cplud order banyak2 utk stok sebulan. So far, 5 kotak sebulan. 2 kat taska, 2 kat rumah dan 1 kotak standby. Alang2 beli banyak ni, kawan suggest jadik ejen jer senang. Tanpa buang masa cplud register bawah die la. Stok Alhamdulillah tak mengecewakan. 

Bagi sesapa yang nak mencuba untuk anak2, cplud cadangkan tester dulu la. Harga boleh pm. Cplud jugak de create grup wasap tuk customer tersayang. Procedure cplud mudah aje, customer boleh order stok dulu seminggu sebelum gaji dan comfirmkan stok tu sebelum hari gaji. Sebabnya kami akan ambil stok pada hari gaji. Berminat untuk tau lebih lanjut boleh wassap cplud, just call mira je. 0176598656.

Ada orang boleh terima susu ni on de spot ada orang tak boleh kan. Dan ada orang alergik dengan susu lembu kan. Sebab tu dicadangkan untuk test dulu. 
Tester mengikut perisa. Harga 1 sachet tester ni sama je. 25gram setiap sachet. Dicadangkan bancuhan susu 1 sachet bersamaan 4 oz air bagi botol susu la. Untuk dewasa terpulang pada citarasa masing2 nak pekat ke cair ke. 

Ada 4 perisa susu kambing mummylicious, perisa asli, chocolate, vanilla dan strawbery. Setiap perisa berlainan harga. 

Bagi sesapa nak mencuba, jangan segan silu untuk bertanya dan dapatkan tester yer. Wasap seperti no di atas or emel ke miera486@gmail.com. 

Penerangan produk susu dari HQ berkenaan Susu Kambing Mummylicious yang diperkaya dengan Ekstrak 8 Pemakanan Sunnah




Masa mula2 try susu ni, namanya Miqaliciuos dan HQ dah rebranding nama susu ni dengan Mummylicious. Perbandingan pek baru dan lama. Cumanya nak habaq awai2 la, sekarang ni sume susu dalam kotak, sebulan pertama je dikeluarkan dalam bentuk jar. Kandungan still sama. 750gram. 


Ada jugak customer tanya pasal Mummylicious for Kids. Susu ni sama jer dengan susu kambing asli biasa cuma bezanya susu yang ni agak mahal sebab tiada gula. Digantikan dengan Arabic Gum.


Bagi sesapa berminat, jangan tunggu lama2 terus wasap or emel saya yer. TQ sudi singgah sini. Wasalam :)

Read More

Friday, October 17, 2014

hsh: Projek Laman Lagi 'Tempayan'

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Projek laman rumah masih belum selesai lagi rupanya. Orang laki ni kan banyak nau ideanya. Kali ni tempayan pulak. Mulanya pon cplud tak dapat nak teka apela projek baru ni kan. Tengok asben pegi beli kayu sket2. Pastu cat kayu tu pulak. Minggu lepas, after bengkel kat Genting, asben gi singgah 1 tempat ni kat Meru, rupanya cod tempayan ni. Die beli kat Mudah.my. Harga tempayan ni RM100 plus. Besau la jugak...


Ni la hasilnya. Cantek. Katanya tengok rumah maktok kat kampung ada tempayan besar. Lagipon tengok orang Jepun or Korea yang kampung2 tu kan, before masuk umah kan basuh kaki. Alar macam kite kat kampung2 la. Ada yg masih amalkan lagi tempayan cenggini kat kampung kan. huhu~ Tapi air tempayan ni kadang2 wat siram bunga dan pokok2. hehe~ Penyiram comei tu pulak beli kat DAISO. 5 hingget jer. Batu2 tu lebihan kat taman belakang tu. Pastu tambah bunga sket kasi cun...


Snap pic ni waktu malam. Gambo pon dari kamera fon jer. Hasilnya takdela secantek DSLR kennn...


Ini budak tecit suka yang amat la air2 cenggini. Tapi disebabkan masih kecik lagi tak nampak air tu, so takdela excited sangat. 


Ni kayu lapik, asben pi beli sendiri kayu dan cat sendiri. Penutup tempayan ni tak cat pulak. Katanya warna kayu tu sendiri dah cantek. 


Ni sajela nak share. Just a simple deco. Bole la kot sesapa nak try idea cenggini. :)

Sekian, TQ sudi singgah sini. Wasalam :)
Read More

Friday, October 3, 2014

hsh: Susun Atur Pinggan Cawan dalam Kabinet

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Rasanya first time kot nak share pasal susun atur kat blog ni. Cplud nak share susun atur yang biasa2 ajer dari dalam kabinet pulau ni. Island lah kalau bahasa omputihnya. Sangat simple. Pinggan mangkuk takde la lawa2 sangat dan tak banyak mana pon. 


Island ni ade 2 pintu kabinet. Pintu belah kiri cplud susun set cawan, jag air dan yang berkaitan dengan minuman la senang citer. Paling atas terutama dalam bakul tu adalah cawan dan mug. Cawan sume tu set hadiah kawen. Memang tak de satu pon yang cplud beli. Idea bakul tu pon dapat dari hasil google susun atur kat tenet. Tapi takdak gambar zoom in la pulak. 

Untuk tingkat 2 tu sama jugak, set cawan dan jug air. Tingkat paling bawah tu bahagian belakang de bag tupperware, dan beg susu ebm Afham yang lepas. Sekarang tak pakai, kite simpan tuk baby pulak. Dan ada buku masakan. Cadangnya nak beli rak daiso. Lagi organize. Sebelah buku tu de kain2 kecik dapur punyer. Dan jugak tisu ikea. Huhu~

Belah kanan ni pulak set pinggan mangkuk yang tak banyak mana dan mewah pon. Order set Corelle tapi belum dapat lagi. Huhu~ Wat masa ni pinggan mangkuk murah2 ajer la... Tingkat ke 2 tu bekas untuk baking. Paling bawah tu pulak set Corningware dan Pie Rat. Pon hadiah kawen jugak. Belakang corningware tu de periuk dari china dari tanah liat. Pon hadiah kawen. Belum penah pakai lagi. Sayang... kihkihkih~ 

Inilah rupa kabinet pulau ni. Dari 3 view berbeza.. 


Sekian nak citer alkisah susun atur entry yang pertama ni. Simple2 ajer. TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena